Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Monday, December 31, 2012

Berakhirnya 2012..Bermulanya 2013


Tinggal sejam lebih2 ja lagi, kita dah nak melangkah ke tahun baru 2013.. Pelbagai pahit manis sepanjang 2012 yang dah M tempuhi... Menggalas tanggung jawab sebagai isteri dan ibu sepenuh masa sememangnya moment indah bagi M..

Yang paling bestnya, tahun ni M dah bergelar sebagai seorang blogger...Wah! Memang tak pernah M rancang dalam hidup ni pun..semuanya berlaku secara spontan sebab nak hilangkan penat lelah selepas melakukan aktiviti seharian kat umah ni..

Yang pastinya tahun 2012 ni berakhir dengan kenangan paling manis selepas bergathering dengan kengkawan GSF dia Melaka baru2 ni..Bahagianya rasa bila dapat bersua muka di dunia realiti dengan hangpa semua...M harap Allah panjangkan usia kita semua untuk berjumpa lagi bagi mengeratkan ukhuwah sesama kita...M sayang hangpa semua sangat2 ^_^


Moga 2013 akan menjadi tahun yang lebih indah daripada 2012

Wassalam


p/s: Hangpa semua dah ada azam untuk tahun baru ka?



Khalish & Hit The Mole

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah 

Ingat lagi tak benda alah kat bawah ni? Alaaaa M ada wat entry kat SINI


Ni la permainan Hit The Mole...Game yang ketuk2 natang yang suka buat lubang kat dalam tanah tu..  Sebenaqnya game ni Khalish sambaq masa M busy buat urusan kat bank minggu lepas..Berpindah la seploh hengget dari wallet Abah Khalish kepada tangan tokey kedai yang tersengih sonok sebab Khalish dah tambahkan sumber pendapatan di hari tu..


Tengok la aksi Khalish yang khusyuk &  hepi tak hengat masa main game tu..ghenyeh sakan dia..Happy la sebab berjaya ketuk kepala2 natang tu..Dannn, 'happy' la Abah Khalish sebab Khalish dah berjaya susutkan jumlah kepingan bernilai dalam wallet dia.hu hu hu..

Nanti M story2 pasai ngedate ari tu plak yek...

*Wassalam*

p/s: Tak sabaq nak tunggu Big Boss & kengkawan GSF up entry pasai gathering kat Melaka tu

Pengumuman Pengunjung Setia My Blog


Alhamdulillah akhirnya M selamat tiba kat my umah lepas berjimba ria ngan GSFians di Melaka pada hari Sabtu & Ahad semalam...Memang best sesangat bila dapat jumpa depa semua.

Tapi M bukan nak cerita pasai gathering tu lagi tau kali ni. M nak buat pengumuman pasai mereka2 yang setia mengunjungi blog M dan sudi komen kat entry M yg tak seberapa selama ni..

M nak cari 5 orang pengomen yang paling top kat blog M dalam tahun ni. M akan umumkan nama mereka yang RAJIN tu pada 1 Januari 2013... Dan yang pastinya ada cenderahati istimewa untuk mereka2 ituuuuuuuuuu (^_^)v

Wassalam


p/s: Rajin2 la singgah dan komen kalau nak cenderahati dari Langkawi yek...Adoiii banyaknya hutang BW sepanjang 4 hari tak berbelog ni.. Nanti M jogging pelan2 pi kat banglo hangpa na... 

Thursday, December 27, 2012

NgeDate Time


Hari ni my hubby x keja so, ambik kesempatan abis-abisan la nak dating sebelum pi gathering GSF kat Melaka.. Sebab M jauh, kena la bertolak awal walaupun gathering tu ari Sabtu. Jadi nak luangkan masa  ngan my Hubby sb dia tak ikut M pi Melaka tu..huk huk huk...

So, bila M balik nanti baru bleh balas jejak..Hope kengkawan tak kisah yek sebab x ziarah lagi blog hangpa ari ni...

Wassalam

Wednesday, December 26, 2012

WW: Hit The Mole

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah 




p/s: Sapa pernah main?


Published with Blogger-droid v2.0.9

WW: CPUV Ke-6 Sunway Education Application


****Alhamdulillah****

Thanks Nuffnang (^_^)v



p/s: Ringankan jejari hangpa yang cantik molek tu klik2 iklan kat sini yek..Tqvm..


Segmen 3 Hari : Cik Lyeen lagi!


 Klik Header Cik Lyeen kalau nak join






Doakan M dapat hadiah ohsemmmm ni yek ^_^
Tag: MV

Tuesday, December 25, 2012

Mimpi Cinderella Dah Tamat

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah

Sapa layan Mimpi Cinderella kat TV3 setiap hari Selasa jam 9 malam tu? Best kan bila tengok ending crita ni tadi..

Puas hati M bila tengok hepi ending camtu. Memang seronok sangat bila tengok si Emir tu kawin gak ngan si Saleha tu..dan yg paling terharu di hati dahku ni bila Emir angkat Saleha yg kudung sebelah kaki ke pelamin dan sarungkan kasut idaman Saleha pada sebelah kakinya...hu hu hu sooo sweeettt >_<  (macam filem Mann plak, ala crita Hindustan tu)

Kalau ending camtu baru rasa puas hati walaupun terpaksa layan seminggu sekali.. Tak macam cerita Cinta Itu Milliku, memang hampeh endingnya...


Selit Lagu Best skit
Minat sangat lagu ni

Khalish & CoolBlog

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^

Kali ni mai M nak cerita pasai CoolBlog ice blended...beberapa malam yg lepas M ngan my hubby bawak Khalish Jejalan kat Chenang Mall..Masa pusing2 kat dalam Mall tu, terpandang la kiosk CoolBlog ni..Ala minuman ice blended yg Heliza Helmi jadi duta tu..

Ni la pertama kali kami try..mmm sedap gak..Khalish cam biasa la pilih perasa cekelat tambah plak black pearl jelly..Lepas ni kalau hangpa jejalan kat Chenang Mall Langkawi bleh la try..

Jom layan pict2 yang M snap masa tu


Staff Coolblog yg tekun bekerja..hi hi..



Khalish ngan Abah yang setia menunggu.Layan ja Abah ngan Kerenah Khalish yg asyik nak didukung tu...hmmmm...Khalish..Khalish..



Sedutan pertama Khalish...Cam best tu..



Wah! Sedut lagi tu..Sure sedap la tu..Hi hi..


Ada yang terlioq ka? Hi hi....


Wassalam

Published with Blogger-droid v2.0.9

Khalish Malas Mandi

Mai M nak cerita kat hangpa kali ni pasai Khalish yang liat sungguh nak mandi.. Macam yang kita tau la ni kan asyik hujan ja..Angin pun bertiup kencang ja..bertambah-tambah la sejuk.. 

So Khalish ni tetiba liat jadinya bila nak mandi..ada saja alasan dia..itu la, ini la.. Tapi Ibu dia ni mana mau dengaq alasan2 cikai camtu kan...Terus ja angkat Khalish tu masuk bilik ayaq. Kalau dah secara rela dia x mau kan. Kena la ada skit kekerasan..hu hu...dah tu, bukak pili ayaq, terus ja menjerit my Khalish ni bila kena ayaq kat kaki dia..

Mula2 memang bising la dia dok mengomel, tapi bila Ibu dia kata tak suka cium orang yg busuk terus ja diam nak mandi hi hi...Tau pun dia..Kalau x mandi Ibu x nak cium, x nak peluk ketat2.. 

Tu la situasi yang M kena dok hadap hari2 bila time nak mandikan Khalish la ni...

Wassalam


p/s: Hangpa ada gak ka jadi cam Khalish..hi hi..

Monday, December 24, 2012

Review Pemenang Eca Year End Contest & Giveaway: Iyliana

Kali ni giliran pemenang ketiga Eca Year End Giveaway pula untuk direview..
Insan bertuah tu adalah Iyliana pemilik blog
v
v
http://makcikdomokun.blogspot.com/
Ni la header simple blog Iyliana aka Makcik Muda (MCM)


Separuh Face not TWO Face
Sebahagian wajah misteri pemilik blog
(Sori dik, akak kidnap pict ni w/o permission)


Iyliana mula berbelog pada 6 May 2012, kiranya baru lagi la dalam dunia blogging ni..Macam M gak la kan..So x dapat M nak ulas panjang2 lagi mengenai blog ni..Pemilik blog pun kurang interframe so x dapat la M nak cerita panjang2 pasal beliau yek.

Apa yang M suka pasal entry kat blog Iyliana ni, entrynya menarik disertai pict2 ohsem dan mudah dibaca..

Antara entry yang menambat hati M :


Kalau nak kenal Iyliana dengan lebih dekat lagi, cepat2 la terjah blog beliau yek. Just klik header @ pict beliau kat atas tu untuk ke blog Iyliana ^_^v

Wassalam

p/s: Alhamdulillah..selesai sudah tugas dahku..harap pemenang berpuas hati yek..Salah silap, M mohon ampun dan maaf bebanyak..

Review Pemenang Eca Year End Contest & Giveaway : Mama Kaybee

Buat pertama kalinya, M akak me'review' pemenang Eca Year End Contest & Giveaway..FYI, M adalah salah sorang sponsor GA tu..so tugas M adalah review blog pemenang kedua dan ketiga..
So, entry ni M nak review pemenang kedua GA tersebut...teng..teng...teng...
Beliau adalah Mama Kaybee, ibu kepada seorang putera berusia 2 Tahun..
Beliau merupakan pemilik blog
v
v
v
http://www.mamakaybee.my/
Comel kan header blog Mama Kaybee



  
Ni la Mama Kaybee bersama Puteranya Muhammad Qusyairi Bin Aminrudin
(Sori Puan Blog..M kidnap pict ni dari blog Mama Kaybee)

Mama Kaybee mula berblog 29 November 2011 bersamaan dengan 3 Muharram 1433H

Pada awal Mama Kaybee berbelog banyak entry beliau yang memaparkan pelbagai tips kepada pembaca setia blog beliau.. Antaranya:

http://www.mamakaybee.my/2011/12/tips-mudah-tidur.html
http://www.mamakaybee.my/2011/11/khasiat-madu-asli-dalam-mengubati-batuk.html
http://www.mamakaybee.my/2011/12/merawati-sembelit-atau-buasir.html

dan antara entry menarik yg menambat hati M:

http://www.mamakaybee.my/2012/06/belajarlah-bersyukur.html
http://www.mamakaybee.my/2012/03/hidup-adalah-belajar.html
http://www.mamakaybee.my/2012/11/duhai-hati.html
http://www.mamakaybee.my/2012/10/allah-maha-adil.html

Akhir2 ni nampaknya Mama Kaybee lebih aktif join Segmen & GA tau.. Mungkin untuk menambahkan lagi kenalan di dunia maya ni..Tak gitu Mama Kaybee ^_^v

So sesapa yang nak kenal lebih dekat lagi dengan Mama Kaybee sila la ke blog beliau yek..
Klik ja header comel blog beliau kat atas tu untuk ke blog Mama Kaybee..

*Wassalam*







Sunday, December 23, 2012

Thanks MV

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^

Alhamdulillah, ari tu M ada terima sampul nun jauh dari Sabah..Rupa-rupanya dari Suzyanna Yap @ lebih mesra dipanggil MV (Miss Velentine).. Ramai kengkawan GSF yang dah terima brooch dari MV..dan tak sangka plak M pun dapat gak...Wah! Terharu dahku...

Ni  la brooch comel kiriman daripada MV tu..Warnanya memang kesukaan dahku..

Terima Kasih Banyak Yea MV..Sayang kamoooo ketat2...

Jom terjah MV di http://www.msvelentine.my/
Jangan malu2 tau nak kenal MV, orangnya peramah gitu..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, December 22, 2012

Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod




Kali ni M nak join GA Wak Gelas plak...Ni first GA yg Wak anjurkan..So M nak support la GA Wak ni sebagai tanda sokongan sesama kawan..Tak gitu Wak ^_^v

Jom kengkawan kita join ramai2 GA Wak ni..Hadiahnya IPOD TOUCH & 5 Hadiah Saguhati....ha ha..Sapa nak join la...

Tarikh giveaway wak bermula dari 22 Dis 2012 hingga Sabtu, 5 Jan 2013 (12.12 pm)

*Wassalam*

22th Birthday GiveAway


Hari Sabtu memang best Kalau bersegmen dan berGA ni..Mood sudah mariiii.. So M nak join GA dari Si cantik manis Anis Athia


Klik banner untuk join dan maklumat mengenai GA ohsemm ni ok ^_^v


Jom join ramai-ramai


Wassalam 

p/s: Doakan M yek..


Friday, December 21, 2012

Blogger! Tolong Jauhi Sifat Tu..


Klik untuk tumbesaran 

Sekadar perkongsian..M pun bukannya baik sangat..Sekadar hamba Allah yang lemah dan penuh kekhilafan..Tapi kita sama2 berubah ke arah yang lebih baik..
Semoga hati ini dijauhkan dari ketiga-tiga sifat yang dibenci Allah swt tu..
Nauzubillahiminzalik

Pesanan ni bukan untuk blogger saja..Tapi untuk semua..

Yang baik datang dari Allah yang Maha Kuasa dan pastinya yang buruk dari diri M sendiri..

Wassalam

Kedit: FB


26th Birthday Giveaway by ShidaR

 Klik banner ohsem ni untuk join dan maklumat lanjut mengenai GA ni yek

Special For U Shida ^_^ ( Besday Wishes in advance )
v
v
v

Wassalam

p/s: wish Me luck yek ^_^


Happy Birthday Wanieys



Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Ibu Qalief 
Allah Selamatkan Kamu

Selamat Hari Lahir Wanieys

Akak doakan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dan bahagia di dunia dan di akhirat ^_^

p/s: Klik pict Wanieys & Qalief kat atas tu untuk ke blog beliau..

Beli Secara On9 Lagi

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah (^_^)


Mai M nak Cerita kat hangpa, M ni Rajin gak la beli barang secara online ni.. Macam2 jenis M dah beli antaranya cekelat, tudung, beg, Kain pasang, baju, pisau pun ada tau dan macam2 lagi la..

 Dan yang terkini, M ada beli inner neck ala2 ninja gitu dari blogger Kina.. Bukannya kat Langkawi ni takdak benda alah ni tau, tapi sebab nak support bisnes kengkawan ni..

Ahamdulillah petang semalam Mr.Pos Laju dah antaq barang tu..Cer tengok..M pilih warna hitam sebab bleh join ngan shawl pelbagai warna..


Ni la rupanya tudung inner neck tu..
&
Yang buat dahku terharu, Kina siap sertakan cenderahati lagi untuk M.. 

Keychain felt craft siap ada huruf  K.M..stand for Kak M la tu..Sukanya..sukanya..sukanya...Sayang Kina sangat2..


So sesapa yang nak beli tudung atau barangan felt craft ngan Kina bleh la terjah

Blog Kina

Kina Felt Craft


*Wassalam*


Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 20, 2012

Resepi Serawa Labu & Keledek



Di sebabkan ada yang request resepi Serawa ni, seperti yang M janjikan ni la resepinya..

Bahan-bahan ( untuk 4 - 5 orang makan tu pun ikut gak la makan banyak mana kan..hi hi)

Setengah biji labu
Sebiji keledek sederhana besar
Santan ( M guna santan kotak 300 ml)
Sedikit sagu biji( rendam & toskan)
Gula dan garam secukup rasa
Beberapa helai daun pandan

Cara2 Membuatnya:

Labu  dan keledek dikupas kulit, potong dadu, basuh, rebus hingga separuh empuk dan buang air tu.

Masukkan santan, daun pandan, gula & garam.. Opsss lupa plak, disebabkan santan tu pekat M campurkan dulu santan tu dengan air 2 mangkuk sederhana..

Pastu kacau supaya santan x pecah minyak. Bila dah mendidih dan labu + keledek tu dah empuk masukkan sagu dan masak hingga sagu nampak jernih.. Siap!

Lepas tu sedia la untuk di ngap....hi hi..

p/s: Adoi tadi tersilap timing publish la pulak..hu hu.. Vengong betoi la..hmmm




Published with Blogger-droid v2.0.9

Tahniah Aine Ainun


Sori yea Aine, M amik pict ni dr blog Aine senyap2...

Alhamdulillah..seorang lagi umat Muhammad lahir ke dunia ni.. Beliau adalah baby kepada blogger Aine Ainun yang juga ahli GSF.. Tahniah yea Aine..

Aine selamat melahirkan putera beliau pada 5 Safar 1434 / 18 disember 2012 jam 3.44 pagi secara normal..

M doakan semoga putera Aine akan menjadi anak yang soleh dan sentiasa dilindungi Allah swt..


*Wassalam*

Serawa Labu & Keledek


Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^

Sebenaqnya projek masak serawa ni M buat petang semalam sebagai menunaikan keinginan my Mak yang teringin sangat nak makan serawa ni..Ops! Lupa plak mungkin kat tempat lain selain Kedah panggil Serawa ni Pengat kan...

Siyes nak habaq kat hangpa ni la pertama kali M try buat serawa ni..sebelum ni tau makan ja..muahaahaa:p 

So,  dengan tekad dan semangat yang kental dan gigih ku gagahi jua untuk mencuba buat serawa ni..hik hik ayat tak menahan tu.. Macam la susah sangat..ikut ja resepi bebetoi sure jadi...Sememangnya gabungan labu & keledek ni adalah feberet my Mak dan M sendiri..

Ok puan-puan dan tuan2 lihat ya picts2 yg dahku dah snap kat bawah ni..



Labu & Keledek yang menjerit-jerit dalam periuk sebab kena rebus separuh empuk



Dah siap! Hi hi proses lain dahku x snap dah sebab bizi ngan Khalish..camni la kalau chef ada anak kat sebelah yg merengek nk macam2... Nasib baik tak tertukaq gula & garam tu, kalau tak naya wooo..



Sedia untuk di NGAP ;D



Alhamdulillah...Nasib baik sedap kalau tak malu kat my Mak n my Hubby..hi hi..

Errr..ada yg nak resepi ka? Hik hik....Kalau ada yg request, M akan hapdet resepi kat next entry ^_^v

*Wassalam*



Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 19, 2012

Siapa Lagi Kuat?

Tak guna badan sasa berketak sana sini tapi Solat Subuh tak larat dan liat nak bangun untuk tunaikannya. =.=
*Wassalam*

p/s: Tengah gigih balas jejak >_<

WW : Baik Punya Layan ^_^

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, December 18, 2012

Kenapa Perlu Ingat Mati?


Klik pict untuk tumbesaran 


Sekadar renungan kita bersama



*Wassalam*



Kredit : Mukabuku


p/s: Ya Allah kurniakanlah Husnul Khatimah disaat sakaratul maut  ku nanti