Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Thursday, April 26, 2012

Santapan Rohani


Assalamualaikum..

AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR (SURUH YANG BAIK, CEGAH YANG MUNKAR)…

Saidatina 'Aishah r.ha. berkata : "Ada sekali Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah, dan saya agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya.. Baginda s.a.w. tidak bercakap kepada sesiapa pun, dan setelah berwudhu beliau masuk ke mesjid... Saya cuba dengar dari belakang dinding apa yang beliau bersabda.. Beliau duduk di atas mimbar, dan setelah memuji Allah s.w.t. beliau berkhutbah: " Hai manusia, Allah telah memerintah kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan maksiat; kalau tidak, akan tiba satu masa manakala kamu berdoa kepadaNya, Dia tidak akan mendengar doa mu; kamu memohon keperluanmu dariNya tetapi Dia tidak akan memberinya; kamu memohon akan bantuanNya terhadap musuh-musuh kamu, tetapi Dia tidak akan membantu kamu." ( H.R. Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)..

PERKARA INI ADALAH SANGAT ASAS dalam Islam.. Islam tertegak dan tersebar luas, kerana adanya amar ma'ruf dan nahi munkar.... RASULULLAH S.A.W., para anbiya', para pengikut mereka, dan pengikut kepada pengikut mereka, telah melaksanakan tugas ini dengan cemerlang... Namun, umat pada hari ini tidak lagi melaksanakan perkara ini, atau melakukannya secara sambil-lewa, dan memandang ringan dan remeh sahaja.... Akibatnya, GENERASI HARI INI DAN AKAN DATANG, AKAN JAUH DARIPADA ISLAM, JAUH DARI AL QURAN DAN SUNNAH NABI S.A.W., SERTA MENGABAIKAN AMAL-AMAL IBADAH ISLAM... Malah mereka akan meniru tatacara kehidupan musuh-musuh Islam, seperti Yahudi dan Nashrani....

Akhirnya, seperti di dalam hadith di atas, Allah Azzawajalla TIDAK AKAN MEMPERKENANKAN DOA KITA, TIDAK AKAN MEMBANTU KITA, DAN MUSUH-MUSUH ISLAM AKAN MUDAH MENGUASAI KITA....

MARILAH KITA KEMBALI MELAKUKAN AMAR MA'RUF & NAHI MUNKAR.. Mulailah dengan DIRI SENDIRI, DAN AHLI KELUARGA SERTA ANAK-ANAK KITA....


Sumber: http://www.facebook.com/mazniMardhotillah

3 jejari yang tajam menaip: