Assalamualaikum pada semua pembaca blog mymatatajam.
Masa M dok belek2 bahan ilmiah kat tenet ni, M ada terbaca satu artikel yang sangat menarik untuk M kongsikan dengan hangpa semua.. Mai sini M nak cerita....
Ingatkah kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India. Rupanya , selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh berlaku kepada mereka yang merobohkannya rumah Allah ini.
Sekitar 40 orang Hindu yang terlibat dalam serangan keji ke atas Masjid Babry untuk merobohkannya pada tanggal 6 Desember 1992,telah mendapat buta setelah gagal diubati walaupun dirawat oleh doktor-doktor pakar terkenal di India.
Berita ini diketahui melalui laporan yang dihebahkan oleh akhbar Anshary Express yang diterbitkan di India. Akhbar itu memberitahu propaganda umat Hindu untuk merobohkan masjid tersebut turut disertai sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari berbagai pelusuk India. Mereka sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.
Akhbar tersebut juga menyatakan 31 orang yang buta itu tinggal di satu komplek di kota Maharinor. Sebelumnya , mereka pernah melakukan usaha merobohkan masjid tua milik umat Islam itu namun belum berhasil.
Sekarang setelah masjid ini dirobohkan, kumpulan yang buta ini bergantung hidup kepada bantuan yang diberikan organisasi-organisasi Hindu. Selain 31 orang, terdapat 9 orang lain yang merupakan anggota organisasi Gazy Boora di Atar Pradesh turut hilangan penglihatan mereka atau buta setelah terlibat sama merobohkan Masjid Babry.
Berdasarkan laporan akhbar tersebut, mereka yang buta menyesali tindakan tersebut dengan menyatakan bahwa tuhan-tuhan mereka telah murka terhadap mereka kerana telah merobohkan Masjid Babry. Menurut mereka, kebutaan yang mereka alami itu tidak lain adalah sebagai balasan dari tuhan-tuhan mereka itu .
Menurut klaim/wakil mereka, salah seorang waris dari orang-orang tersebut menyebutkan, anak lelakinya memang telah mendapatkan latihan khusus untuk turut serta dalam tindakan merobohkan masjid itu namun ia mengaku belum mengetahui identiti pihak yang telah melatih anak lelakinya itu.
Penduduk setempat terutama yang berada di kawasan sekitar Masjid Babry berkeyakinan bahawa dengan tindakan perobohan tersebut itu mereka telah melakukan dosa besar.Sebab itulah, balasannya mereka menjadi buta.
Sekali pun kejadian ini sudah lama, tetapi mudah-mudahan menjadi pengajaran. Kehilangan penglihatan mereka / buta merupakan azab dari Allah ke atas mereka.Tindakan meroboh Masjid Babry jelas sekali amat besar dosanya.
Wallahu’alam….
Sumber: Klik SINI
"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"
25 jejari yang tajam menaip:
hukum Allah..tiada siapa yang menduga.. Nauzubillah..
Subhanallah...cerita diatas bukti kekuasaan Allah S.W.T
kuasa ALLAH S.W.T....mereka dh terima balasan di dunia dah..akhirat menunggu...
kt jdkan kisah ni sbg iktibar.. betapa besarnya kuasa ilahi
Allah Maha Besar. jangan sesekali kita lawan kuasa Allah.
mekasih singgah blog saya n follow. saya follow balik :)
tak pernah dgr kisah ni. semoga jd pengajaran kpd yg lain. :)
Subhanallah...di dunia lg mereka telah dihukum atas ape yg telah dilakukkan..muhasabah utk diri sdri jugak..tq info tu..
Allahuakbar..Allah maha besar dan hanya allah layak disembah...
Allah Maha Mengetahui segalanya...
Allah maha berkuasa dan maha mengetahui atas segalanya..
allahu akhbar !
Allah maha lebih mengetahui dan berkuasa...
tu baru azab dunia.hmmmm
Tiada siapa yang dapat menandingi kekuasaan Allah... Allah Maha Mengetahui
Dia Maha Mengetahui...
dpt dijadikan ikhtibar...nice entry :)
kuasa Allah siapa mampu mengubahnya...
Kat dunia aje dah dapat balasanNya belum kat sana lagi....
SubahanaALLAH...balasan ALLAH buat mereka yang hina islam..
besar sungguh kuasa Allah tu kan..moga kite jadikan iktibar...
Allah maha berkuasa.. di dunia pun Dia boleh balas...
Kuasa Allah boleh jadi macam macam kan. kun fayakun.
kuasa Allah kan...
kun fayakun
,,Tuhan Maha Pengampun,Maha Penyayang..tidak akan pernah menghukum dan menyakiti ciptaan-Nya..
Post a Comment