Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Thursday, July 05, 2012

Kanak-kanak 2 tahun maut dalam kebakaran

Assalamualaikum...

Sebak dan sedih rasanya bila M baca berita ni kat Berita Harian Online..kesian kanak2 ni maut dalam kebakaran camtu...Baru ja pindah rumah tetiba ditimpa malang yang tak berbau..Dah tu besday dia 19 haribulan ni... Ya Allah mesti sedih dan hiba perasaan ibu bapanya...

Antara petikan artikel tu:

"JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Permas 2/2, Permas Jaya, di sini, hari ini.

Muhammad Aminuddin Mohamad Nor Idris Ahmad yang bakal menyambut hari lahir 19 Julai ini ditemui rentung di atas katil dalam bilik di tingkat dua rumah teres berkenaan selepas api dipadamkan. Kanak-kanak itu dan keluarganya baru berpindah ke rumah yang berusia 30 tahun itu kira-kira 9 malam tadi. Mereka sebelum ini tinggal di kawasan Stulang Baru, di sini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor, Jaya Syed Nasir Syed Abu Bakar, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada 9.23 pagi dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian."

Nak tau selanjutnya klik SINI

Takziah M ucapkan pada Nor Nadiah Abd Samad dan suami..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah..

Wassalam T__T

p/s: Semoga Allah sentiasa melindungi anakku..Amin...

23 jejari yang tajam menaip:

Chic Na said...

sedihnya. kesian budak tu. syurga lah tempat dia. :)

eima said...

sian sgt budak tu ... sedih tatau nk komen ..

Misya Mialen said...

Kesiannya.takziah diucpkn utk family dia.Tuhan lbh sygkn dia.ada hikmahnya nnt.

Arina Shamsul said...

masyaallah saya pun sebak juga dear..

takziah dan al-fatihah.

nauzubillahiminzalik..

Anonymous said...

sedihnya bila terjadi musibah begini terutama pd anak2 kecil!

Anje a.k.a Mummy_Balqis said...

sebak baca berita ni...

are_lin@yu said...

kesiannya..al fatihah untuk anaknya..

9n0L4 said...

ya Allahhhhhh, banyak sgt kes budak sekarang. hati hati lah yg ade anak kecik tu.

Nyue said...

Ya Allah, kecian nya...semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..takziah nyue jgk buat keluarga adik Muhammad Aminuddin Mohamad Nor Idris Ahmad.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Ya Allah sedihnya kak...Al-Fatihah utk arwah

Rozie said...

itulah sedih dgr berita ni semalam, takziah utk keluarga mangsa..

Unknown said...

ya Allah camne la boleh jadi kebakaran tu? nauzubuillah... macam2 sekrg ni kan..

Miss N™ said...

takziah buat keluarga..
sedih juga bila baca paper pagi tadi..

Nurul Husna Mohd Hassan said...

syurga terus tempat budak ni :)

Cendol said...

sedih rase membacenye.kesian baby tu :(

Cendol said...

tenkiu M sudi letak banner cendol :)
cendol dtg kelik2 jugak..jangkit tgn gatai ngan M

Unknown said...

waalaikumussalam.. lynn juga mohon maaf sekiranya ada buat silap..atau menguris hati sis.. pd lynn tiada apa salah dan silap sis pd lynn ..:)..alhamdulillah moga Allah merahmati sis sekeluarga...amin ya mujibasiilin..

Ayu said...

alfatihah....sedihnyerr....:( sedih btl dgr citer2 cenggini...serius...

Solehah Shamsuddin said...

inalilahi wainailaihi rajiun. Takziah untuk keluarga arwah

mselim3 said...

baca gak berita nie ...sedihnyer...x boleh nak komen...sedih sangat nie...kalu kita entahlah mcm mana kan...ujian yang datang adalah utk menguji hambanya...adakah kuat atau tidak...
sesungguhnya Allah Maha Adil dalam menguji hambaNya...tak kan Allah nak kasi ujian macam Nabi Yusuf as salam...tentu tidak.
Sesungguh ujian yang Allah kasi bergantung pada ketakwaan hamba2nya...sesungguh Allah lagi mengetahui ...atas hamba2nya...

lelamaisara said...

betul memang sedih...tak dapat nak bayangkan..

takziah...mintak jauhkan la...YaAllah...

Liyana Anuar said...

takziah pada keluarga mangsa..

moga perkara yang tak diingini dijauhkan dari kite semua..amin~

IntaNBerliaN said...

sedihnya... br 2 tahun... lbh kurang alisha je...

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers