Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Saturday, April 14, 2012

Pantun Nasihat Ustazah Siti Nor Bahyah


Makan mee atas pelantar, Bila tsunami kenapa gentar? Anak rusa dalam perigi, Rupanya dosa menggunung tinggi. Hang Jebat kena tambat, Jom taubat sebelum terlambat.

 Tahukah sahabatku sekelian yg kukasihi, Bencana alam seperti tsunami,banjir & kemarau pada hakikatnya adalah BICARA & MESEJ ALLAH kepada kita yang sarat dengan didikan agar kita insaf di atas segala kelemahan,kemunkaran & kejahilan.Contohilah sikap Rasulullah saw pabila Kota Madinah diselubungi awan gelap atau ternampak tanda2 ribut akan berlaku,Baginda akan pergi ke masjid lalu bersolat & berdoa dengan:'Ya,Allah,janganlah Engkau turunkan bala ke atas umatku',amin..

 Sumber: http://www.facebook.com/pages/Ustazah-Siti-Nor-Bahyah-Mahamood

3 jejari yang tajam menaip:

Si Matatajam said...

Semoga kita mengambil iktibar atas segala musibah dan mohonlah keampunan dari Allah swt.

mselim3 said...

Ini adalah kerana Rasullulah sangat sayangkan umatnya....
dan kita sebagai umatnya pulak kena banyakkan selawat tanda sayang kita kepada baginda Rasullulah...amin

Wassalam...

k...pls : Nanti komen sy balik k...komen lah mana artikel yang baik untuk ana ....motivasi...k

wan nurul hezrina said...

mmg betul2 pantun nasihat nie=)bolehlah ambil iktibar drp pantun diatas.tak sanggub rasanya nak diazab..