Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Wednesday, June 13, 2012

Sabaq Ya Sayang Ibu...

Assalamualaikum semua,

Petang2 ni dok wat pa? M kat umah ni cam biasa la wat keja2 umah yang menjadi rutin dalam hidup M sejak 5 thn yg lepas.

Mai M nak sambung cerita skit pasai my son Khalish. Kul 11am tadi M dah bawak Khalish p klinik Ummi ( salah sebuah klinik swasta yang menjadi pilihan ramai warga Langkawi). Sebak jugak bila tengok Khalish yang aktif sesangat ni tetiba lemah longlai tak bermaya. Masa dalam perjalanan p klinik. Melentok ja dia kat badan ibu dia ni.

Lepas dah wat pendaftaran, tunggu lebih kurang setengah jam la jugak, pembantu klinik tu panggil nama Muhammad Naufal Khalish. Tot tet tot tet... Masa Sembang ngan doktor tu, dia kata Khalish ada masalah kahak. Tu sebab bila masuk ja makanan atau minuman kahak tu akan sekat kat kerongkong kemudiannya Khalish akan muntahkan semula apa yang masuk tu... Selagi kahak tu masih ada, Khalish akan rasa tak selesa untuk telan makanan. Jadi, doktor tu pun bagi ubat untuk cairkan kahak ngan antibiotik untuk Khalish.

Bila sampai kat umah, my hubby g sambung keja dia. M pulak bagi Khalish makan ubat ngan makan bihun sup sebab ondway tadi Khalish kata teringin nak makan bihun sup. Tapi kesian kat Khalish, lepas makan 1/3 dari bihun sup tu, semuanya keluaq balik... Letih dia sebab muntah teruk. Pas tu, dia tertidoq dalam keletihan dan perut kosong :'-(

Kesian kan kat Khalish... Moga cepat sembuh ya sayang ibu ni... Mak M kata maybe kahak tu terjadi sebab Khalish ni suka sangat main ayaq lama2 sebab tu peparu dia sejuk dan kemudian menggalakkan pembentukan kahak. Rasa2 hangpa la kan, betoi dak teori tu? Kalau betoi M nasihatkan semua ibu2 yang baca entri ni kawal la anak hangpa jgn sampai jadi cam Khalish na..

Wassalam...

p/s: Tq so much pada yang risaukan Khalish dan ambik berat serta yang bagi nasihat tu...

27 jejari yang tajam menaip:

Wanieys said...

kak kalau kahak banyak sampai muntah selalunya depa neb terus jer...kesian khalish...qalief kena juga kahak tp xteruk :)

Deqla manjew said...

lorh kesiannya..doakan moga khalish kembali sihat yer..sebutan nama anak lebih kurang nama ank wanieys.. :)

mrs mell said...

semoga khalis cepat sembuh... kesian je rase.. huhu..

Arina Shamsul said...

cian khalish..sama2 kita doakan dia cepat sembuh dan aktif seperti sediakala ye dear :)amin ~

Deq's Qienz said...

anak sy pon prnh jadik gini..tapi bagus sebenaqnya bila muntah bley kuar kahak, tp kita la cian gan dia kan??apapon smg cepat sembuh ya :)

are_lin@yu said...

cian khalish semoga cepat sembuh ya sayang..acik ayu doakan ;-)

~Sweet Honesty~ said...

laa..kesian khalish..moga cepat sembuh la yea.. sedut tak bole ke??

Dieyna said...

masa Hannah batuk lama dulu,doktor guna nebulizer untuk keluarkan kahak dia lepas tu lega...

N.Aima K said...

alahai get well soon khalish

LELAKI INI said...

moga sembuh!

Yana Libra said...

baru saya tahu yang kahak pada budak2 ni boleh buat muntah2..kesiannya anak akak..moga cepat sembuh ye~

Chic Na said...

kesiannya khalish. jgn lupa bg mkn ubat & habiskan antibiotik. get well soon. :)

Rohani Hashim said...

semoga khalish cepat sembuh. tapi kan kita yg dewasa ni pun kalau muntah pun penat, keletihan...apatah lg budak kan.

aReLaN said...

moga khalish cepat sembuh.hmmm..tak tau la teori tu betul ke tak.ni first time baca.

Bitt (doubleIS) said...

semoga cepat sembuh...iibu sentiasa risau kalau anak2 demam kan...

salam kenal..saya follow :)

Masha Meisters said...

kesian kat khalish...elok jugak kalau batuk sampai kuar kahak 2...cepat2 sembuh ye khalish...

Misya Mialen said...

get well soon utk anak u dear;)

Cinta Misteri said...

kena sentiasa perhatikan Khalish.

CiM pantang betul kalau anak2 CiM batuk, selsema, muntah2 lagi2 yg kecik tue. Coz kami ada sejarah dgn throat baby ni. Mungkin ada yg dah tau apa yg CiM lalui dulu...

Minta dijauhkan yea M.
Moga Khalis cepat sembuh :)

dyabunga said...

semoga khalish cpt sembuh ye..dya pun first time dgr teori tu

izan mama mia said...

cian dia..cepat baik yer cayang..

Si Matatajam said...

Dieyna: masa Khalish baby dulu dah penah neb. Tak tahan M tgk. Kalau nak neb masa skang ni pun mustahil Khalish nak tahan, mesti meraung punya.. So skang ni guna ubat cair kahak je la...

Si Matatajam said...

Tq pada semua yg doakan Khalish. Doa anda amat berharga wat Khalish.. Alhamdulillah...

Ivo Serentha and Friends said...

Very interesting street art, you can make the most exceptional artistic paintings.

Good day to you tomorrow

Hello

Shahriah Abdullah Novelis said...

Aloloooo ciannya kHalif cayangg berkahak yaa.. tak per.. makan ubat yaa jangan aktif sangat tau...

Kalau kekanak berkahak tidur tu kalau boleh biar meniarap dan buat fisio kat belakang dia.. *tepuk pelan2* ehh macam mana nak tunjuk ni ekk... jangan debuk kuat2 tau hehehe... sebab dulu anak pernah kena jangkitan paru2 berkuman dan itu yang pakar sarankan.. Insyallah...

IntaNBerliaN said...

mmg risaulah kalu ank2 mkn kuar balik kan...

ashikin said...

Salam kenalan... get well soon Khalish.. saya follow kamu, nanti follow saya jugak ye... tq:)

9n0L4 said...

bahaya tu kahak. sbb budak tak reti nak kuarkan bende tu kn.