Assalamualikum....
Hari ni M nak bercerita tentang waktu-waktu yang sesuai dan mustajab untuk kita memohon doa kepada Allah SWT. Allah memberikan kemuliaan dan keutamaan tertentu kepada setiap waktu. Oleh yang demikian janganlah kta mensiakan-siakan setiap detik tersebut untuk memohon keberkatan, kejayaan dan sebagainya.
Antara waktu-waktu tersebut adalah:
~Setiap selepas solat fardhu
~Doa di antara azan dan istiqamah
~Sewaktu turunnya hujan
~Ketika sedang sujud dalam solat
~Ketika berpuasa
~Malam Lailatul Qadar
~Ketika ayam berkokok
~Saat perang sedang berlaku
~Ketika bangun tidur di waktu malam bagi orang yang sebelum tidurnya dalam keadaan suci dan berzikir kepada Allah yang
Maha Esa.
~Sewaktu bermusafir
~Sewaktu menerima ujian dari Allah
~Sewaktu iman sedang meningkat kerana mentaati Allah SWT
~Sewaktu berjihad
~Sewaktu melaksanakan ibadah haji dan umrah
~Sewaktu sepertiga akhir malam
~Sewaktu berbuka puasa bagi orang yg berpuasa ( yang tak berpuasa M tak tau la yek, pikiaq sendiri la)
So...lepas ni pilih antara waktu2 tersebut untuk berdoa ya kengkawan...Semoga doa kita semua dimakbulkan Allah SWT.
Wassalam.
10 ARTIS PALING TERKAYA 2026
4 hours ago











3 jejari yang tajam menaip:
ada la org ckp kt Adda..klu ngah2 malam tu kita tersedar cm bgun g toilet @ minum air tu..sebenarnya dh dikejutkan untuk berdoa..betul ker yer?
Mungkin... Sebab masa tu bleh wat solat tahajud sama.
nak kena sll ingat ni,..masa sesuai doa
Post a Comment