Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Monday, August 13, 2012

My Second Project ^_^



Salam Ramadhan kepada semua pembaca blog M yang tak seberapa ni....Apa habaq hari ni? M harap semua sihat walafiat la na...Seperti yang M dah janji ngan hangpa semua, hari ni M nak cerita pasai my Second Project Kuih Raya...teng teng teng...Bak kat my hubby amboi jauhnya biskut ni mai...ha ha ha ni dia>>>>Biskut Arab.. Resepi yang sangat mudah dibuat dan bahan2 yang digunakan pun skit saja...

Ok la, kali ni M amik resepi dari blog Maklang Azie.( Maklang's Kitchen Diary)..Tq for sharing ya Maklang.. Sesapa yang nak cari resepi bleh la terjah ke blog Maklang...Nak tau resepi biskut Arab??? Ha! Belek kat bawah ni na....
Biskut Arab

500gram tepung gandum ( gorengkan,sejukkan dan ayak)
250 gram minyak sapi ( M cairkan dulu)
250 gram gula kastor ( bleh kurangkan kalau tak nak manis)

Cara Membuatnya:

*Campur tepung gandum dengan minyak sapi dan gula kastor

*Gaul rata hingga boleh diuli 

*Bulat-bulatkan dan masukkan dalam paper cup..

* Bakar 10 hingga 15 minit pada suhu 150 hingga 180 darjah celcius..

* Bila dah masak..golek2 dalam gula castor tu.. Kalau tak nak manis tak payah wat la...

Dah Siap!!!

Ha! Mudahkan...Silakan la mencuba ya puan2...Tu saja untuk kali ni..Tunggu Project seterusnya di entry yang lain ok (^_^)

Wassalam



p/s: Nak start jogging ke blog kengkawan semua ni..Tunggu na...

24 jejari yang tajam menaip:

Deqla manjew said...

yg dah siap dlm botol tu nk pos kasi deqla kan?kan? hihih...

eima said...

tringin nk buat kuih raya tp buat kek segara pun tak jd .... hmmmm

Lelaki Ini said...

wah seronok2!

QasehnyaRania said...

hye....simple..nak ceq minyak sapi ada ke tak..leh try...hihi
minta kopi pes resepi yer =)

Deq's Qienz said...

kalo kasi DL jgn lupa DQ skali sis..hahaa

wan nurul hezrina said...

wahh project kueh..sedap tak m kueh2?tgk suci bersih jer=)

Cik Zaniff said...

xpenah rasa lagi kuih arab nih !..jauh mai 2..hihi

Wanieys said...

amboi jauh sungguh dr arab nu mai hahaaa...rajin sungguh kak M ni eheeee

lelamaisara said...

wah...saya suke kuih ni jugak...tapi belom ada kesempatan nak buat..huhuuu

Cik Aini said...

laju je deqla bab2 ni kan...haha

buat la lbh ckit M pastu leh lah sedekahkan kwn2..dpt pahala oooo..alamat suma dah tahu dah kan.hehehe

mselim3 said...

Assalammualaikum...nampak sedap tu ..menyelerakan....batal puasa heeheheh...

Si Matatajam said...

@Deqla manjew: bukan gak bleh Deqla..cuma M risau biskut tu hancur sebab gebu sangat la dear..

Si Matatajam said...

@eima: jgn putus asa..try yg ni maybe sukses..

Si Matatajam said...

@QasehnyaRania: silakan mengopi ha ha..

Si Matatajam said...

@wan nurul hezrina: sedap..gebu ja... Tapi lps ni M nak kurangkn gula lagi..

Si Matatajam said...

@Cik Zaniff: ha ha betoi tu..

Si Matatajam said...

@Wanieys: ala wanieys baru dua jenis tak da la Rajin sangat hu hu...

Si Matatajam said...

@Cik Aini: hi hi Deqla tu mmg nakal skit tapi M suka ha ha.. Nak bagi tp hancoq kot tengah jln la Ai..

Si Matatajam said...

@mselim3: ha ha sabaq2.... Mesti wife sedara buat kuih raya banyakkan thn ni..

Chic Na said...

sedap ni biskut arab, favret. tp nak buat mcm susah sikit ye, takut terlembik or terkeras. nak g raya umah kak M la. hihi..

CikLily Putih said...

tak pernah makan biskut arab ni

ieedaz @ mama_isha said...

Rajin tul la M ni.. mama isha mkn kuih yg nenek isha buat kt kg je :-) huhu

9n0L4 said...

mesti kiut kiut kiuh nye ni. tgk gmbr jr mcm besor kan. ;)

Cik Nur said...

sedapnyerrr..!
mesti wangi je time bako tu kan..!