Assalamualaikum semua pembaca blog mymatatajam.blogspot. Hari ni M nak berkongsi cerita tentang kelebihan orang2 yang membaca dan menghafal Al-Quran.
1. Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini”.
2. Para penghafaz al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah S.W.T
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia”. Lalu mereka bertanya : “Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?” Jawab baginda : “Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
3. Penghafaz al-Quran mendapat ganjaran berlipat kali ganda.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf”.
(Hadis Riwayat Tarmizi)
Sumber: http://www.facebook.com/pages/Islam-Iman-Ihsan
4 jejari yang tajam menaip:
Alhamdulilah...perkongsian yang menarik.
Terima kasih atas ingatan.
Beruntungnya Al Hafiz dan Hafizah yang bukan setakat hafal bahkan mengamalkannya..... Sepatutnya kita jadikan generasi sekarang celik alquran ...satu rumah sekurang-kurangnya seorang tahfiz...
teringin2 / mengidam anak hafiz atau hafizah..semoga Allah merestui..amin amin mmg banyak pahalakan?
untungnya kalau anak2 kita pandai hafaz al-quran
Post a Comment