Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Wednesday, September 12, 2012

Happy 4th Birthday Muhammad Naufal Khalish

 
Rasanya sat saja masa ni berlalu...Tanggal 12 September 2012 jam 8.07 minit pagi tadi, genap 4 tahun dah rupanya Muhammad Naufal Khalish menjadi buah hati ibu yang menemani Ibu setiap masa dan setiap ketika.. Pahit manis menjadi seorang ibu tersemat dalam lipatan hati dan terpatri kemas dalam kotak memori..Segala suka dan duka kita kongsi bersama...Ibu,Abah & Khalish (^_^)
 
 
Satu2nya pict Khalish yang baru berusia sehari..Pict ni sgt berharga bg Ibu
 
Masih terngiang-ngiang kat telinga Ibu, tangisan pertama yang keluar dari mulut& bibir mungil Khalish yang comel tu tatkala Khalish selamat Ibu lahirkan ke dunia ni pada hari Jumaat, 12 September 2008 bersamaan 12 Ramadhan 1429 jam 8.07 pagi.. Alhamdulillah, lega rasanya selepas saat2 cemas berakhir dengan selamat..Abah Khalish adalah antara insan pertama yang menatap wajah Khalish kat dunia ni tau sayang.. Setia sungguh abah menemani ibu kat dalam bilik bersalin tu..tak putus dia berzikir di telinga ibu sambil memberikan kata2 semangat untuk ibu bertahan melawan sakit ketika itu..Terima kasih na Abah...
 
Dah besaq dah la ni my Khalish

 
Ibu & Abah Sayang Khalish Sangat2
 
 
Abah juga tetap setia bersama ibu menjaga Khalish masa ibu tengah berpantang..Abah la yang bangun tengah2 malam menemani dan membantu Ibu untuk melayan kerenah Khalish...Dari kecik sampai la Khalish dan menjangkau usia 4 tahun ni, hampir setiap masa kami sentiasa bersama membesarkan Khalish..Ibu harap Khalish tak lupa jasa Abah ni ya Sayang..Walaupun syurga itu ditelapak kaki Ibu, tapi Kasih Abah sepanjang hayat...
 
 
Buah Hati Ibu & Abah (^__^)
 
  
Memang ceria dan tak sunyi hidup Ibu dan Abah melihat telatah Khalish yang bijak berkata-kata.. Walaupun kadang2 ada jugak aksi nakal yang membimbangkan kami, tapi memang dah lumrah anak jantan memang tak sah kalau tak lebam sana sini kan..ha ha...Kadang2 sampai tak tidoq malam Ibu risaukan Khalish ni tau..Sabaq ja la..^__^..Harapan ibu, Khalish takkan lupa pengorbanan kami nanti.
Semoga Khalish menjadi anak yang baik, yang Soleh dan akan setia menjaga kami pulak masa Abah Dan Ibu dah tua nanti...
 
Selamat Hari Lahir Yang Keempat Tahun
Muhammad Naufal Khalish 
 
p/s: TQVM pada sesapa yang mendoakan anak M..

36 jejari yang tajam menaip:

Deqla manjew said...

happy besday khalish...moga menjadi ank yg soleh, pintar dan menjadi kebanggaan ibu dan abah!! =)

لين Si Pipi Merah said...

selamat hari jadi mujahid kecil..Muhammad Naufal khalish. Mesti dapat hadiah superbest dari ibu dan ayah :)

moga di lindungi ALLAH sentiasa dan jadi anak yang soleh yang taat pada perintah Allah serta sentiasa mendoakan ibu dan Ayah.amiin,

:: Mrs.Eady :: said...

selaamt harijadi naufal! :)

Acik Erna said...

Selamat har lahir Muhammad Naufal Khalish..semoga menjadi anak yang solleh dan berjaya dalam hidup dunia dan akhirat

are_lin@yu said...

cepatkan masa berlalu..masa tu ayu baru 19thn akak dh lahirkan khalish..hehe..selamat hari lahir khalish..semoga pnjng umur dn jadi anak yg soleh ya ;-)..

QasehnyaRania said...

dah 4 tahun dah...=)
hapy bufday buat muhammad naufal khalish dari ciksu =)

Deq's Qienz said...

hapi sebeday naufal. mg mnjadi ank yg soleh ya.wahh dah besaw ank teruna nih..actualy naufal sama umur gan qhayra la.besa bulan jew, qahyra bulan 5.

lelamaisara said...

selamat ulang tahun kelahiran yang keempat adik naufal...

|shuhadaothman|TM said...

Selamat hari lahir Khalish. nnti besar jaga ibu ngan abah elok2 taw :)


*Kak M sorry sgt da lme x singgah. Tgh mencari mood blogging blik. :)

Kesuma Angsana said...

kejap je masa berlalu yek

Saya Disini said...

comei

Che Rosliza Che mat said...

Happy Birthday Khalish....Beza setahun gan my boy...

mselim3 said...

wawaawa...dah besar khalish rupanya...alhamdulilah, berkat doa dan penjagaan M ...k .
Moga besar nanti menjadi anak yang soleh yang dapat membantu mak dan abah insaallah...k

cik kiera said...

happy birthday khalish :) ... semoga mejadi anak yg soleh ...

Cik Nur said...

dah beso dah khalish yer..!

selamat ulangtahun kelahiran sayang... besar nanti jadi ank yg soleh dan baik ye..

Everything's Everythings said...

Selamat hari lahir Muhammad Naufal Khalish ^^
Semoga menjadi anak yg soleh dan juga insan yg cemerlang inshaAllah

Masz Sidek said...

selamat hari lahir yg ke empat khalish... semoga menjadi anak yg soleh... berbakti kepada ibu ayah dan agama seta negara.... :D

teratak hati said...

Happy birthday khalish..mmg anak penyeri hidup kn..

Miss BaNu said...

happy besday khalish moga jadi anak yg soleh dan taat pada ibu bapa..

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum sis..
Salam kenal juga dari kNaz.. Hari lahir Muhammad Naufal yer.. Happy birthday..semoga menjadi anak yg soleh dan cerah masa depan..

man said...

selamat hari lahir khalish...sebagai anak kita kena sama rata kasih syg antara ayah dan ibu..heheh.sila lah ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

IntaNBerliaN said...

makin besar makin ensem khalish ni.. eppy bzday.. moga khalsih membesar sbgai ank yg soleh...

Cinta Misteri said...

HB Naufal Khalis

InsyaAllah M pasti berjaya mendidik Khalis menjadi anak yg Soleh

hazwan hairy said...

wahh dh bsr dah...cptnya msa berlalu kan..hehe

Tihara said...

comelnya anak M..happy bday ya boy :)

eita said...

selamat hari lahir untuk khalish...
moga dapat jadi anak yang soleh pad mak ayah ye...

LYAfrina said...

alhamdulillah..selamat hari lahir buat naufal.. smoga berjaya d dunia n akhirat & mbesar bagaikan juara

Yana Libra said...

hepi besday untuk khalish~~~ :)

are_lin@yu said...

ayu cubit2 cini ;-0

fieda said...

happy besday ensem boy..moga membesar bagai johan..4 tahun ye..samalah dgn maira..taun depan nk sekolah dah dorang kan M...

Leeza dayasari [santai leeza] said...

sedap nama.. NAUFAL KHALISH... ...
like like.

wan nurul hezrina said...

HEPI BUFDAY KHALISH=)semoga terus membesar dengan sihat=)

Wanieys said...

hepy besday khalish...auntie doakan semoga khalish menjadi anak yg soleh utk ibu n abah...makin ensem khalish ni :)

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Alamak, aunty lambat wish larr!huhu. Semoga membesar menjadi anak yang berbakti Khalish!insyaallah.amin...

Chic Na said...

happy birthday khalish. dah boleh masuk sekolah ni. semoga jadi anak yg soleh utk ibu & abah. ;)

9n0L4 said...

hepi belated befday khalish. moge terus membesar dgn bijak. ;)