Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Sunday, June 24, 2012

Mampukah Aku?



Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah

Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Moga tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....


By:Tihani Wardina



11 jejari yang tajam menaip:

Wanieys said...

Insyaallah kak :))

9n0L4 said...

jika sentiasa muhasabah diri, pasti boleh wpun taklah sehebat mereka. ;)

jemarisuri said...

insyaallah wp tidak sehebat dia..

Miss BaNu said...

insyaallah..boleh..walaupun x sehebat,secekal,sesabar mereka..yg penting kita berusaha menjadi yg terbaik..

mselim3 said...

Insaallah janji M ader usaha ke arah kebaikan....slow2 insaallah janji istiqamah...

|shuhadaothman|TM said...

InsyaAllah kak :)

dyabunga said...

insyallah boleh..

IntaNBerliaN said...

walaupun kita xsehebat mereka tp jika msh blh berusaha utk mnjadi lbh baik.. :-)

Chic Na said...

yg penting berusaha. Insyaallah. :)

Dieyna said...

Usaha tangga kejayaan..

wan nurul hezrina said...

insyaallah selalu berdoa supaya Allah jadikan kita wanita terbaik untuk keluarga..amin amin