"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"
Monday, April 23, 2012
Jenis-jenis Syaitan
Assalamualaikum... Hari ni M nak cerita pasai jenis2 syaitan di sekeliling kita. Moga2 kita dilindungi Allah dari syaitan2 laknatullah ni.
Berdasarkan riwayat terdapat 9 jenis syaitan, hal ini seperti yang dinyatakan oleh Sayyidina Umar al-Khattab r. a berkata. antaranya :
1. Zalituun : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah SWT.
3. A'awan : Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan / kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (seperti disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamor, dsb.
6. Masuud : Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang bermula dari kata-kata.
7. Daasim : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi). Oleh itu, berilah salam sebelum masuk ke rumah.
8. Walahaan : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Sebarkanlah pada rakan-rakan kita sebagai peringatan setiap hari dimana syaitan-syaitan ini mengganggu hidup harian yang selama ini menghasut kita tanpa kita sedari. Sampaikan kepada saudara Muslim yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat, InsyaAllah. anda boleh copy entri ini dan jangan lupa berikan bsumber link entri blog ini kembali. atau share di akaun fb anda.
Rujukan dari http://redzuan-ridz.blogspot.com
12 jejari yang tajam menaip:
assalamualaikum..ptama kali komen d cne..makace untuk info ne..ptutla setiap kali g shopping mesti tlebih2 biapun da wat bajet awl2 lg...n mulai arine knalaqh amalkan salam sebelum msuk ruma coz eya slalu reda masuk jak
Salam semoga kita di jauhi jua akan hasutan syaitan...
Mari bersahabat...! jauhkan godaan setan !
bagus lah artikel nie,,,daripada x tahu dah tahu kan...
wassalam....
pls : terima kasih atas perkongsian ilmu nie....
Baru tau ! Nak copy paste ye sayam ;)
thanks for sharing yaa :)
singgah n folo cni blik.. nice sharing :)
@Puan Besar sila la copy.
Tq pada semua yg baca n komen ya
Tq pada semua yg baca n komen ya
br tau psl jnis2 syaitan ni... byk jugak yer..
mg kita kuat dr terpengaruh dengannya
Post a Comment