Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Thursday, April 25, 2013

Tom Yam Si Matatajam

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah

Rindunya kat blog dahku ni..hampir bersawang rasanya... Bz manjang ja minggu ni.
Hari ni nak berkongsi ngan kengkawan semua resepi tom yam M buat semalam.. First time tau M buat tom yam sendiri.. Sebelum ni asyik makan kat kedai ja..ha ha..tetiba teringin nk buat sendiri..


  
Ni la hasilnya..dah di'ngap' oleh my hubby and me semalam..hi hi.. Brrrppp.. Alhamdulillah.. Menjadi gak akhirnya ^_^ sesapa nak try buat, resepi ada kat bawah ni yek.. M amik kat My Resepi.

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar) ( M bubuh tak banyak sebab cili padi yang M guna tu memang pedas sangat)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar pes tom yam ( M bubuh 2 sudu besar)
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • garam & perasa
  • sedikit minyak
  • sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  4. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
  5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
  6. Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
  7. TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.



Selamat Mencuba ^_^

44 jejari yang tajam menaip:

mama3heroo said...

wah sedapnyer..lme m3h x msk tomyam,dlu2 rajin gak..tq share resepi..
done klik2 nuffnang..

umi alya said...

akakpn dah terliur ni

Nisah Idham said...

yummyyyyyy... mesti sedap kan. nampak menyelerakan.

nape tak ajak nisah join makan semalam? :(

intanfirdaus247 said...

Salam M cayang..wah cedapnya…akak jarang buat tomyam sebab x terror wat tomyam..hehe..tp dengan adanya resipi M , akak akan buat..eheh

Deqla Manjew said...

deqla dah lama x mkn tomyam... teringin la pulak... huhuhu...

DIARI SEDETIK LEBIH FARISHA said...

tiba2 terasa dh lama xmkn tomyam..

Ratu Hatiku said...

kalau cter psl tomyam mst terliur dibuatnya....

Z ie said...

sedapnya tom yam, emmm

Sue-Rya Qistina said...

uishhh..nampak menyelerakan!
dah lama x wat tomyam.
teringin la pulak. hehehe

Tihara said...

akak kalau tom yum ni, tak makan nasi takpe,ratah tom yum saja sedapnya aihh :)

Mrs Velentine said...

sedap MV kalau buat suka yang seafood

CeqGu said...

ishhh terliur la M...teringin nak masak, tapi si kecik lak tak leh makan pedas2

CeqGu said...

m selalu guna pes tomyam apa yer?

Ayuni said...

nie tomyam putih ke?

ainnoraini said...

Suka masak tomyam ni...sebab senang...dan sedap..

Masha Meisters said...

hyy kak M....rindu sehhhhh...hehe
masha is back!

alooo...resipi jo koh?
nak yang dah siap la....hehe
(overdemanding la pulak) haha

Fiza Rahman said...

Sedapnya. DAh lama tak buat tom yam.

Riedaffya ibrahim said...

nampak sedap ni..tgh lapar lak..

Diari Si Froggie said...

wasalam.. tomyam slruppp!! aida suka tomyam.. tomyam pun senang nak masak, campak je. hehe. :)

AyueJean AJ said...

Nampak sedap..... =D
Lepas ni dah biase buat, mesti bertambah2 sedap... =D

Lynn Munir said...

tOMYAM CAMPUR MEMANG SEDAP.

Jemarisuri said...

tak ajak pun...haahaa

Cik Nur™ said...

sedapnyaaa....

kalau nak mcm dekat kedaikan, letak daun ketumbar sikit...

mmg sebijik mcm dekat kedai...
sedap.. :)

eita said...

terliur plok tengok

jaakechik said...

sedapnya...tengkiu ya coz sudi bkongsi resepi!

Chic Na said...

first time pun nampak sedap ni kak. terliur cikna. da la penggemar tomyam. huhu..

pinjam colgate. ;)

BUNDA a.k.a KN said...

SEKALI2 BUAT SENDIRI PUAS HATI BLH MAKAN BERULANG KALI KAN..

Cinta Misteri said...

bau tomyam smpi sini....

aTieYusof Family said...

Sedapnya tomyam! terliur dah nengok nya...nyum! :)

izan mama mia said...

wah..teringin gak ni lama tak makan tom yam

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

sdapnye kalau mkn ngn nasik panas ni,,hehehe

Hatimi Tahirruddin said...

alahai dah habis la pulak...baru nak mintak sikit td....

Remy hazza said...

sedap nyer...terliur sat....

nanieybarnieylurviey said...

Sedapnye. Almost everyday nani mkn tomyam. Lunch n dinner. :)

Dayana Bahar said...

like tomyam.. nyummy

Dayana Bahar said...

dieyna suka tomyam... suka sngt2

Shida Radzuan said...

amboii sedap lah kak M :)

Aisy Nasiha said...

saya mmg suka masak tomyam.. ada masanya dlm seminggu tiga kali masak tomyam sebab antara resepi yg senang n suami akan habis kan....

tonyam M ni pun nampak sedap dan banyak tu isinya

hainom OKje said...

Kiranya dah terer le ni yeh Mertajam....dah boleh bukak kedai le ni

Cikda said...

menarik juga untuk dicuba. cikda kalau bikin mesti kuciwa sebab rupa tomyam tak sama cam kat kedai. tapi anak2 kata sedap.. hehehe

Mohd Selim Zainal said...

wahhh...wahh..tgk sedap aje tomyam tu...ehehehe...pasti sedap tu...

mselim3

Mohd Selim Zainal said...

wahhh...wahh..tgk sedap aje tomyam tu...ehehehe...pasti sedap tu...

mselim3

Lynn si pipi merah said...

wahhh.. terliur dah ni... :)

IntaNBerliaN said...

sedapnya.. sy suka tomyam!!