Rasanya sat saja masa ni berlalu...Tanggal 12 September 2012 jam 8.07 minit pagi tadi, genap 4 tahun dah rupanya Muhammad Naufal Khalish menjadi buah hati ibu yang menemani Ibu setiap masa dan setiap ketika.. Pahit manis menjadi seorang ibu tersemat dalam lipatan hati dan terpatri kemas dalam kotak memori..Segala suka dan duka kita kongsi bersama...Ibu,Abah & Khalish (^_^)
Satu2nya pict Khalish yang baru berusia sehari..Pict ni sgt berharga bg Ibu
Masih terngiang-ngiang kat telinga Ibu, tangisan pertama yang keluar dari mulut& bibir mungil Khalish yang comel tu tatkala Khalish selamat Ibu lahirkan ke dunia ni pada hari Jumaat, 12 September 2008 bersamaan 12 Ramadhan 1429 jam 8.07 pagi.. Alhamdulillah, lega rasanya selepas saat2 cemas berakhir dengan selamat..Abah Khalish adalah antara insan pertama yang menatap wajah Khalish kat dunia ni tau sayang.. Setia sungguh abah menemani ibu kat dalam bilik bersalin tu..tak putus dia berzikir di telinga ibu sambil memberikan kata2 semangat untuk ibu bertahan melawan sakit ketika itu..Terima kasih na Abah...
Dah besaq dah la ni my Khalish
Ibu & Abah Sayang Khalish Sangat2
Abah juga tetap setia bersama ibu menjaga Khalish masa ibu tengah berpantang..Abah la yang bangun tengah2 malam menemani dan membantu Ibu untuk melayan kerenah Khalish...Dari kecik sampai la Khalish dan menjangkau usia 4 tahun ni, hampir setiap masa kami sentiasa bersama membesarkan Khalish..Ibu harap Khalish tak lupa jasa Abah ni ya Sayang..Walaupun syurga itu ditelapak kaki Ibu, tapi Kasih Abah sepanjang hayat...
Buah Hati Ibu & Abah (^__^)
Memang ceria dan tak sunyi hidup Ibu dan Abah melihat telatah Khalish yang bijak berkata-kata.. Walaupun kadang2 ada jugak aksi nakal yang membimbangkan kami, tapi memang dah lumrah anak jantan memang tak sah kalau tak lebam sana sini kan..ha ha...Kadang2 sampai tak tidoq malam Ibu risaukan Khalish ni tau..Sabaq ja la..^__^..Harapan ibu, Khalish takkan lupa pengorbanan kami nanti.
Semoga Khalish menjadi anak yang baik, yang Soleh dan akan setia menjaga kami pulak masa Abah Dan Ibu dah tua nanti...
Selamat Hari Lahir Yang Keempat Tahun
Muhammad Naufal Khalish
p/s: TQVM pada sesapa yang mendoakan anak M..
36 jejari yang tajam menaip:
happy besday khalish...moga menjadi ank yg soleh, pintar dan menjadi kebanggaan ibu dan abah!! =)
selamat hari jadi mujahid kecil..Muhammad Naufal khalish. Mesti dapat hadiah superbest dari ibu dan ayah :)
moga di lindungi ALLAH sentiasa dan jadi anak yang soleh yang taat pada perintah Allah serta sentiasa mendoakan ibu dan Ayah.amiin,
selaamt harijadi naufal! :)
Selamat har lahir Muhammad Naufal Khalish..semoga menjadi anak yang solleh dan berjaya dalam hidup dunia dan akhirat
cepatkan masa berlalu..masa tu ayu baru 19thn akak dh lahirkan khalish..hehe..selamat hari lahir khalish..semoga pnjng umur dn jadi anak yg soleh ya ;-)..
dah 4 tahun dah...=)
hapy bufday buat muhammad naufal khalish dari ciksu =)
hapi sebeday naufal. mg mnjadi ank yg soleh ya.wahh dah besaw ank teruna nih..actualy naufal sama umur gan qhayra la.besa bulan jew, qahyra bulan 5.
selamat ulang tahun kelahiran yang keempat adik naufal...
Selamat hari lahir Khalish. nnti besar jaga ibu ngan abah elok2 taw :)
*Kak M sorry sgt da lme x singgah. Tgh mencari mood blogging blik. :)
kejap je masa berlalu yek
comei
Happy Birthday Khalish....Beza setahun gan my boy...
wawaawa...dah besar khalish rupanya...alhamdulilah, berkat doa dan penjagaan M ...k .
Moga besar nanti menjadi anak yang soleh yang dapat membantu mak dan abah insaallah...k
happy birthday khalish :) ... semoga mejadi anak yg soleh ...
dah beso dah khalish yer..!
selamat ulangtahun kelahiran sayang... besar nanti jadi ank yg soleh dan baik ye..
Selamat hari lahir Muhammad Naufal Khalish ^^
Semoga menjadi anak yg soleh dan juga insan yg cemerlang inshaAllah
selamat hari lahir yg ke empat khalish... semoga menjadi anak yg soleh... berbakti kepada ibu ayah dan agama seta negara.... :D
Happy birthday khalish..mmg anak penyeri hidup kn..
happy besday khalish moga jadi anak yg soleh dan taat pada ibu bapa..
Assallamualaikum sis..
Salam kenal juga dari kNaz.. Hari lahir Muhammad Naufal yer.. Happy birthday..semoga menjadi anak yg soleh dan cerah masa depan..
selamat hari lahir khalish...sebagai anak kita kena sama rata kasih syg antara ayah dan ibu..heheh.sila lah ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
makin besar makin ensem khalish ni.. eppy bzday.. moga khalsih membesar sbgai ank yg soleh...
HB Naufal Khalis
InsyaAllah M pasti berjaya mendidik Khalis menjadi anak yg Soleh
wahh dh bsr dah...cptnya msa berlalu kan..hehe
comelnya anak M..happy bday ya boy :)
selamat hari lahir untuk khalish...
moga dapat jadi anak yang soleh pad mak ayah ye...
alhamdulillah..selamat hari lahir buat naufal.. smoga berjaya d dunia n akhirat & mbesar bagaikan juara
hepi besday untuk khalish~~~ :)
ayu cubit2 cini ;-0
happy besday ensem boy..moga membesar bagai johan..4 tahun ye..samalah dgn maira..taun depan nk sekolah dah dorang kan M...
sedap nama.. NAUFAL KHALISH... ...
like like.
HEPI BUFDAY KHALISH=)semoga terus membesar dengan sihat=)
hepy besday khalish...auntie doakan semoga khalish menjadi anak yg soleh utk ibu n abah...makin ensem khalish ni :)
Alamak, aunty lambat wish larr!huhu. Semoga membesar menjadi anak yang berbakti Khalish!insyaallah.amin...
happy birthday khalish. dah boleh masuk sekolah ni. semoga jadi anak yg soleh utk ibu & abah. ;)
hepi belated befday khalish. moge terus membesar dgn bijak. ;)
Post a Comment