Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Thursday, September 20, 2012

Petua Mengatasi Bayi Keliru Puting



Mai M nak cerita kali ni pasai Petua Untuk Mengatasi Masalah Bayi Keliru Puting..Sebelum tu, mai M nak terang dulu definisi keliru puting sebab mungkin ada pembaca kat my blog ni tertanya-tanya apa benda tu? Mesti ada kan! Kan! Kan! Ok la baca sampai abih tau..

Keliru puting adalah satu keadaan di mana bayi mula keliru antara puting semulajadi (nipple) dan puting tiruan (teat/pacifier). Ini terjadi disebabkan penggunaan puting botol dan juga pacifier. Kerana itu, ibu yang breastfeed disarankan untuk tidak menggunakan botol, sebaliknya menggunakan cawan atau sudu untuk memberikan anak susu sekiranya tidak dapat disusukan secara terus.

Tanda-Tanda Bayi Keliru Puting

Tanda utama ialah bayi akan mengamuk dan menolak apabila disusukan secara terus dan hanya mahu menyusu melalui botol. Ini kerana, aliran susu yang lebih cepat berbanding menyusu secara terus. Susu badan biasanya mengambil masa untuk mendapat 'let down' dan ini menyebabkan sesetengah bayi tidak sabar dan marah kerana susu lambat keluar.


Cara Mengatasinya

1. Cara yang paling berkesan ialah “skin to skin” contact. Maksudnya , ibu dan anak berbaring bersama di dalam sebuah bilik yang sunyi, dan tanpa memakai baju, letakkan bayi di atas dada anda, biarkan dia menghidu bau badan anda dan bermain-main dengan badan anda. Anda juga boleh merangsang mulutnya ke arah puting anda, namun jangan paksa sekiranya bayi menolak. Lakukan beberapa kali sehingga akhirnya bayi mahu menghisap dari puting anda kembali.


2.Susukan bayi anda sewaktu dia sedang mamai atau sedang tidur. Pada waktu ini bayi biasanya tidak sedar sepenuhnya dan tidak akan menolak puting anda.

3. Hulur payudara anda pada bayi sebelum dia lapar. Ini kerana, sekiranya anda menunggu sehingga bayi betul-betul lapar, bayi akan lebih mudah marah.

4. Amalkan penyusuan secara terus untuk anak anda setiap kali anda berada dengannya. Kurangkan pengunaan botol dan elakkan penggunaan pacifier. Penyusuan susu ibu bukan sekadar mengenai khasiat susu itu sahaja,malah ia juga mengenai ikatan yang terjalin antara ibu dan anak sewaktu proses penyusuan itu sendiri. 



Tu saja serba sedikit yang dapat M kongsi ngan semua pembaca..Harap para ibu yang mempunyai masalah ni dapat manfaat dr tips2 kali ni..



p/s: Sama2 la kita berikan yg terbaik untuk anak2 kita wahai ibu2 sekalian


Kredit :ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


36 jejari yang tajam menaip:

Cik Aini said...

bole buat panduan bila dh kawin nti nih.kehkehkeh

Cik Aini said...

adoii M..ai cari shoutbox M x jumpa..dia sembunyi kat mn eh?hahaha

IntaNBerliaN said...

tips yg bagus utk ibu2 yg baby mereka keliru puting...

alisha sy sblm ni bg direct.. kenal botol susu pun time dah besar... dah bercerai susu bdn.. hihi

Deqla manjew said...

waduh waduh.. xtau nk komen apa.. xde pengalaman lagi ni..hihi

Eca Dwinky Asha said...

kena bookmark entry ne....nnti2 nak susukn anak,senang.hehehe :)

Kesuma Angsana said...

tq kongsi mai, bagus tips ni!

Eny Yusnizar said...

thanks for sharing :)

Mrs Velentine said...

wah mai tips menarik ni..tp my wanitakde pulak keliru puting..syukur

DAIRI FARISHA said...

terima kasih atas info ni.walaupun belum kawin lagi, tapi penting juga utk pengetahuan di kemudian hari

mrs mell said...

thanks kak kongsi perkara ni.. leh belajar.. kan bakal jd ibu.. insyaALLAH.. huhu

eima said...

kalau lah aku dpt tahu lebih awal ....hmmmmm

Chic Na said...

ooo ada eh mcm ni. ok, belajar something hari ni. ;)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

nice entry kak :)

Sue-Rya Qistina said...

saya pernah mengalami situasi cmni. mase tu dah nak abis pantang. mak soh ajar jugak baby minum guna botol susu (stok ebm). mula2 baby tamo, tapi lama2 dia mau jugak.

Crew Fathi said...

Ooo.. cam tu.. Huhu.. boleh la suruh bakal istri wa baca nanti.. Akhz!
Bakal bini pon x dak lagi ha.. Haha.. Adios..

syiela said...

moga mereka yg bermasalah dapat sedikit info tentang ni.. nasib la anak akak terima je semua.. hehehhe time balik keja cari cap gantung... time kat rumah pengasuh cari susu lembu :)

~Cik Sweety~ said...

tips yg bagus ne kak M.. (^__^)

ieedaz @ mama_isha said...

good sharing M!

Arina Shamsul said...

Hihihi..nasib baik alesya bf sepenuhnya..so takyah pening2..henehe.

Btw tips yang baik,untuk zuriat yang akan datang dear..ngeee.

Everything's Everythings said...

Hahah thanks for sharing,
segan plak nk comment tpi alang2 dh baca..
nnti dh kahwin inshaAllah akan share dgn isteri ^^

mselim3 said...

Ini untuk bacaan ibu, bapa boleh baca gak ker?...

dari mselim3.blogspot.com

Leeza dayasari [santai leeza] said...

bekalan utk masa depan. :-)

boni kacak said...

owh..baru saya tau.. bayi boleh keliru ye antara dua puting ni..

C'Jai said...

perkongsian yg berguna untuk ibu2...:)

Mia Liana said...

bagus ni. amat berguna..

dyabunga said...

blh guna tips ni bila dah berumahtangga..hihih

izan mama mia said...

info berguna untuk bakal2 atau ibu2 ada anak kecill..nice entry

fieda said...

tips yg bagus utk ibu2..

lelamaisara said...

ohhhhhh..mcm tu...mase alesya dulu oki je...

QasehnyaRania said...

baca je tok panduan ..insyaALLAH =)
done 4 HB

Che Rosliza Che mat said...

tq atas perkongsian nie mai, bagus tips ni! untuk ibu2 muda...hihihi

9n0L4 said...

suke tgk baby hisap susu pakai puting botol yg macam nipple tu. ;)

wan nurul hezrina said...

sofia masih menyusu badan skang.memang masa umur start baru lahir sampai 6bulan keliru puting walhal dah ajar 1bulan sebelum abes pantang..huhu..masa hantar ke pengasuh umah org dia hantar alik semula lepas 3 hari jaga sbb tak sanggup nak hadap sofia dengan minum susu badan n tak mo minum susu nurul dalam botol..

lastly letak kat nursery sama ngan merah siblah dapat pengasuh yang sabar last2 pujuk2 tuhpun setelah banyak puting try barulah nak..huhu mmg payah cketlah masatuh.skang okdah

suhailah hamid said...

alhamdulillah sue setakat ni tiada masalah bayi keliru puting, kalo tak susah juga tu..

Gee Jia said...

bby awak guna teat apa dia nak isap botol?

Gee Jia said...

bby awak guna teat apa dia nak isap botol?