Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Tuesday, October 09, 2012

10 Cara Syaitan Mengganggu Di Dalam Solat


M rasa mesti ramai yang mengalami masalah susah nak khusyuk dalam solat kan! M pun tak terkecuali dan sentiasa mengalami masalah ni...Selepas M terbaca satu artikel yg yg di post oleh Saudara Ahmad Raja kat FB beliau, M teringin sangat nak share ngan pembaca my blog..

Jom baca cara2 Syaitan yang sentiasa ganggu kita ketika kita dok solat..

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram

Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.

Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

--

35 jejari yang tajam menaip:

Izwa Kamaruddin said...

nice sharing ~

Mrs Velentine said...

tq mai share entry ni

Unknown said...

syaitan mmg suka kacau umt Islam. Kt kn kuat kn iman kt dgn mmprbnyk amalan baik.

cheryna zamrinor said...

terasa nak kentut. itu selalu. padahal tak kentut pon.

memang kelakar bunyinya tapi itu sangat tidak seronok.

Well, thanks for the tips...lebih berhati2 selepas nieh.

Cikgu Ma said...

memang kadang saya macam ni la...tak khusyuk...

Unknown said...

masa solat gak kdg2 kita teringat kat mana barang yg hilang...adesss..

aku HaniAsyira said...

rasa mcm semuanya selalu.. kena tingkatkan prestasi iman ni..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

nice entry kak..perkongsian yg sgt bagus :)

boni kacak said...

kena lawan berhabis-habisan ni...

Unknown said...

syaitan tak pernah berhenti menggoda dan mengganggu manusia..

thanks for sharing this info.. ^_^

mummyrinazone beauty said...

BANYAKK M perkara2 diatas tuh mmg ada..huhu mautaknya mmg kerja setan nie menyesatkan.tergesa2 tuh bila anak2 duk nak ikut gak kita solat.mcm sofatuh hah..huhu tapi sedayanga sblum solat nurul doa supaya dilindungi dr kacauan setan2..

kinara kinatara said...

thanks sharing akak:)
Sangat berguna..dan memang kan..pelbagai cara syaitan laknatullah gunekan tuk pesongkan kita:)

Anonymous said...

gd one tq share ye

Unknown said...

setan ni mmg xkan benti ganggu kita..thanks utk perkongsian yg bermanfaat ni.. :)

hazwan hairy said...

nice sharing kak...hery rsa cm ada ja bila n solat..heheh

lelamaisara said...

memang kerja setan menggau umat islam...iskkkk....

Anonymous said...

sllu kene kott.huk2.syaitonirrajim betul la.tq sharing.=)

Miss N™ said...

Nur pun tak terkecuali kak..
kalau sedikit lalai habislah..

terima kaseh perkongsian ni kak.. :)

are_lin@yu said...

pnh trjadi..mknanya syaitan tgh gnggu tu..huhu

Nisa Greennnpanda said...

thanks kak M coz share sni...
tue la, bg sy, kdang2 ade gak time sy lupe dh brape rakaat dh wat, huhu~.. last2 kne solat blk..

btw, ari tue akak ade tnye kat blog sy psl hrga plushies tue.. 1 pc = RM6.. kalo pukal tue, agak2 dlm brape? coz kne tgk gak quatity nye, hehe.. akak b'minat ke? XP

Tie HT said...

nice sharing M..org kata kalau menguap dalam solat tak bagus..

fieda said...

selalu terkena gangguan ke3..aduhh...mmg ni la keje setan kasi kita lalai..

Chic Na said...

paling kerap menguap la. hishh.. kena elakkan la lepas ni.

Deq's Qienz said...

nice sharing sis M :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

singgah edisi petang kak :)

kayyana said...

tq for the info... mmg susah nak khusyuk.. yelah syaitan ni lg hebat tp kite kene jd lg hebat dr die. kan?

Acik Erna said...

assalam M..terima kasih kongsikan disini

Cikrosecute said...

betul m..perkongsian yg bagus..

Shida Radzuan said...

nice sharing kak M :)
biasa apa yg kite nk bt dgn tulus dan kusyukk mmg makhluk2 tu suka mggu!

Unknown said...

nicce entry

dya nasir said...

insyallah..thanks sharing..hihi

IntaNBerliaN said...

a'aa kan, kdg time solat tu lah rs nak menguap...

QasehnyaRania said...

Syaitan oo syaitan..
Itu je khojenya nk nyesatkan ank cucu adam

9n0L4 said...

nice sharing. kdg kite lupe shaitan duk ade kat tepi kite solat.

Anonymous said...

Yang no.2 tu mmg byk kali kena dlm solat .. sabar je la .. kirenye kene ludah ke kiri3x la before solat nt .. hurmm

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers