Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Tuesday, October 09, 2012

12 Cara Membina Mahligai Di Syurga




1- Sesiapa membina masjid dengan Ikhlas serta mengharapkan Keredhaan Allah SWT, Allah akan membalasinya sebagaimana pengorbanannya terhadap Allah SWT.

2- Sesiapa memberi sumbangan untuk pembinaan Rumah Allah SWT, Allah SWT akan membina sebuah rumah untuknya didalam Syurga.

3- Sesiapa menunaikan solat sunat 10 rakaat setiap hari selain daripada solat fardhu, Allah SWT akan membina sebuah rumah didalam Syurga.

4- Sesiapa memberi ruang untuk orang lain menunaikan solat dalam keadaan kesempitan, Allah membina sebuah Rumah untuknya di dalam syurga.

5- Melalui zikruallah terbinalah mahligai disyurga. Apabila seseorang hamba berhenti dari berzikir maka malaikat berhenti membina mahligai itu. Dan apabila ditanya "Mengapa kamu berhenti membina mahligai sifulan itu?" Mereka menjawab "Perbelanjaan belum tiba lagi"

6- Sesiapa mengalah dalam sesuatu perkara sedangkan ia di pihak yang benar maka Allah membina untuknya sebuah rumah di dalam Syurga.

7- Sesiapa bergurau dengan cara benar maka Allah SWT akan membina untuknya sebuah Rumah ditempat yang paling tinggi di dalam Syurga.

لاإله إلا الله وحده لاشريك له,له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو ح لايموت, بيده الخير وهو على كل شيء قدير

8- Sesiapa memasuki pasar lalu membaca doa di atas, Allah SWT akan menulis untuknya sejuta pahala, menghapus sejuta dosa serta membina sebuah rumah untuknya di dalam Syurga.

9- Disyurga mereka yang menghafal al-quran akan membaca hafalan mereka,setiap satu ayat yang mereka hafal mereka akan menaiki satu tingkat syurga, dan apabila habis hafalan mereka maka ada yang berkata "Jika kamu menghafal lebih lagi nescaya kami akan membenarkan kamu menaiki ke tingkat yang lebih tinggi."

10- Sesiapa berada di dalam majlis yang berselawat kepada Rasulullah SAW akan mendapat sepuluh ganjaran, Rasulullah akan mengunjungi setiap orang di dalam Syurga dan akan membalas setiap hamba yang berselawat ke atasnya yang berada dalam majlis.

11- Sesiapa membaca tahlil di atas setiap pagi maka nilainya lebih baik daripada menderma dengan emas dan wang ringgit, dan akan mendapat pahala seperti membebaskan 10 orang hamba, ditulis untuknya 100 pahala, dihapuskan 100 dosa dan akan dibina untuknya tembok yang menghalang baginya daripada gangguan syaitan.

12- Sesiapa menziarahi kawannya yang sakit Allah SWT akan membina untuknya rumah di dalam Syurga yang dilengkapi dengan bilik yang amat indah, sepanjang perjalanan pulang dari rumah yang diziarahi Malaikat sentiasa memujinya
.



Sumber: http://www.facebook.com/RajaLoveRasulullah

Sumber Asal: PeribadiRasulullah

29 jejari yang tajam menaip:

are_lin@yu said...

tq share dear ;-)

Miss N™ said...

SubhanaALLAH..byk caranya..
cuma samada kita mahu lakukan ataupun tidak je kan..

terima kaseh sudi berkongsi..

Cikrosecute said...

nice info m...thank untuk perkongsian tersebut..

Unknown said...

Ya Allah...indahnya syurga MU Ya Allah...

cheryna zamrinor said...

memang tajam!

8- Sesiapa memasuki pasar lalu membaca doa di atas, Allah SWT akan menulis untuknya sejuta pahala, menghapus sejuta dosa serta membina sebuah rumah untuknya di dalam Syurga.

tak pernah tau pasal ini. sekarang sudah tahu:)

kinara kinatara said...

nice sharing kak:)

insan_marhaen said...

Allahurobbi...nampak sangat mudah..tapi berat kita nak buat dan istiqamah..kan...

boni kacak said...

saya doakan agar awak juga dihadiahkan sebuah mahligai di syurga oleh Allah kerana berkongsikan sesuatu yang berguna sebegini..amin..

Chic Na said...

ilmu bermanfaat. ;)

LYAfrina said...

so sweet...
tq for sharing dear..

eita said...

singgah bace...
bagus betol share kat sini..leh jugak tau..

Tie HT said...

Alhamdulillah...dpat info yang baik untuk diingat..insha Allah..mekasih M :)

MalizaMah said...

thx for sharing.

Shida Radzuan said...

nice sharing kak M :)

-meeSUPERGIRL- said...

mudah sangat nak dapatkan rumah disyurga .. tp yg mudah itu lah yg sering melalaikan kite :( insyaallah sama2 lah kita membina mahligai disyurga ..

Nisa Greennnpanda said...

byk nye cara nk dpt pahal n msuk syurga... thanks share ye kak..

btw, kalo 40 pcs, mmg agak mahal aa total sumer, huhu~.. akak leh je browse craft2 lain kat fb page sy kalo b'minat, hehe.. (facebook.com/gpandacraft)

Unknown said...

tq berkongsi

Ayu said...

Sesungguhnya, semua org mengidamkan syurga Allah.Semoga kita sentiasa berusaha keras untuknya...:)

Myra Jay said...

Untuk dijadikan amalan, thanks dear :D

dya nasir said...

insyallah dya akan ingat..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Ya Allah begitu mudah nk bina mahligai di syurga..mau dgn x jer kan..atas diri msg2

fieda said...

nice sharing..

syiela said...

ilmu yang amat berguna...moga kita semua mendapat mahligai itu

IntaNBerliaN said...

perkongsian yg bagus..

*done klik2 utk khalish

Cik Ai said...

byk caranya kan cuma kita yg x nk buat.huhu

mummyrinazone beauty said...

gud sharing m..insyaallah allah permudahkan semuanya jika kita sentiasa mengikut suruhannya

QasehnyaRania said...

Ya Allah..
Thanks share M

9n0L4 said...

indahnya islam ni. bace doa masuk pasar pun ade peluang masuk syurga. ;)

fieda said...

nice sharing..

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers