Ni la CD lagu raya pilihan hatiku...
Salam Ramadhan semua kengkawan GSF and to all my readers. Tiap2 tahun, Akan berkumandang la pelbagai jenis lagu raya kat corong2 radio tempatan...Bagai suatu kemestian bagi kita layan lagu raya untuk membangkitkan mood nak raya...
Kalau di shopping mall, seawal satu Ramadhan dah diputarkan lagu2 raya ni sebagai halwa telinga ketika umat Islam mula sibuk mencari baju raya dan sebagainya, serta tak kurang juga yang membuat persiapan membeli bahan2 nak buat kuih raya..ishk2 posa baru ja nak mula depa dah start pasang dah...Alahai...Agak2 la hai...
Bagi M plak, lagu raya ni memang memberi impak yang besaq untuk membangkitkan mood raya M. Ada ketikanya, M akan pasang CD lagu raya yang M dapat percuma dari Avon dua tahun lalu kat umah ni... Sambil dok siapkan juadah berbuka waktu petang tu apa lagi, layan lagu raya la best dari layan lagu Justin Bieber tu. Hu hu.. Jangan marah na peminat JB tu.
Lagu dendangan Puan Sri Saloma sampai la ke generasi Dato CT Nurhaliza, memang menjadi kemestian pada M setiap tahun untuk dengaq alunan merdu lagu raya yg dinyanyikan oleh depa..Sebagai penyanyi yang tak bertauliah (M la tuh), Kadang2 my hubby dah tak bleh nak bezakan mana satu suara M,mana satu suara Dato CT..Ha ha.perasan sat na...
Tapi dalam banyak2 lagu raya, lontaran suara arwah Dato Sudirman dalam lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf, merupakan lagu raya yang terletak di ranking pertama carta lagu raya 'M FM'..Lagu ni kira lagu wajib dengaq la bagi M setiap tahun...Bait2 liriknya sangat menyentuh hati nurani M...Tambah2 masa dok kat perantauan dulu, lagu ni memang jadi peneman la bagi M dok layan feeling sesorang. Memang layan habih la...Ha ha...
Dari Jauh Kupohon Maaf
Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa
Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama( korus )
*Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan Aidil Fitri yang mulia
Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu
( ulang korus * )
Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh
Jadi, M nak tau la jugak hangpa layan lagu raya gak ka macam M ni.. Lagu raya apa yang jadi feberet hangpa setiap kali menjelang raya tiap2 tahun? Mai la cerita kat M sat...Jangan malu2 nak habaq kat M tau...Cari kotak komen cepat...M tunggu ni..
*Wassalam*
27 jejari yang tajam menaip:
sama la kita kak M..lagu sudirman tu yg evergreen..ttp no 1 dlm carta cik sweety fm juga.hihihi
lgu baru tah apa2 lagu lama jugak yg bestkan?
mmg best lah lagu2 raya ni..
kalo dgr je mesti sebak segala mcm lah mai.hahaha
semangat nk raya nih..nk g beli cd raya jugak :)
same wf nyue, sis M...ahahahahah...nyue duk mgila dgr lagu fazley..seribu kemaafan...hehehehehe...
suka lagu raya lama2.. baru rasa lebih meriah raya kan.. huhu
sye ske lagu CT, yg lebaran tu....
lagu dulu2 jgk kan kta akan pilih? lagu skang xmmbangkitkan mood sgt ^^
mak suka lagu raja ema dan jamal abdillah tp lagu tu dah tak dimainkan lagi dalam iklan sob sob soh
hye...follow my blog :)
aku sorng jer ke yg tacing abis dgr lagu rayer smpai xnak dgr (--")
Nk dgr x kita nyanyi lagu raya...? :D
kalu lagu raya yg baru lagu ct aje yg sedap..hehehhe
lagu raya lama2 kalau dgr mmg rasa mood raya tu ada.. tmbah2 lagu sudirman, p.ramlee.. byk lagilah..!
lagu yg baru2 lak ada juga best, ada jugak yg xbest langsungg..!hihi
lagu lama jugak yg bertahta di hati js...sayu dan pilu gitu...^^
dah follow sini!
suka lagu sudirman n datuk siti!
@Ayuni: Sesuci Lebaran ka Ayuni...mmg best tu..
@Karukord Jagau's: testing2 karukord in the house...Cepat nyanyi, akak nak dengaq.. Agak2 tak menahan, akak tutupa telinga ja la..muahaahaa ...
sy sk semua lagu raya yg lama2 tu.. yg tgkap syahdu tu.. hihii
yg baru2 ni xbest sgt...
@فأيزنوريزا محمد ڨوزي: done...
sama la kite... yana pun mmg suke layan lagu hari raya versi lama punye.. artis skrg pun byk buat retro lagu lama kan.. tp tak brp nak sedap sgt.. sedap lg yg original punye... rindunye nak raya,
cik na suka lagu siti yg agak sayu2 tu. lupa lak tajuk. huhu.. lagu raya slalu pasang time nak buat kuih raya. br semangat. huhu..
sukeeee lagu raya yang lama2..kalau yang baru lagi ct nurhalizajer suka.hikhik
lagu raya lama2 adeh syahdu nau kalo dengar...meramu abih air hidung air mata dengar hahhaaaa
saya tak akan pasang lagu raya tahun sbb raya pertama saya kerja
lagu raya dulu2 tetap dihati kan? walau berderet lagu raya baru..hehehe
aah suke lagu sudirman tu.sayu mayuuu bunyinyeee!!selalu pasang tu bile otw balik kampong.sume org layannn je.haha
suke jugak lagu ni. best dan menusuk kalbu. :)
Post a Comment