Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Sunday, June 10, 2012

Tatapan Terakhir


Dah tiga hari blog mymatatajam ni tak berhapdet... Hangpa semua apa habaq. Banyak entry baru kengkawan yang M tak sempat nak baca. Rugi rasanya tak dapat ikuti perkembangan blog hangpa. Tapi M akan bw pelan2 na..

Tq pada yang ucap takziah dan sedekahkan AL Fatihah pada bapak mentua M yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Khamis yang lepas bertarikh 7 Jun 2012. Rupa-rupanya, tarikh tersebut adalah tarikh lahir my FIL. Jadi pada hari tu, genap la usia arwah yang ke 73 tahun. Walaupun arwah seorang yang tegas tapi beliau seorang yang sangat penyayang dan suka buat joke. Sebab tu la, kami sekeluarga amat terasa kehilangan arwah selepas pemergiannya. Arwah juga seorang yang sangat disenangi oleh kawan-kawannya. M dapat lihat buktinya apabila pada hari pengebumian arwah, ramai sesangat yang datang menziarah jenazah my FIL.

Walaupun M sedih dan sebak sangat tatkala menatap wajah arwah buat kali yang terakhir, M gagahkan juga hati ni untuk redhakan pemergian arwah supaya rohnya lebih tenang 'di sana'. AL Fatihah dan surah Yassin M bacakan buat santapan rohani. Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

Selepas 3 malam berturut-turut kami sekeluarga mengadakan majlis tahlil untuk arwah my FIL. Semua sanak saudara berkumpul dan bergotong-royong menyediakan hidangan untuk santapan hadirin hadirat yang hadir pada setiap malam tersebut. Alhamdulillah semua dah selesai dengan izin Allah. Jadi petang tadi barulah M, my hubby ngan my son balik umah kami. Bila sampai, berselerak daun2 kat laman umah siap ada pokok pinang yang tumbang dok tersandaq kat kabel elektrik sebab angin ribut yang agak luar biasa 3 hari lepas. Lepas bersihkan laman umah ngan bersihkan diri sendiri, terus la M check blog. He he.... Memang tak sabaq sungguh.

So hangpa semua tunggula kunjungan M kat blog hangpa na....Wassalam (^_^)

28 jejari yang tajam menaip:

izan mama mia said...

al-fatihah untuk arwah..jasanya ttp dikenang anak cucu...ingat yg baik2 saja,mg baik2 saja diterimanya di alam sana....

izan mama mia said...

al-fatihah untuk arwah..jasanya ttp dikenang anak cucu...ingat yg baik2 saja,mg baik2 saja diterimanya di alam sana....

Yana Libra said...

al-fatihah..

bahayanya ribut sampai tumbang pokok tu..

9n0L4 said...

al fatihah buat arwah. takziah ye.

Dieyna said...

al-fatihah.. semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...

لين Si Pipi Merah said...

assalammualaikum... takziah..al -fatihah ... moga2 arwah ditempatkan bersama para solihin... amiin...

kak m...

selamat kembali berbelog ye..

Wanieys said...

al-fatihah...semoga arwah ditempatkan d kalangan org2 y beriman....amin :))

Ayuni said...

Al Fatihah n takziah....

Ibu Lala said...

Alfatihah dan takziah buat keluarga ye.

Norzie hany said...

Takziah buat keluarga M.
Al Fatihah utk arwah.

Chic Na said...

Alhamdulillah semuanya dh selesai. hanya doa menjadi penyambung anak2 dgn arwah di sana. :)

Yumida said...

al-fatihah
rindu ngn kehadiran mai

nohas said...

Salam takziah..al-fatihah..perginya seorang hamba kepada Yang Maha Pencipta..semoga rohnya dicucuri rahmat, amin..

mselim3 said...

Al-Fatihah....arwah FIL M ...
moga rohnya di tempatkan di kalangan hambaNya yang soleh....insaallah.

Amin....

Miss BaNu said...

Al-Fatihah dan takziah yer..

Nyue said...

Al-fatihah buat arwah

Masz Sidek said...

al-fatihah buat arwah...

beberapa hari lepas memang cuaca tak elok... hujan lebat berserta angin...

Rohani Hashim said...

takziah...

Cik Nur said...

Takziah M..

Al-fatehah buat arwah, moga arwah di tempatkan bersama-sama org yg beriman.. amin..!

N.Aima K said...

*speechless*

Misya Mialen said...

al-fatihah dan takziah ye.

CikMai said...

al-fatihah

dyabunga said...

alfatihan dan takziah.

Deqla manjew said...

memang sedih kehilangan org yg kita syg...teringat arwah ayah deqla..umor pun 70 lebih jugak la seblm meninggal...moga roh mereka ditmptkan di kalangan org2 yg beriman..amin..al-fatihah...

Qasey Honey said...

slm takziah n Al-Fatihah buat arwah..semoga rohnye dicucuri rahmat...

kinara kinatara said...

al-fatihah juga untuk arwah:)

IntaNBerliaN said...

al fatihah n utk arwah...

Arina Shamsul said...

al-fatihah untuk arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..amin~