Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Monday, June 25, 2012

Menorrhagia (Pendarahan Darah Haid Yang Berlebihan)


Selamat Malam pada hangpa semua. Mai M nak cerita pasai masalah sakit puan plak kali ni.. Sharing kan caring...

Menorrhagia bermaksud pendarahan darah haid yang lebih dari 80ml setiap kitaran haid. Agak sukar untuk menentukan pendarahan berlebihan secara objektif, akan tetapi kalau pendarahan haid itu menyebabkan kualiti hidup seseorang wanita itu terjejas, ia boleh diklasifikasikan sebagai menorrhagia. Ini termasuk terpaksa menggunakan dua tuala wanita sekali gus, atau pendarahan yang hingga melimpah mengotori kain atau tilam.

Kebanyakkan kes tidak mempunyai sebab-sebab tertentu. Di antara sebab-sebab yang boleh dikenal pasti adalah:

•Gangguan hormon menyebabkan pendarahan rahim
•Polip pangkal rahim atau rahim (ketumbuhan bukn kanser dari selaput rahim atau serviks)
•Endometriosis (selaput dalam rahim yang terdapat di luar rahim secara
tidak normal)
•Fibroid (ketumbuhan dari otot rahim)
•Kekurangan atau berlebihan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid

Sebab-sebab lain:

•Akil baligh atau permulaan haid
•IUCD (Alat mencegah kehamilan di dalam rahim)
•Cystic glandular hyperplasia (masalah selaput rahim yang tebal)
•Penyakit radang pelvis (PID) yang kronik (Hyperlink PID)
•Sindrom Polycystik ovari (PCOS)

Sebab-sebab yang jarang:

•Masalah kelenjar pituitari atau rembesan hormon prolactin yang berlebihan.
•Penyakit hati atau ginjal
•Penyakit darah
•Kanser Endometrium (kanser selaput rahim)
•T.B. endometrium (T.B. selaput rahim)

Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak seperti ubat yang boleh mencairkan darah atau kemoterapi (untuk kanser).

Diagnosa - Sejarah pesakit perlu ditanya oleh doktor supaya dapat mencari sebab-sebab pendarahan haid (seperti di atas). Anda akan ditanya berapa tuala wanita (pad) yang digunakan sehari termasuk simptom-simptom lain (seperti kekurangan darah dsb). Anda mungkin diminta mengisi satu borang carta yang boleh menolong memberi gambaran ringkas kadar darah haid yang anda alami.

Ujian darah boleh mengesan anaemia (kurang darah), yang boleh disebabkan oleh pendarahan yang banyak dan berlebihan. Ujian Ultrasound rahim boleh mengesan fibroid, polip atau kanser. Jikalau doktor anda tidak dapat mengesan sebab-sebab pendarahan, anda akan dirujuk kepada pakar ginekologi untuk rawatan lanjutan.

Rawatan: Rawatan termasuk ubat-ubatan dan pembedahan.

1. Asid Tranexamic adalah ubat yang paling mujarab. Ia boleh mengurangkan pendarahan haid dan diambil pada hari-hari haid sahaja. Ia tidak mengurangkan masa pendarahan tetapi lebih mengurangkan kuantiti pendarahan. Ubat-ubat lain seperti anti-radang (Mefenamic acid - Ponstan) juga boleh digunakan. Ia mungkin kurang efektif berbanding asid tranexamic tetapi boleh mengurangkan sakit senggugut.

2. Pil perancang boleh mengurangkan pendarahan haid berlebihan, sakit sengugut dan pada masa sama menghindar mengandung.

3. Pembedahan pula termasuk pembedahan membuang rahim (hysterectomy) atau membuang selaput rahim (endometrium). Prosedur membuang selaput rahim ini dipanggil ablasi endometrium. Ablasi ini merangkumi pembakaran dengan tenaga elektrik atau gelombang mikro. Mereka yang menjalani pembedahan hysterectomy tidak akan mengalami pendarahan haid lagi, akan tetapi keperluan membuat pembedahan ini perlu diimbang kosnya yang mahal dan kesan sampingan lain.

4. Ablasi endometrium adalah pilihan yang baik jikalau pesakit tidak mahu menjalani pembedahan histerektomi. Rawatan ablasi yang menggunakan gelombang mikrowave boleh didapati di kebanyakan hospital-hospital besar di Malaysia.

Sumber:Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

p/s: Cegah Sebelum Parah..

29 jejari yang tajam menaip:

Liyana Anuar said...

banyak info~ :)

aReLaN said...

baru ku tahu.terima kasih ye.hmmm

Masha Meisters said...

masha xd maslah mcmni kak MM..tapi masalah Masha irregular menstrual cycle...huhu...kadang2 berbulan xdatang...susah ke nak pregnant biler dah kahwin nanti kak MM?

Chic Na said...

good info. tak pernah lg mcm ni cuma senggugut tu mmg tiap2 bulan. serik.

IntaNBerliaN said...

thanks kongsi info.. blh tambah ilmu sy lg ni :-)

Qasey Honey said...

tq M bkongsi info ni...alhamdulillah stakat ni xmgalami segala simptom di atas tu...cuma senggugut aje..hihi

LYAfrina said...

info y sgt bagus buat kt kaum wanita.

Ety said...

alhamdulillah. so far, Ety takde masalah lagi kalau pasal period ni. hmm senggugut pun jarang.

info yg bagus untuk kaum Hawa macam kita :)

datang sini dan follow dari blog Mak Dara :)

Unknown said...

haid deqla x menentu..kdg2 lmbt kdg2 2x sebulan..mungkin sbb tu deqla ssh nk peknen kan...hukhuk...

dieyna said...

info menarik.. baguslah buat perkongsian ni.. tak ramai yang tahu istilah perubatan ni

~Cik Sweety~ said...

kene cek dulu ne..kot2 ada smtom2 penyakit ne..thnx for info yea..

ERYZA said...

Kaum wanita kena baca ni.... Jgn skip skip. Berguna info nih..

EMYR ASHRAFF said...

oh.. nice info :)
saya rasa lelaki pon kena ambil tahu benda camni kan..

Fariz Reza [FR] said...

Menorrhagia itu istilahnya ..entahla ade kawan sorang tu sakit sengugut semacam..kesian lak tengok dia...erm....

Aisyah M.Yusuf said...

perlu sangatlah kita rawat punya kita ini..cucilah ia selalu dengan air yang benar-benar bersih ..biasakanlah minum ramuan-ramuan alami seperti air rebusan daun sirih dan dapat juga dijadikan pencuci antiseptiknya.

eima said...

o0o .. belum penah kena ngan rasa senggugut lagi ...mintak2 la dijauhkan ......

Arina Shamsul said...

takut pulak baca dear..nauzubillahiminzalik...

Unknown said...

sy nyer darah haid juz sampai 3 hari je..1st day je byk..then 3rd day tu sikit je.hari ke4 dh kosong...sllu camtu..mmg ade gangguan hormon..period pn x tetap..
tp yg entry sis ni special case kan..darah yg berlebihan

mselim3 said...

heheh....macam mana nak komen yer! xder ilmu pasal penyakit ini....xper sebagai pemerhati aje lah.....dulu . Nak komen takut salah lak....
Tp kena ambik tahu gak kan....

are_lin@yu said...

ayu hari pertma n kedua ja banyak pastu dah ok dah..senggugut pn dah kurang..nice sharing dear ;-)

Mrs Velentine said...

good info

Nyue said...

nice info akak nie :)

lelamaisara said...

Alhamdulillah tak pernah kena mcm tu...
ok je kadang tu cume senggugut teruk je...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

kaum hawa patut baca info ni!,,thanks sharing kak :))

mummyrinazone beauty said...

takut lak baca..adik nurul yang num 3 tuh menghadapi masalah period banyak darah ni...erm..harap2 tak serius

IntaNBerliaN said...

singgah petang...

IntaNBerliaN said...

singgah petang...

Ayu said...

YM ada Endometriosis, :( dah 2 kali dah operate, buang.

9n0L4 said...

istihadhah kan? ;)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers