Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Tuesday, May 08, 2012

Bahaya Tersedak Susu

KES bayi tersedak susu sebenarnya sering berlaku. Namun keadaan ini yang boleh dikawal dengan teknik tertentu, menjadi sesuatu yang amat ditakuti berikutan meningkatnya laporan kes bayi yang mati akibat tersedak susu.

Umum mengetahui tumbesaran awal bayi bergantung sepenuhnya kepada pemakanan berbentuk cecair iaitu susu. Sebaik dilahirkan, bayi yang masih kecil perlu secara automatik menyelaraskan mulut, bibir dan lidah untuk menyedut susu.
Faktor yang boleh mengganggu penyusuan bayi dan menyebabkan tersedak ialah gejala seperti selesema, bayi tidak cukup bulan, tidak sihat atau menyusukan bayi dalam keadaan yang tidak betul. - Dr Anthony James Mansul, Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court Selepas menelannya, ia perlu diselaras pula dengan otot di belakang tekak. Semua proses itu jika difikirkan, sangat rumit bagi seorang bayi kerana ia bukan saja membabitkan satu otot sebaliknya banyak otot berbeza.

Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Anthony James Mansul berkata, bagi bayi yang masih kecil, ada saraf yang belum matang terutama bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan atau pra-matang.

Dr Anthony berkata, pengamal perubatan perlu berhati-hati dengan bayi pra-matang di bawah 34 minggu terutama apabila menyusu menggunakan botol atau susu badan.

“Agak sulit untuk menjelaskan kepada setiap ibu bapa mengenai penyelarasan otot ini. Jadi sebagai langkah pertama, perkara terbaik ialah usah berfikiran negatif dan anggap semua bayi yang dilahirkan tiada masalah serta secara automatik pandai menyusu.
“Ini kerana 90 peratus bayi yang baru lahir tidak menghadapi masalah ini,” katanya kepada Sihat & Selamat.

Dr Anthony berkata, faktor yang boleh mengganggu penyusuan bayi dan menyebabkan tersedak ialah gejala seperti selsema, bayi tidak cukup bulan, tidak sihat atau menyusukan bayi dalam keadaan yang tidak betul.

"Kebanyakan kes tersedak susu yang kita lihat selalunya disebabkan masalah penyelarasan seperti mungkin ketika menyusu ada sedikit mukus atau kahak yang masuk atau susu tiba-tiba terlampau laju, contohnya susu badan bagi ibu dan bayi yang baru pertama kali menyusu badan.

“Akibat tekanannya laju, kita selalu lihat bayi tersedak,” katanya.
Dr Anthony berkata, lazimnya nasihat doktor kepada ibu yang anaknya kerap tersedak ialah memerah sedikit susu dari payu dara bagi mengurangkan tekanannya ketika bayi menyusu atau periksa puting botol susu untuk memastikan lubangnya tidak terlalu besar.

“Jika bayi masih lagi tersedak, jumpa doktor untuk pastikan keseluruhan saluran udara, pernafasan, lidah dan mulut bayi tiada masalah dan tidak sakit.

“Jika semuanya baik, mungkin teknik penyusuan yang diamalkan tidak betul dan kebanyakan hospital dan bidan-bidan boleh membantu menasihati ibu mengenai teknik penyusuan yang betul,” katanya.

Apa yang kita perlu buat jika bayi tersedak - pertama sekali jangan panik sebab ibu bapa sering bimbang susu akan masuk ke saluran udara. Berikutan rekaan saluran udara manusia yang baik, jika ada sesuatu yang tidak betul, ia akan tertutup serta merta (dipanggil spasm).

Bagaimanapun, bayi akan kelihatan sedikit biru atau mungkin pucat pada permulaan. Apa yang perlu dilakukan ialah dukung bayi dan tepuk belakang badan di mana lazimnya teknik itu sudah mencukupi.

Dalam kes yang agak kurang bernasib baik, kemungkinan susu itu masuk ke dalam paru-paru sehingga pernafasan terganggu. Jika ini berlaku, bantuan pernafasan mulut ke mulut atau CPR diperlukan untuk bayi. Sehubungan itu, ibu bapa sangat digalakkan mempelajari teknik CPR kerana ia bukan saja baik untuk bayi, malah orang dewasa.

Bagi ibu bapa yang terpaksa meninggalkan bayi di pusat jagaan kanak-kanak, disaran memantau pusat jagaan terbabit sebelum menghantar anak-anak. Cuba selidik dan bertanya dengan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan sama, lawat dan luangkan masa beberapa jam sambil memerhatikan keadaan kebersihan, persekitaran dan cara penjaga mengendalikan bayi dan kanak-kanak. Selain itu, pastikan jumlah kanak-kanak tidak terlalu ramai hingga sukar dikawal.

Paling penting, pilih pusat jagaan berdaftar secara sah dan pastikan pengusaha serta kakitangan yang mengendalikan pusat berkenaan cukup terlatih serta cekap mengenal pasti bayi bermasalah. Selain itu, pusat penjagaan kanak-kanak yang memiliki sijil bantuan pernafasan mulut ke mulut adalah satu kelebihan dan pada masa sama, mempunyai pelan kecemasan terancang dan terletak berhampiran pusat perubatan.

Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/


p/s: Sesapa yg bergelar ibu bapa jom pakat2 blajaq wat CPR cara yg betoi.



5 jejari yang tajam menaip:

Salwati Sapei said...

i have a baby, mmng issue tersedak susu niey menakutkan..smoga dijauhkan..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

bahaya sedak susu ni....wanieys dulu qalief baby ckup hati-hati time menyusu...mintak dijauhkan la :)

Si Matatajam said...

@salwati sapei: ya mmg menakutkan semua ibu. Moga anak awak dilindungi Allah swt

Si Matatajam said...

@wanieys: M pun sama gak, masa Khalish bb dulu dia kerap gak tsdak susu, Alhamdulillah xde apa2. Skang ni dok tsdak air liur sdri plak time dia tido.

Unknown said...

ana dah follow blog anta. folow memfolow itulah janji ana. meriahkan blog sesama kita. InsyaAllah

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers