Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Wednesday, May 02, 2012

Ahli Perniagaan Mati Ditikam Anak Sendiri

SIMPANG PULAI – Seorang remaja dipercayai sanggup menikam bapa kandungnya dengan menggunakan dua pisau sebelum berpura-pura membuat laporan polis kononnya mangsa disamun di rumahnya di Taman Bersatu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 1 pagi, suspek berusia 15 tahun itu didakwa merancang membunuh bapanya yang juga seorang ahli perniagaan kayu, dengan menyelerakkan perabot bagi memperdaya pihak polis yang membuat siasatan.

Suspek kemudian memandu kereta Mercedes Benz milik ayahnya, Jaswant Singh Udan Singh, 40, ke Balai Polis Simpang Pulai di sini, bagi membuat lapo­ran kononnya rumahnya dipecah masuk.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, polis kemudian ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring di salah sebuah bilik di tingkat bawah berlumuran­ darah.

Menurutnya, polis yang melakukan siasatan mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan hasil soal siasat terhadap suspek, akhirnya membawa kepada pengakuan si anak yang mengaku membunuh bapanya.

“Suspek mengaku menikam bapanya kerana berang dengan sikap bapanya itu yang sering memukul dan memarahi dia serta ibunya. Terdapat juga kesan luka pada kedua-dua tangannya.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan tikaman pada bahagian perut mangsa. Suspek juga menunjukkan lokasi dia membuang pisau di padang permainan Kampung Baru yang masih mempunyai kesan darah,” katanya.

Dzuraidi berkata, pelajar tingkatan tiga itu ditahan reman selama seminggu bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Selain dua bilah pisau, polis turut merampas kereta Mercedes Benz yang digunakan semasa membuang pisau itu.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat,” katanya.

Sementara itu, remaja terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh untuk mendapat perintah reman diiringi tiga anggota polis pada jam 10 pagi.

Bagaimanapun, suspek yang memakai kemeja T hitam tidak menunjukkan sebarang reaksi gelisah atau murung ketika dibawa masuk ke kamar mahkamah dalam keadaan tangan bergari.

Dalam pada itu, sepupu mangsa, Inder Singh, 65, berkata, mereka sekeluarga terkejut dengan kejadian yang berlaku itu kerana anak mangsa itu disifatkan sebagai seorang pendiam dan baik dalam keluarga.

“Ketika kejadian difahamkan mereka (mangsa dan suspek) bergaduh. Selain itu, mangsa juga pernah menyuarakan masalah anak sulungnya itu yang telah mula merokok,” katanya.


P/s: Apa la nak jadi anak2 zaman skang ni :(


Sumber: http://www.sinarharian.com.my/

6 jejari yang tajam menaip:

mselim3 said...

Macam2 anak sekarang nie ..bapak sendiri pun dibunuh....sedih, masa kecik dibela dan besar anak bunuh bapak pulak ...pening...

hatiAMIRA said...

bg sy yg masih bgelar anak ni, tak patut put blame on children only .
mybe anak2 tertekan dan tatau apalagi nak buat . huhu .

Cik Senyum ツ said...

Ya Allah ayah sendiri pun sanggup dibunuhnya. baru umur 15 plak tue.

SENARAI BLOG MALAYSIA said...

salam mohon tukar link. link anda telah di senaraikan dalam blog kami. harap anda juga dapat masukan blog kami ke dalam bloglist anda.
TERIMA KASIH

http://bloglistmalaysia.blogspot.com

Shah Zamri said...

Hi dan salam kenal dari blog shahamri.com.

Blog yang menarik. Kalau rajin singgah2 lah ye blog shah.



Entri Terbaru: " Metered Earning Nuffnang Pertama Shahamri.com"

mujagirl92 said...

muja datang sini and follow,, tadi ingatkan tak de widget follower,, pe kata letak atas sikit,, hehe

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers