Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Saturday, April 28, 2012

Larangan Bagi Kaum Wanita

Assalamualaikum...

Apa perancangan cuti2 hujung minggu ni? M dok kat rumah saja. Almaklum la housewife mithali. Hu hu hu mithali la sangat. Lepas dok belek2 majalah yg lama2, M ada terbaca satu artikel menarik daripada sebuah majalah berbentuk islamiah yang boleh M kongsi dgn pembaca khususnya untuk kaum wanita.

Terdapat beberapa larangan yang tak sepatutnya di lakukan oleh kaum muslimah tetapi banyak yg x kisah dan dok buat jugak. Antaranya:

~Memakai gelang kaki berloceng. 'Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan' petikan surah An-Nur ayat 31

Menampakkan kaki dan melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama seperti pelacur di zaman jahiliyah.

~'Rasulullah melaknat wanita yg mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening' hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

~Memakai wangi-wangian. Wanita yg memakai wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap2 mata ada zinanya.

~Tidah melabuhkan tudung. 'Hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka' Surah An-Nur ayat 31

~Gigi. 'Rasulullah SAW melaknat wanita yg mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya' Petikan dari hadis riwayat at-Thabrani.

'Dilaknat wanita yg menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yg merubah ciptaan Allah' Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

~Muka dan leher. Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang Jahilyah yg dahulu (bersolek) dan membiarkan ikatan tudung yg menampakkan leher seperti orang Jahiliyah.

~Muka dan tangan. Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yg tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yg telah berhaid tidak tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja' Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.

~Tangan. 'Sesungguhnya kepala yg ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yg tidak halal baginya'. Hadis riwayat At-Tabrani dan Baihaqi.

~Mata. 'Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya'. Surah An-Nur ayat 31.

Nabi Muhammad menyatakan dalam sebuah hadis, 'Jangan sampai pandangan yg satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandang yg pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan, hukumannya haram'. Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

~Suara. 'Janganlah perempuan2 itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yg ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan2yg baik'. Surah Al-Ahzab ayat 32

Sabda Baginda Rasulullah lagi, 'Sesungguhnya akan ada umatku yg minum arak yg mereka namakan dengan yg lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelaman mereka itu dalam bumi'. Hadis riwayat Ibn Majah.

~Rambut. 'Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yg akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dlm neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yg bukan mahramnya'. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

~Pakaian. 'Barang siapa memakai pakaian yg berlebih-lebihan terutamanya yg menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti' . Hadis riwayat Ahmad, An Nasai dan Ibn Majah.

Surah Al Ahzab ayat 59 menghuraikan, 'Hai Nabi2, katakanlah kepada isteri-isteri org mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab ( baju labuh dan longgar ) yg demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'.

'Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan2 yg berpakaian tetapi telanjang yg condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya'. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Seseorang wanita yg mentaati Allah, Rasul dan suami dan menjaga auratnya maka syurgalah tempatnya.


p/s: Jadi, senang atau susah menjaga aurat ni. Apa komen anda?





10 jejari yang tajam menaip:

Neijie said...

Assalamualaikum..wah..tahniah..entri yang menarik dan perkongsian yang mantop..Thanks for sharing

aina said...

yang jadi senang tue sebab si suami yang nak kena tanggung dosa.dan yang susah tue si isteri kena jaga maruah suami..klu silap ckit habis la...tapi jgn disebabkan si suami tanggung dosa, si isteri suka buat dosa..jgn sesekali mcm tue.kesian si suami

shamyheart said...

Perk0ngsian yg baik. Mengingatkan kpd yg trlupa.

Norzie hany said...

Nice info...tq for sharing.

Sarah Mnasir said...

terima kasih atas peringatan ni kak.. :)

IntaNBerliaN said...

mengikir gigi? ada gak org wat camtu ek.. rs ngilu lak...

Si Matatajam said...

@neiji@sha@norzie@ara: sesama.... Pesanan sesama Islam .

Si Matatajam said...

@aina: betoi tu, isteri jgn amik kesempatan wat dosa plak? Kl syg cik abg kita mesti xkan susahkan dia.

Si Matatajam said...

@intanberlian: isk M pun tak sanggup la dok kikiaq gigi camtu

Unknown said...

entry best,..minta izin dh share kat page saya..

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers