Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Sunday, October 21, 2012

Tidur Tengahari Amalan Mulia


Klik pict untuk tumbesaran yek..hu hu..

Mai M nak share ngan hangpa pasai Qailulah kali ni.. baca sampai habih tau..Semoga kita semua Memperoleh manfaat daripada entry ni..

Amalan tidur pada waktu tengah hari adalah satu amalan Rasulullah yang dapat menyegarkan tubuh badan sekaligus meningkatkan produktiviti.

Berpandukan kajian2 saintifik, tidur pada waktu tengah hari didapati berkesan bagi meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti pekerja2. Hasil daripada satu kajian yang dilakukan selama 25 tahun berhubung kesan tidur ke atas negara2 industri dan pasca industri mendapati,
"92.5% pekerja yang berkesempatan tidur ada waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi berbanding mereka yang lain. Daya kemampuan mereka menyelesaikan masalah juga meningkat dan hasilnya ialah peningkatan produktiviti secara keseluruhannya."

Waktu tengah hari adalah masa yang sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia bersedia memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini dikenali sebagai midafternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate.

Di antara tokoh2 yang menggalakkan tidur pada waktu tengah hari adalah Dr. William A. Anthony (Ph.D.) dan Camille W. Anthony, pengarang buku The Art of Napping at Work. David F. Dinges dan Roger J. Broughtondi dalam buku mereka Sleep and Alertness juga bersetuju dengan pendapat ini.

Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur selama 30 minit di waktu tengah hari mempunyai risiko menghidap penyakit jantung 30% lebih rendah berbanding mereka yang lain.

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University merumuskan, tidur tengah hari selama 15-20 minit sudah mencukupi bagi mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greely, berpendapat tidur tengah hari adalah bermanfaat selama mana ia tidak melebihi 1 jam.

Secara umumnya, pakar2 berpandangan, badan kita mempunyai pusingan biologi yang tertentu yang dikenali sebagai circadian rhythm. Pusingan ini boleh dikiaskan seperti sebuah jam semula jadi bersama-sama dengan baterinya. Tenaga pusingan ini akan menurun pada waktu malam dan untuk memulihkannya kita perlu tidur. Ia juga menurun pada waktu tengah hari. Oleh itu, tidur sekejap pada masa itu dapat menjamin pemulihannya.


Berpandukan kajian2 ini, Kanada merancang bagi menggubal satu polisi yang mengizinkan pekerja2nya tidur pada waktu kerja.Sebagai langkah permulaan, satu projek dijalankan ke atas pekerja2 kereta api Canadian Pacific Railway di Calgary. Mereka diizinkan tidur seketika di waktu kerja mengikut jadual yang tersusun. Sekiranya projek ini berjaya, ia mungkin diperkembangkan kepada kesemua Jabatan Kereta Api di Kanada dan Amerika.


Wassalam

p/s: Tapi janganlah tidoq tu sampai melampau-lampau plak yek..Nanti terlepas plak waktu Zohor tu..

Sumber: Ahmad Raje
Dipetik dari Dr. Danial Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden

31 jejari yang tajam menaip:

Unknown said...

setuju jugak.. especially lepas zohor tu kan tidur sekjap

Tie HT said...

as salam

ye lah kan, apa yang nabi buat semua ada kebaikan malahan dari teori sains mengakuinya..cth nya basuh tangan dan celah2 jari..cuit sikit garam ke mulut sblm makan mknn..dan byk algi kan cuma tak terikut

Acik Erna said...

assalam M..kalau waktu cuti memang tak lepas peluang tidur..tapi masa hari2 bekerja susah sikit

Unknown said...

zzzzzz...zzzzz....

topik bes.

boni kacak said...

wah..terima kasih untuk perkongsian ni :)

Unknown said...

Itulah..selalu baca juga amalan tidur tengah hari ini..
Tapi satu je la, takut terlajak..

Anonymous said...

js pun suka tido terutama time cuti..hihi..

**pernah dengar ceramah pasal ni ...@ office js aritu..

Chic Na said...

baru tau ni. kena bagitau bos la camni. hehe.. mcm la bos tu faham. hihi..

eita said...

jarang sangat dapat tido siang....

Miss N™ said...

pernah dengar mengenai di dalam ceramah. tapi lupa ceramah ape..

betul kata akak, jgnlah tido melebih2 pulakkan..hihi

dya nasir said...

lepas ni nk tdo lh.

Deq's Qienz said...

Ya ka..tak tahu plak sblum nih.thnx sis..nice sharing.sy nih pon kalo ada pluang la nk tido je keja..hihii

Unknown said...

biasa jam 1 lebih ada pernah tertidur..depan TV. Rupanya banyak hikmah disebalik tidur siang kita.

Cik Ai said...

kehkehkeh..
lps ni ada can lah nk tdo tp sblm tu kena print siap2 letak kat tepi.sng nti bila sapa2 nk gerak pastu depa tgk boleh dgn depa tdur sekali.hahaha
boleh M?
logik kan :)

zan said...

best dapat tidur selelap.(bahasa kg.)
jaggan dualelap..

MalizaMah said...

Tidur tgh hari kadang2 boleh terlajak woooo...

MAZLIZA ABD RAZAK said...

erm...lepas ni boleh la tidur tgh hari banyak2...(",)

Cikrosecute said...

cr ada jugak tido tengah hari kalau gantuk sangat2....elok ya tido siang.....thanks info..

Unknown said...

owh... padan la ramai kat opis ni lepas mkn tgh hari jek tdo..hahaha..

Mrs Velentine said...

baik tp x leh lebih dr 30 minit..

mummyrinazone beauty said...

nurul mmg susah nak tido siang..tgharipun sama..pasnie kenalah tido sekejabkan bg meningkatkan produktiviti kerja=)sbb tuh budak2 kat nurseri dilatih tghari jer kena tidoq..baguih noo entri nie=)

syiela said...

saya selalu tido kejap lepas zohor hehehhe pastu baru sambung keja :)

Anonymous said...

gd sharing mai!

RIZZNA said...

Klau cuti, mmg CiM slalu tido tghari lps zohor. Dpt 1-2jam dh syok la tu, mata leh tahan smpi tgh mlm.

lelamaisara said...

tengahhari kat tempat keje...huhu...selalu time cuti aje dapat tidur...

insan_marhaen said...

Tidur seketika sbelum zohor itu Sunnah..ada hikmah yang tersirat..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

nk tidur juga la time tgh hari hehehe

9n0L4 said...

yg penting jgn lebih 1 jam. hehe. karang jadi lain pulak. ;)

ecadwinkyasha said...

eca masa sklh menengah dulu amalkan tdur tghri...sbb balik sklh da penat!.hehehe....lah ne,xkira waktu tdor..da 24jam kt uma,klu xthu nak watpe,tdor je jawabnya :P


yg da tghri xbangkit dri tidur apa cer kak?hehehe

Unknown said...

dulu anak masih kecik..boleh gak tido siang,..sekarang,..jgn harap...nak tido malam pun susah...

kinara kinatara said...

stuju sangat kak...bila kita tidur setengah jum sebelum solat..kita bangun rase bertenaga..berbanding tidur lepas asar yang memang x di galakkan 2..

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers