Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Wednesday, June 27, 2012

Petua Untuk Otak Hebat



Mai M nak cerita kat hangpa apa yang M baca tadi.. Sebab M rasa sesuatu yang baik elok dikongsi bersama. Tak nak nak bolot sorang2... Jom kita baca pasai ciptaan Allah yang terhebat ni, OTAK....

Dalam badan kita ada satu ciptaan di mana ianya amat hebat sehinggakan mampu menguasai dunia keseluruhannya. Di sinilah terdapatnya segala ilmu, tidak kira yang baik atau tidak. Allah s.w.t. telah ciptakannya untuk kita menerima maklumat,menyimpan dan mengeluarkannya semula serta digunakan untuk membezakan perkara yang baik dan tidak baik. Inilah yang dikatakan sebagai otak. Otak adalah satu ciptaan Allah yang amat hebat buat manusia,wajib kita mengucapkan syukur. Otak dicipta untuk kita memikirkan kebesaran Allah, ini adalah yang utama.Otak bukan gunanya untuk merosakkan apa jua akan tetapi otak amat berguna untuk kita merasakan kebesaran Allah dan menyimpan ilmu Allah didalamnya.

Otak yang baik akan lahir dari manusia yang baik,pemakanan yang baik serta cara fikir yang baik. Bukan mudah sebenarnya untuk kita menjaga otak kurniaan yang Maha Esa ini. Perkara pertama yang kita perlu ambil berat adalah bimbinglah otak kita dengan akidah yang benar iaitu mengesakan Allah setiap saat.

Seterusnya kita perlu memastikan oksigen cukup untuk otak kita,apakah tanda orang yang tak cukup oksigen? Salah satunya ialah kerap sakit kepala, cepat stress dan macam-macam lagi. Salah satu cara untuk pastikan otak kita cukup oksigen ialah dengan menjaga solat kerana pergerakan sujud itu membekalkan oksigen yang banyak kepada otak. Selain itu, amalkan minum air kosong 8 gelas sehari. Air merupakan pembekal oksigen yang amat baik kepada otak kita.

Juga amalkan zikir, selawat dan bacaan Al-Quran kerana dengan zikir, otak kita akan memberikan riaksi yang amat baik. Secara rohani dan fizikalnya zikir amat memberikan kesan yang positif.

Kredit to ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

25 jejari yang tajam menaip:

hazwan hairy said...

nice info....otak hebat semua mnjdi..heheh

Miss Syahbanu said...

perkongsian yg baik...thanks sbb share ngan we olls semua..

~Cik Sweety~ said...

thnks info ne dear..(^_^)

Chic Na said...

tak perlukan belanja pun utk dptkan otak hebat ni. mmg hebat. ;)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

kak M thanks sharing kat sini..petua sangat berguna...sharing is caring :))

Ayuni said...

good information!

eima said...

TQ ..kesedaran $ ilmu ilmu berguna ni

Deq's Qienz said...

nice sharing sis :)

LYAfrina said...

tq for sharing..
zikir mmg makanan jiwa terbaik

shuhadaothman said...

thanks info kak. amat berguna :) sbb shu slalu sakit kepala.

shuhadaothman said...

thanks info kak. amat berguna :) sbb shu slalu sakit kepala.

bicara mak dara said...

info yg sangat menarik.. tks for sharing

dieyna said...

nice info...

Liyana Anuar said...

saya pernah terbaca jugak yg zikir tu mmg boleh mengaktifkan otak~

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum SM cayangg.. terima kasih sudi berkongsi ya.. cayang dia.. muahzz

9n0L4 said...

jenuh jugak nk abiskn 8 gelas sehari. huhu.

IntaNBerliaN said...

a'aa lg 1, tnda xcukup oksigen.. bila kita menguap.. rs ngantuk.. tu sape ntah gtau sy dulu.. lupa.. ms zmn sek dulu2.. :-)

Unknown said...

jazakillah khair sis m..sangat bermanfaat...:)

RIZZNA said...

otak adalah anugerah Allah yg paling bernilai & paling bermutu yg ada di dunia ini. cuba bygkan bgaimana kita kalau tanpa otak kerana otak adalah keperluan utama manusia.

hargailah Otak yg telah dianugerahkan. Thanks M, CiM akan jaga otak Cim & anak2 CiM seperti saranan M.

Nurul Husna Mohd Hassan said...

nice sharing. mekasih ;)

Madam iEeDaZ said...

wah good info ni!

mummyrinazone beauty said...

datang jenguk tuan umah..ngah masak ker2?hihihi

Reena Sidek said...

petua yg amat berguna... thankz... :)

Fathiah Hamim said...

haa ustaz pernah cakap pasal ni. hehe

singgah dari segmen mak dara!
sorry lambat!

lelamaisara said...

mcm dah bace n3 ni..tapi belum komen eh..heee

bagus petua ni...;)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers