Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Saturday, March 30, 2013

The Croods 3D; Khalish's First Experience

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah
( Muhammad Naufal Khalish Yang Soleh & Penuh Ketakwaan)

Semalam hari bersejarah buat Khalish sebab tu la pertama kalinya Khalish menonton wayang... Memang dah lama Khalish request nak nonton wayang.. Tapi M ngan My hubby risau nak bawak sebab Khalish ni kan aktif, nanti merata-rata plak dia pi time crita dok tengah ditayangkan...pulak tu bunyi kat dalam panggung wayang tu sah2 la kuat...kami risau dia tak selesa...


Ni la keluarga Croods yang happening sangat tu..

Tapi lepas M baca entry kat blog Lya pasal dia bawak Asya anaknya tu tengok crita The Croods ni, terbukak plak hati M nak bawak Khalish menonton wayang...Khalish apa lagi, eksaited tak hengat la kan..ha ha ha...Benda baru la katakan...seronok la dia..

M pun terus kol Langkawi Cineplex tanyakan waktu tayangan The Croods.. Cuma ada dua waktu tayangan ja, jam 3.30 ptg dan 9.15mlm ja... Disebabkan masa M kol tu dah dekat jam 3ptg, kami amik keputusan tengok jam 9.15mlm ja la... Keluaq awal skit jejalan & makan2 dulu pastu jam 9mlm kami pun ke kaunter tiket beli tiket wayang..Rupanya time tu waktu tayangan in 3D, so tiket pun melambung la harganya -.- 



Tapi dah sampai kan, so beli ja..Lagipun ni pertama kali M ngan my Hubby layan 3D kat panggung wayang ni. spek mata khas disediakan untuk penonton.kalau tak pakai kabur ja tau..Memang betoi kata Lya, The Croods ni sangat menghiburkan...sesuai untuk seisi keluarga... Sepanjang cerita tu, ada saja telatah keluarga Croods yang menggelikan hati kami...Kesan 3D tu memang superb...ada satu scene percikan api melayang tu betoi2 macam melayang mai kat kita...Best! Sori la kalau dahku terjakun seketika...hik hik..


Khalish with The Croods

Peace yaaawww ^_^

So Sesapa yang tak layan lagi cerita ni, bleh la ke panggung wayang berdekatan anda..pomot skit ahakss..sori kegedikan melanda.. Memang berbaloi rasanya bayaq lebih untuk cerita ni,,,Bebudak memang enjoy sangat tau...tak percaya? Cer bawak pi tengok...My Khalish gelak sakan tau kat dalam panggung tu...hi hi hi...Ibu ngan Abah dia pun  sama..muahahaha...

Wassalam

p/s: Khalish dah buat list nak layan crita apa plak lepas ni...uhuk uhuk uhuk...Terbatuk Si Abah dengaq :p



Published with Blogger-droid v2.0.10

19 jejari yang tajam menaip:

umi alya said...

tak pnah masuk wayang, akak lagi le jakun..

Rosmiza Ali said...

Hehe.. Bebudak dapat tengok katun seronokla depa.. Usahkan kata budak, kita yang tak berapa nak budak pun seronok sakan.. Ihiks!

Lm tak singgah blog kawan2.. Klik2 DONE! ;)

ieda immi said...

bestnyaa
sure khalish suke kan
akak banyak baca review citer nie best ! ;)

BUNDA a.k.a KN said...

jarang tengok wayang ..tengok tv jer..

Hatimi Tahirruddin said...

wah seronok la khalish...pengalaman pertama terus 3d... :)

Budak Nakal said...

huhu 2 tahun dah koz x p tengok wayang, dh camnelah rupa panggung wayang tu ya? hihihi

hana hadi said...

psstt... khalish,tengok wayang yang 3d tau..hehe

izan mama mia said...

akak xpernah tgk wayang...

Acik Erna said...

Seronok khalish.dah tengok sekali nak lagi ye khalish.

Cinta Misteri said...

hahaha....ank2 CiM pown dh tengok family croods ni. mmg giler hapening. cuma Aqil yg kecik tu tk berapa selesa ngan spek 3D tu sbb tkde size SS...

Mrs Velentine said...

Mv tak tengok lagi..wah dia siap list apa yang nak tengok lepa sni..hehehe.

Deqla Manjew said...

deqla dah lama giler x tgk wyg.... sobss...

Che Rosliza Che Mat said...

Pasti Khalish suka dan exited tengok...

Myra Jay said...

Ok, boleh bawak firas p layan citer ni :D

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah khalish g tgk the croods bestnyerrrr...suka la khalish tu kan hihi

Cik Nur™ said...

amboii..dia siap buat list ye...
hihihih....

tingin pula nak tgk...kehkehkeh

nanieybarnieylurviey said...

Bestnye.. Alahai x sabaq nk ada anak jugak nih... Oppsss :)
Bgus khalish. Listkan byk lgi.. :)

Cik Aini said...

wahh hepi lah Khalish..lps ni siap la ibu abah dia kena bw dia g layan wayang plak.hahaha

eh cineplax lgkawi tu kat mn akak ?

9n0L4 said...

amboi khalish kecik kecik dah masuk wyg ye. cik jaa umur 18 tahun baru kenal wyg. hehehehe.