Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Sunday, September 30, 2012

Kad Nama Versi Timeline


Alhamdulillah, tadi bila M check komen ada blogger gitau M dapat kad nama versi timeline dalam segmen anjuran beliau yang M join kat SINI..TQ Teha sebab buatkan kad yg cantik ni untuk M.

Ni la rupa kad nama tu

Amacam ok tak?

Sesapa yg belum kenal ngan Teha, jom la kenal2 ngan Teha..
v
v
v
http://tehaalarh.blogspot.com/


First Time Jumpa Member Blogger


Seronok rasanya bila ada member blogger yang nak mai Langkawi sudi jumpa M...Alkisahnya, blogger ni nak mai melancong ke Langkawi ngan her family..So, lps dia habaq nak ajak berjumpa ngan M ari Sabtu (semalam), opkoz la M eksaited sesangat..dok terbayang-bayang ja wajah Si dia yang cute tu..Ya la sebelum ni kan dok belek pict profile dia yg comel tu..Mesti hangpa nak tau sapa kan? Insan yang M maksudkan tu Cik Nur, pemilik blog Aku, Cinta & Cita-Cita.

Dah siap M plan2 nak ajak mai umah nak buat laksa n mcm2 juadah..Tapi sayangnya Cik Nur ikut rombongan Cik Kiah..jadi jadual dia padat sangat..So, tak dak la rezeki Cik Nur nak rasa laksa Langkawi dari M..hu hu...

Kami jumpa kat area Oriental Village, Langkawi Cable Car..Lepas Cik Nur dah enjoy naik cable car tu, terus dia mai cari M kat Oriental Village.... Masa tu M bawak my Mak pi sama..Mak Cik Nur pun ada gak..tapi tak sempat nak sembang sebab Mak Cik Nur dah nak naik bas..Memang best sangat dapat jumpa Cik Nur..Ramah orangnya..kami bersembang macam dah kenal lama.Sampaikan masa M driving balik umah, my Mak kata kami ni bersembang macam dah lama jadi bestpren..hi hi...

Sempat gak la kami bersnap-snap skit masa jumpa tu...Jom layan2 pict2 kami..hi hi..Tqvm to my Mak sebab sudi jd photographer kami..


control2 hi hi...Khalish tu tunjuk tangan ja mula2...

Senyum2..ha! Sweet kan Cik Nur..(Khalish dah tunjuk kepala skit)

Peace!!! ( Khalish interframe sipi2 ja..hu hu..)


Disebabkan Cik Nur pun rushing ja nak naik bas...Tu ja la pict2 yg sempat kami amik sama2...Harap2 lepas ni kita dapat jumpa lagi ya Cik Nur...tq sebab bagi duit raya untuk Khalish... Lepas ni, hope ada lagi member blogger yg sudi nak jumpa M bila mai ke Langkawi..

Wassalam

p/s: M dok gigih jogging ke blog hangpa ni....




Saturday, September 29, 2012

Rindunya Kat Blog Aku...


Rindunya rasa kat blog M ni.. Baru dua hari tak berbelog, rasa cam dah berminggu blog ni tak berhapdet..ha ha...rindu sangat nak ziarah banglo2 hangpa semua...

Sebab ada yg bertanya apa yang jadi kat my SIL, so M nak habaq la  pasai apa my SIL masuk sepital... My SIL ada kanser rahim dan darah rendah.. Disebabkan my SIL yang satu2nya anak yg belum berkahwin,so dia la yg tinggal dan jaga my MIL... Bila my SIL dah kena stay kat sepital, my hubby n me kena la stay kat umah my MIL kan untuk temankan dan uruskan makan minum my MIL.

Alhamdulillah segala urusan dah settle.. Hari ni M dah kembali berbelog..bila check kat  bahagian komen yg belum di publish, mak ai!!! 83 komen semuanya... Lebam la lps ni nak balas jejak hangpa..hu..hu.. Tq sesangat pada yang sudi ziarah teratak M dan tinggalkan komen tu.. Nantikan jejak M kat blog kengkawan yek...M jogging pelan2 pi blog hangpa...

*Wassalam*

(^_____^)


Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday

 

 
GlassWing Butterfly


SUBHANALLAH
 
pict kredit:http://www.facebook.com/noicantbelieveit


p/s: Ptg ni ngan esok M tak bleh nak blogging dan jenguk banglo hangpa semua.. Nak temankan my MIL coz My SIL masuk spital..So, bila M free nnt M terjah hangpa balik na.

Wordless Wednesday

 

 
Camping Car
 
 

pict kredit: http://www.facebook.com/noicantbelieveit


Tuesday, September 25, 2012

Mak Dara Sila Sampaikan Ucapan Saya



Nak join klik header vouge tu ok..till 9pm tonight..

Harap2 Mak Dara akan sampaikan ucapan M kat bawah ni:

-Julai 1999 kita bertemu
-Disember 2007 Cinta Bersatu
-Janji dan kasih diikat padu
-Semoga Allah kekalkan kasih sayang Kau & Aku
-Sehingga di Syurga kita bertemu
-Buatmu Sayang My Love Always for U

Wassalam


P/s: Doakan M terpilih..Aamiinnn...errrr..maaf buat sesapa yang rasa agak tak berkenan ngan kata2 yg M ciptakan khas buat my hubby kat atas tu yek...Kalau rasa nyampah, jangan baca na..hi hi. ...Maaf..




Dapat Free Header Dari Kinara Kinatara..


Apa habaq semua pembaca yang setia ziarah blog M yang tak seberapa ni? M harap semuanya sihat dan sentiasa dirahmati Allah swt.. Bertuahnya rasa bila check inbox kat my FB, sis Kinara Kinatara hadiahkan M header untuk my blog..Bukan 1 tapi 2 lagi...Alhamdulillah...Cer tengok kat bawah ni.. Comel kan header2 tu..Tqvm ya Kina..Kak M suka sangat...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
First Header

&

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Second Header


Macam biasa la kan..doodle2 comel ni hasil kerja tangan our GSF big boss, Mama Arina yang kini giat dok lukis Vector follower dia yang bertuah.. Pada sesapa yang belum kenal ngan blogger Kinara Kinatara dan Mama Arina klik ja kat nama depa untuk terjah blog depa berdua..


Wassalam

Syaitan Berkata..Allah Menjawab


Janganlah kita berhenti memohon keampunan dari Allah wahai muslimin dan muslimat



p/s: pesanan buat diri sendiri dan buat semua saudara SeIslam..


kredit pichttp://www.facebook.com/RajaLoveRasulullah

Monday, September 24, 2012

"Ibu Tak Sayang Khalish"


Mesti hangpa dah tengok tajuk kat atas tu kan...Dialog tu la yang my Khalish kata kat M tadi masa M tinggikan suara masa tegoq dia wat salah.. Amboi sentap sungguh anak ibu la ni.. Bukannya marah teruk pun apatah lagi nak nak pukul dia.. Tapi heran sungguh M sejak dua menjak ni, sensitif sungguh putera M yang sorang ni. Tak bleh M tinggikan suara skit..

Dua tiga kali jugak la Khalish dok ulang ayat " Ibu tak sayang Khalish " tu.. Siap lari sembunyi belakang sofa bed tu sambil dok gheyau (nangis).. Hadoiii la cayang..Jenuh gak la M nak pujuk dia dan terangkan kat dia pasai apa M wat camtu..At last dia faham dan janji tak buat lagi...Hmmm....makin besaq makin emotional rupanya bebudak ni yek.

*Wassalam*



1st Awesome Giveaway

Nak join klik Banner

Jom join ramai GA by Miss NR ni..

Tarikh tutup GA: Bila dah cukup 200 penyertaan


Kali ni nak tag Cik Ai plak..Jom Cik Ai join GA..hi hi..

Mangsa tag: http://miszpinkies.blogspot.com/


Amboi..Khusyuknya Khalish...


Mai M nak share beberapa picts semasa my Khalish punyalah khusyuk dok layan main keyboard.. Sampaikan Ibu dok amik gambar dia pun dia tak perasan. Ishk2...Hmmm..Hangpa layanssss ja la pict2 Khalish kat bawah tu..


Apa la yang dia dok nyanyikan tu..

Punya la layan sampai senget2 kepala plak tu

Nyanyi lagu twinkle2 little star ka Khalish 


Ha! Tu dia baru nak perasan ibu dok snap2 picts dia.hi hi

Nak tergelak plak bila M tengok gelagat2 Khalish yg khusyuk betoi dok main keyboard tu.. Ada bakat la plak gayanya nak jadi musician ni. Hi..hi...Apa2 pun Ibu sentiasa mendoakan kejayaan Khalish untuk selamanya..Buat la yang terbaik untuk masa hadapan yang lebih cemerlang..Chewwah..Tu saja la yang M nak cerita pasai Khalish kali ni..

*Wassalam*






Sunday, September 23, 2012

Segmen Kad Nama Versi Timeline By TehaaNFM


Nak Join Klik Banner ni
Jenis font: Macam yang kat banner tu pun dah ok..
Warna Font: Lilac ( kaler yang macam ni yek ^_^)

Nama: Si Matatajam 
twitter: @kynyanie
Blog: http://mymatatajam.blogspot.com/
FB: http://www.facebook.com/kyn.yanie
email: it's ok..errr...private..sori ye dik..

Insan Bertuah yg Di tag: CIM & Miss Banu


Wassalam 

Random Giveaway By Wawa



Hari ni mood join segmen ngan GA saja selain ber BW sampai lebam..

Malam ni nak join GA Wawa plak...

Sapa yg berminat bleh join sama..just klik banner kat atas tu untuk maklumat lanjut..

Tarikh tutup GA ni: 30/9/2012




p/s:Doakan M murah rezeki na...


Segmen:Saya Nak Hadiah Misteri Dari Si Pipi Merah

Nak join klik banner kat atas tu ok ^_^
Sapa Nak Hadiah Misteri? Ha! Cepat join tau...
Tarikh tutup: Bila2 masa ja...

Wassalam


Bloglist Kesuma Angsana



Tarikh Tutup: 26 September 2012 jam 12tgh..

Hari ni M nak join satu segmen yang dianjurkan  Kesuma Angsana @ lebih mesra M panggil blogger ni KA.. Ni first segmen yang KA anjurkan..So, sebagai member di alam maya ni, M nak support la segmen KA ni..Harap2 bleh masuk la bloglist KA ni...

Apa yang M suka pasai blog KA ni, macam2 cerita M bleh baca kat entry blog KA ni.. KA juga akan balas kunjungan pada sesapa yang tinggalkan jejak kat blog KA ni...

So, apa tunggu lagi..Jom kita ramai2 support segmen KA ni ok...Klik Banner kat atas tu kalau nak join..


*Wassalam*


Saturday, September 22, 2012

Surprise Untuk Khalish


Mai M nak cerita kat hangpa..Tadi M pi Butik Avon Langkawi kat Kuah..Biasa la kan sebagai kredit dealer Avon, perkara wajib yang M kena lakukan setiap bulan adalah buat pembelian Sekurang kurangnya dua kali sebulan untuk dua kempen...Wajib tu kalau nak kekalkan status yang Avon anugerahkan kepada M ni.. 

So, masa M dok belek katalog special Avon, M ternampak la satu benda yang M rasa Khalish pasti eksaited kalau dapat benda ni..Apalagi M pun sambaq la satu untuk putera kesayangan M ni.. Kebetulan, kali ni M pi Avon masa Khalish dok tengah tidoq kat umah my MIL...So, memang bleh surpisekan la kat Khalish.

So, dalam pukul 11 mlm bila dah sampai kat umah sendiri, M pun bawak keluaq surprise tu untuk Khalish..Memula M letak kat belakang pastu cakap kat Khalish, Ibu ada something untuk dia then M kata kalau nak, kena sayang ibu dulu...Dalam keadaan yang tersangat eksaited, Khalish pun kiss sakan la kat pipi ibu dia ni..Cupp...pipi kanan..cuppp..pipi kiri dan lastly, cupppp kat hidung Ibu dia ni.. Emmmm bahagianya M rasa saat tu..

Pastu, kena la terus tunjuk surprise tu kat Khalish coz dia dah tak sabaq nak tengok...

Jeng..jeng..jeng...Hangpa nak tau gak ka? Hi hi..ok la tengok kat bawah ni

v
v
v

Tuala Mandi Upin Ipin

Ha! Kalau hangpa nak tau, Khalish ni minat sangat ngan barang2 Upin Ipin dan Angry Bird..




Ha..ha.. Nampak kepala ja masa nak possing ngan towel dia tu


Cakkk! Nampak muka dah skit..hi.hi..


Memang Khalish seronok sangat dapat towel tu, tapi M kata kena basuh dulu la baru bleh guna.. Khalish senyum dan bagi kat M..Yang pastinya, memang dah tak sabaq la dia nak guna towel tu nanti.Ok la kengkawan, M nak sambung balas jejak hangpa semua yang sudi tinggalkan komen kat entry2 M hari ni.

*Wasssalam*




Friday, September 21, 2012

Amalan Sunnah Hari Jumaat


Salam Jumaat buat semua umat Islam... Hari ni M nak share ngan hangpa semua beberapa amalan Sunnah yang bleh kita lakukan pada setiap hari Jumaat..


Sama2 kita amalkan na..Sharing is Caring..


Wassalam

p/s: Hari ni M bz skit so tak dapat nak blogging...Lewat malam skit, Insyaallah M akan balas jejak kengkawan semua na...

Thursday, September 20, 2012

Khalish & Mainan Baru


Hari ni mai M nak cerita pasai Khalish ngan mainan terbaru dia.. Ha ha..kira sesi habihkan duit Abah dia la kan bila ada koleksi terbaru masuk dalam carta mainan Khalish kat umah ni..

Mainan ni Khalish pilih sendiri kat Teow Soon Huat Shopping Mall kat Langkawi ni...Nama mainan ni Fun Learning House Blocks...Biasanya kalau Khalish beli mainan, Ibu dia mesti pantau dan QC dulu mainan yg dia nak beli ha ha..M tak berapa suka sgt kalau mainan jenis yg tak beri manfaat kat my Khalish ni..Kalau biaq saja dia pilih sorang2, ada ja yang merapu-rapu yang dia pilih tu nanti.

So, bila Khalish pilih yang ni M terus ja agree (^_^) pastu terus ajak Khalish pi kaunter bayaq la kan.. Mula2 tu Khalish setuju ja bila M suruh dia simpan mainan tu dulu pastu balik umah baru main.. Tapi sebab kami ( M, My Hubby, My MIL & My SIL) ada banyak urusan nak dibuat petang semalam, jadi tak menahan la my Khalish ni nak main benda tu kan.. Ha ha, last2 Khalish suruh Mak Ngah dia bukak gak mainan tu kat dalam kereta..nak main gak katanya...hi hi...kira ok gak la ada mainan tu sb Khalish tak buat perangai sangat bila dok layan mainan tu..

Bila dah balik umah pun tak abih2 dok ralit main benda tu..M pun tumpang Seronok bila tengok Khalish dok susun2 benda tu masukkan block2 tu kat tempat yg sesuai...kira menguji minda dia gak kan...so..layan la pict Khalish ngan mainan baru dia tu yek!!!


Tengok tu, khusyuk sungguh dia dok masukkan block2 tu



Wat muka innocent plak hi hi..


Ha ha...Happy la tu bila Ibu dok snap pict dia banyak2


Tu saja ok untuk Kali ni...M dalam proses balas jejak kengkawan yg sudi mengomen kat entry2 blog M ni...Nanti M komen banyak2 kat blog hangpa ok..


Wassalam


Petua Mengatasi Bayi Keliru Puting



Mai M nak cerita kali ni pasai Petua Untuk Mengatasi Masalah Bayi Keliru Puting..Sebelum tu, mai M nak terang dulu definisi keliru puting sebab mungkin ada pembaca kat my blog ni tertanya-tanya apa benda tu? Mesti ada kan! Kan! Kan! Ok la baca sampai abih tau..

Keliru puting adalah satu keadaan di mana bayi mula keliru antara puting semulajadi (nipple) dan puting tiruan (teat/pacifier). Ini terjadi disebabkan penggunaan puting botol dan juga pacifier. Kerana itu, ibu yang breastfeed disarankan untuk tidak menggunakan botol, sebaliknya menggunakan cawan atau sudu untuk memberikan anak susu sekiranya tidak dapat disusukan secara terus.

Tanda-Tanda Bayi Keliru Puting

Tanda utama ialah bayi akan mengamuk dan menolak apabila disusukan secara terus dan hanya mahu menyusu melalui botol. Ini kerana, aliran susu yang lebih cepat berbanding menyusu secara terus. Susu badan biasanya mengambil masa untuk mendapat 'let down' dan ini menyebabkan sesetengah bayi tidak sabar dan marah kerana susu lambat keluar.


Cara Mengatasinya

1. Cara yang paling berkesan ialah “skin to skin” contact. Maksudnya , ibu dan anak berbaring bersama di dalam sebuah bilik yang sunyi, dan tanpa memakai baju, letakkan bayi di atas dada anda, biarkan dia menghidu bau badan anda dan bermain-main dengan badan anda. Anda juga boleh merangsang mulutnya ke arah puting anda, namun jangan paksa sekiranya bayi menolak. Lakukan beberapa kali sehingga akhirnya bayi mahu menghisap dari puting anda kembali.


2.Susukan bayi anda sewaktu dia sedang mamai atau sedang tidur. Pada waktu ini bayi biasanya tidak sedar sepenuhnya dan tidak akan menolak puting anda.

3. Hulur payudara anda pada bayi sebelum dia lapar. Ini kerana, sekiranya anda menunggu sehingga bayi betul-betul lapar, bayi akan lebih mudah marah.

4. Amalkan penyusuan secara terus untuk anak anda setiap kali anda berada dengannya. Kurangkan pengunaan botol dan elakkan penggunaan pacifier. Penyusuan susu ibu bukan sekadar mengenai khasiat susu itu sahaja,malah ia juga mengenai ikatan yang terjalin antara ibu dan anak sewaktu proses penyusuan itu sendiri. 



Tu saja serba sedikit yang dapat M kongsi ngan semua pembaca..Harap para ibu yang mempunyai masalah ni dapat manfaat dr tips2 kali ni..



p/s: Sama2 la kita berikan yg terbaik untuk anak2 kita wahai ibu2 sekalian


Kredit :ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


Wednesday, September 19, 2012

Wordless Wednesday

 
 
The Grand Canyon Skywalk


Insan2 Penting Hidupku


Ibu Mertuaku dan Ibuku

Merekalah insan penting yang sentiasa mendoakan kebahagiaan aku dan suamiku serta putera kami...

Tuesday, September 18, 2012

Haiwan Apa Ni?



Armadillo girdled lizard 

The Golden Armadillo Lizard (Cordylus cataphractus) is a lizard endemic to desert areas 

of southern Africa

Gambar ni diambil oleh seorang jurugambar bernama  
Trevor Hardaker..



Subhanallah!!! Uniknya Ciptaan Allah




Kredit : I Can't Believe It