Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Saturday, August 11, 2012

My First Project ^_^


Batang Buruk Nestum


Salam Ramadhan kengkawan semua...Maaf la semalam & maybe  dua tiga hari akan datang ni M akan kurang menghapdet entry blog Mai Nak Cerita ni & tak dapat nak ziarah sampai lebam ke blog hangpa macam selalu...

Mai M nak cerita kat hangpa semua pasai apa M tak bw kengkawan dan kurang hapdet blog ni.. Tu semua pasai projek buat kuih raya dah bermula....hi hi...Dan dengan suksesnya kuih raya yg pertama dah siap dengan jayanya..ha ha eksaited kemain hang ni M na..Orang lain dah buat berpuluh jenis dah pun..ha ha...

Kuih raya pertama M tahun ni bernama Batang Buruk Nestum..M kidnap resepi dari blog My Baking Workshop hak milik Evelyn Gemina..Cam biasa la, M memang suka terjah blog masakan ni...Sebab puan blog ni suka terang lebih terperinci pada setiap resepi yang dia buat..Bagi M yg masih dok bertatih memasak walaupun dah tua ni, penerangan terperinci camtu mmg M suka sesangat la...

Bahan2 kuih Batang Buruk Nestum ni simple saja dan mudah nak buat..Cuma yang M rasa jemu skit tu tang nak potong dan gulung kulit popia tu saja..Nasib baik la my hubby sanggup turun padang ha ha...Tq Abah Khalish..Jasamu dikenang..

So sapa2 yang nak try kuih batang buruk Nestum ni..resepinya kat bawah na puan2...

Batang Buruk Nestum

Bahan A
1 paket kulit popia (potong kecik,gulung dan goreng keemasan)

Bahan B
150gram Nestum (kisar halus)
150gram susu tepung
200gram gula aising

*Lepas dah settle wat bahan A, satukan bahan B dalam bekas berasingan.
*Kemudian masukkan bahan A dalam satu bekas yang agak besar mengikut kesesuaian, dan masukkan bahan B dan gaul bagi rata pada semua kulit popia yang dah digoreng tadi...
*Masukkan dalam bekas kedap udara...Siap...

Ni la hasilnya..Sedap tau (^_^)


Amacam! Senangkan. Ok la hari ni nak wat kuih raya kedua plak...Kalau hangpa nak tau, tunggu la M hapdet nanti..Wassalam..

SELAMAT MENCUBA PUAN-PUAN ^_^

p/s: pada GSF dan semua blogger yang ziarah di sini, nanti M free, M akan bw ke blog hangpa k..Tq atas kunjungan kengkawan semua ke blog M...








15 jejari yang tajam menaip:

Cinta Misteri said...

aduhaiiii.......terasa2 rasa kat tekak nie....

Cendol said...

suke kueh batang buruk walaupun namanye buruk.hehe

لين Si Pipi Merah said...

aiwahhh..sedapnya...suka sangat batang buruk nestum nie.ummi lynn pun selalu buat..memng sedap..betul kata sis m... setuju2..takut tak sampai raya ti habes ...hik3..

nak tunggu kuih raya kedua pulak dari sis!..

Eny Yusnizar said...

sedap ni, makan sebalang tak ingat punya hehehe

Chic Na said...

sedapnya nampak kuih tu. berapa jenis kuih lagi yg nak buat kak? cik na baru siap dua. tinggal lagi 3. huhu..

ieedaz @ mama_isha said...

Rajin nye M buat kuih raye!!! Nk order bleh??? :-))) hehee

izan mama mia said...

alahai...terliur sudah diriku ini..

izan mama mia said...

keteliurran sudah,..melanda diriku..memandangnya..ish..kurang pahala posa tau..

Cik Nur said...

sedapnya nampakkkk..! rajin betul M...

|shuhadaothman|TM said...

nyum nyum. da lme x mkn btg buruk. boleh try ni sis :D

Deq's Qienz said...

wahhh terbaekk la..tahniah² :))

Wanieys said...

sedap ni..nanti M pos sikit nah kt umah wani muahahaha

NoorVictory said...

Sedapnya batang burukkkkkkkk~~

Lagi satu, orang pakai kacang hijau kan?

Huhu~ walau apapun, batang buruk is the best! Heee

wan nurul hezrina said...

wahhh panjang2 ek m saiznyer.selalukan batang buruk pendek?

9n0L4 said...

wahwah. batang buruk edisi baru ni. ;)