Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Monday, October 22, 2012

Petua Menjadi Isteri Terbaik


Bila M ada terbaca artikel ni kat FB, hati ni terus berkenan dan teruja nak berkongsi ngan rakan2 muslimah yang lain..Harap hangpa semua beroleh manfaat untuk keharmonian rumahtangga yek. Entry ni agak panjang, tapi rajin2 la baca sampai habis untuk manfaat diri kita jugak wahai para isteri.

1. Isteri yang cerdik - Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami.

2. Pembantu dalam pengurusan kewangan keluarga - Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping sahaj
a. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Pengurus dalam segala hal - Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘pengurus’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, dia akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami - Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak - Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak, mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri - Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Ketika suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain, maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej - Kalau suami anda nampak kacak di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus imej diri. Jangan hanya nampak cantik etika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua - Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.


*Wassalam*


Sumber:FB


36 jejari yang tajam menaip:

Jue Jaynee said...

alhamdulillah..petua ni sgt berguna...insyaAllah kak..

Noor Atikah Ramli said...

nice ! nk jd isteri yg terbaik jgak..soon :D

Cikrosecute said...

nice info mai..

Unknown said...

insyaAllah...jom sesama jadi mcm ciri2 di atas.. =)

Pink Lavender said...

tq 4 d info... :)

adyna AB said...

kan ke seronok jika suami hargai dgn buat kejutan ;)

suwara entertainment said...

amin..semoga kita mampu menjadi isteri yg baik buat suami kita ya :)

mselim3 said...

Nice entry... saya suka entry macam nie....moga2 kita dapat saling ingat mengingati ...amin

dari mselim3.blogspot.com

mummyrinazone beauty said...

sbb tuhlah kalaulah ingin syurga semua di atas kita ada=)tq M berkongsi..

skangnie dah ada 2 anak mmg kenalah pandai mcm2 masakan.hehe dulu masa bujang mmg zero tak tahu apa..hehehe

Unknown said...

terima kasih kak M..sy bakal isteri.:)

aizu's life said...

menjaga perut suami - Mmg org sllu ingt pasal ni..since bujang lg dh sematkn kat ati.. hehehe

dya nasir said...

thanks sharing..hihi..:D

Deq's Qienz said...

insyAllah mudah²an.. amin :)

syiela said...

harapnya saya tergolong dalam salah sorang isteri terbaik ni :)

Unknown said...

insyaallah..nak jd isteri terbaik untuk suamiku..

Chic Na said...

panduan untuk masa depan. tp errr banyaknya tanggungjawab. hukkk..

Nor Zilla Sensei said...

Insyaallah. bole di jadikan panduan utk saya jugak walaupun belum berumah tangga

Anonymous said...

tq share, sama2lah kita ye mai

Mooniqueen said...

Sangat bagus info ni...
Thanks for sharing...

Mak Wardah said...

Salam. SMT,
tqvm for the n3.

RIZZNA said...

Kannn...bukan sng jd isteri yg baik ni. Tp mmg salute kt kaum isteri sbb brkdbolehan dlm plbgai bidang, bukan saja genius, tp mnjawat byk jawatan spt accountant, manager, suppoter & advisor, master chef, consultant dll.

Tie HT said...

as salam,

nice sharing M, besar tugas isteri ni tambah lagi kalau dah ada anak..banyak perasaan perlu dibelai :)

Nyue said...

diharap kita sentiasa tenang utk menempuhi hidup sebagai isteri...

Miss N™ said...

terima kaseh sudi berkongsi.. Nur selalu bercita2 mahu jadi isteri yg baik suatu hari nanti.. :)

harap tips ni dapat di praktikkan nanti..insyaALLAH...

doakan nur ya.!

are_lin@yu said...

ilmu hari isnin..tq dear ;-)

Unknown said...

amboi ...info terbaik dari akak :D
walaupun saya belum kawen , saya akan cuba jadi yang terbaik ":D

lelamaisara said...

wah..bagus ni....macih...akan cuba diamalkan...:)

Cikgu Ma said...

petua terbaik ^_^

kinara kinatara said...

stuju..isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa berada di belakang suami..hehehe..macam dah kawin je kina nyh kan...

insan_marhaen said...

InsyaALLAH..mudah2an kita semua ke arah itu...

Unknown said...

Nice entry Kak M...
Tips yang baik untuk para isteri2 dan bakal isteri2...
Memang superb ^_^

fieda said...

insyaallah...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

semoga kita semua tergolong dalam isteri solehah..Insyaallah

9n0L4 said...

nice tips. boleh jadi panduan ni. ;)

precious moment said...

Good post. Thanks for sharing :)

QasehnyaRania said...

In Shaa ALLAH

M, su ltak halia saja je sbb tok buang angin jgn letak byk sangat.hiris halus2 je..sbb suami bdan jenis banyak angin..huhu

beras pulut kan..kalau tak letak sat g mau dok puas ngurut buang angin.. ;)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers