Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Sunday, April 22, 2012

Tutuplah Aurat Sebelum Terlambat


Assalamualaikum semua. Ari ni M nak kongsi cerita pendek tapi bermanfaat untuk wanita Islam di luar sana. Baca dan hayatilah ye.

Cantik rambut kamu.. lurus.. panjang.. wangi... lembut pula tu..
cuba kamu bayangkan rambut kamu tu , digantung ..

Kemudian di bakar dengan api neraka hingga mendidih otaknya. Kamu mati , kemudian dihidupkan semula.. digantung..dan di bakar lagi hingga mendidih otaknya..

Begitulah azab ahli neraka yang berlarutan.

Bila lagi wahai wanita Islam kamu hendak menutup aurat ?

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji)."

(al-Ahzab: 33)






Sumber:http://www.facebook.com/pages/Islam-Iman-Ihsan


p/s: jom pakat2 share kisah ni ye



5 jejari yang tajam menaip:

Hotz Mumma said...

salam singgah meninggah,,
setuju sgt2..jom kita tutup aurat..ramai2
www.azrulin.blogspot.com

Si Matatajam said...

Btul3....

Syira Qahira said...

salam


ramai yang pakai tudung tp blm sempurna tutp aurat.

ain soofiyah said...

kdg2 org tutp rambut je.. dada?

izan mama mia said...

mg saya lebih baik dlm berpakaian..mg anak saya juga begitu..mg kita semua..insyaallah