Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Tuesday, May 08, 2012

Lidah Kelu Ketika Sakaratul Maut


Assalamualaikum(^__^)

Mai M nak cerita pasai apa kita sepatutnya menghormati laungan azan..

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.


Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin..amin

By: Dunia macam-macam
pict kredit: mr. google

22 jejari yang tajam menaip:

EruzuLiyana said...

perkongsian yang baik. syukron kak :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

nice sharing...saling mengingati :)

Si Matatajam said...

Tq... Yang baik jd teladan, yg jauh buang kat sempadan...he he..

Qasey Honey said...

terima kasih kongsi info ni...seram pula mambacanya..hehe

Nadiaafarhanaa said...

terima kasih mengingatkan :)

Unknown said...

terima kasih ingatkan
minta dijauhkan lah
harap, bila kita dah nak hampiri ajal, nak mengucap tu bagi lah senang


belog ni, amal tengok tak ade HEARTBEAT
HEARTBEAT tu macam nuffnang, boleh dapat duit even dengan blog
meyh tengok tuto yang amal buat
http://sayacikamal.blogspot.com/2012/05/cara-daftar-heartbeat.html

Si Matatajam said...

@QH: tq, SERAM? Bagus la tu... Lps ni mesti sentiasa beringat

Si Matatajam said...

@cik Amal: semoga kita dimatikan dalam iman.. Amin..

BudakCHOCO Official Blogger said...

thx kak , mmg betulpun kene diamkan diri walaupuun sekejap kan.. contoh nya td masa sy kat kedai makan , azan berkumandang tetapi org di belakang saye sibuk berborak , kuat pulak tuh . dlm hati saya berkata mmg x tahu menhormati azan lansung . (: ape-2 pun entry yg bagus utk di kongsi .

Nour Adieb said...

Nice entry,sharing is caring.Dulu selalu gak pot pet pot pet tym azan.Skrg ni,insyaAllah nda sudah..Moga Allah ampunkan dosa saya,amiiin

Si Matatajam said...

@budakChoco: sebenaqnya mmg ramai yg tak alert hal ni... Tak pa, kita cuba ingatkan baik2 pada org terdekat ngan kita.

Si Matatajam said...

@cik adieb: dulu M pun sama. Harap Allah terima taubat kita yek...Amin....

Syafiqah Azmi said...

Ya Allah semoga perkara ini di jauhkan..mari sama-sam kita diam bila time azan dilaungkan...=))))

Unknown said...

101% kompem tak jejas BE kak

Unknown said...

Assalammualaikum, salam ukhwah. info yg menarik..tq sharing:)

Koding said...

semoga menjadi peringatan kpd kita semua...

Si Matatajam said...

@nieza kep in touch^_^

nhdaughter said...

nice sharing....da follow akk balik...thank(:

sekadar satu coretan said...

Terima kasih,saling ingat mengingati sesama umat

Norzie hany said...

Salam M.
Jangan ambil mudah.Nice info...tq for sharing.

Si Matatajam said...

@miza kimbum: tq dear ..keep in touch ^_^

Si Matatajam said...

@ainnorani: sesama, ya betoi tu...
@nozie hany: sharing is caring kan ^_^

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers