Dari Ibnu Mas’ud رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Saya bertemu dengan Nabi Ibrahim عليه السلام – ketika malam saya diisra’kan dan Baginda bersabda: Wahai Muhammad, sampaikanlah salam dari padaku kepada umatmu, dan beritahukanlah kepada mereka,
Bahawasanya; syurga itu subur tanahnya, manis airnya, terhampar luas dan tanamannya adalah ucapan zikir,
سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ
(Subhanallahi walhamdulillah walaa ilaaha illallahu wallahu akbar).
(Diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan dihasankan oleh Al Albani)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah shallallahu’alaihi wassalam bertemu dengannya. Dia sedang menanam tanaman, lalu Rasulullah bertanya, "Apa yang sedang engkau tanam ?" Aku menjawab, "Satu tanaman wahai Rasulullah". Rasulullah bersabda, "Mahukah aku beritahu tanaman yang lebih baik dari ini ?
" Tanaman itu ialah Subhanallah, Walhamdulillah, Walailaha illallah, Wallahu Akbar (Maha suci Allah, segala puji bagi-Nya. Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar). Setiap satu bacaan akan ditanam untukmu sebatang pokok di Syurga.
(H.Riwayat At Tirmidzi)
Sumber: Muhasabah Diri
p/s: Jom kita bertasbih, bertahmid dan bertakbir..
14 jejari yang tajam menaip:
:)
ziela tag awak lagi :)
jom join ramai - ramai contest yang dibuat oleh Nurul Farain <3
Hadiah2nya sgt lumayan :) dah join jgn lupa tag nama Ahmoy Si Merah dalam post tu ya ^^ terima kasih :)
http://ahmoysimerah.blogspot.com/2012/05/contest-edit-photo-for-me-by-nurul.html
saya doakan kejayaan awak :)
nice sharing kak :)
qalief xok lg la kak
very nice sharing. ;)
indahnya.. :)
Allah janjikan yang terindah buat mereka yang terindah ^^
setiap manusia semuanya mahu pergi ketempat tu...
mudah-mudahan dgn amalan yg cukup kita semua dapat dpt melihat taman syurga itu...
Allahuakbar.. Subhanallah, Walhamdulillah, Walailaha illallah, Wallahu Akbar.. Maha Suci Allah swt.. :')
Thanks coz always remind me...
thanks ingatkan saya...
Perkongsian yang baik...agar kita semua sentiasa insaf dan selalu mengingatiNya ...baik dalam susah dan senang kan....
Berkerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi....dan
beramallah kamu seolah2 kamu akan mati esok harinya....
wassalam///
manusia selalu lupa so benda2 cenggini bagus untung mengingatkan kita...tq
@ziela: tq dear..
@wanieys: semoga Qalief cpt sembuh. Sabaq na..
ijin tengok tanaman syurga..yeh.
Post a Comment