Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Monday, July 30, 2012

Juadah Iftar :Telur Bumbubali


Telur Bumbubali
Salam Ramadhan wahai sahabat M di dunia maya ni..Harap semua sihat sejahtera dan opkoz M harap semua muslimin dan muslimah yang bleh posa tu, posa la jgn memonteng plak na...Tak baik tau.. Allah murka nanti..Sapa susah, hangpa juga yang susah..
Ok la ari ni M nak share ngan hangpa satu resepi simple yang M baru ja buat tadi untuk salah satu juadah berbuka M ptg ni... Resepi ni M amik dari My Baking Workshop. Nama resepi ni Telur Bumbubali... Kalau hangpa tanya M pasai apa nama resepi ni cam unik ja... M tak dapat la nak jawab dengan jayanya.. Tapi kalau nak tau gak kena la tanya tuan empunya resepi ni Evelyn Gemina..

Ok la tak mau berletiaq panjang2... M bagi hangpa layan resepi tu kat bawah ni..
V
V
V
TELUR BUMBUBALI
Bahan2:
7 - 10 biji telur - direbus & kupas kulitnya
10 tangkai cili kering - rendam dgn air panas & blendkan dgn sedikit air
4 tbsp sos cili / sos cili thai
4 tbsp sos tomato
1 tbsp sos tiram
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 tbsp gula
Garam & serbuk perasa secukupnya
3 tbsp air
5 tbsp minyak untuk menumis

Cara2:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang yang ditumbuk hingga naik bau.

2. Masukkan cili kering yang telah diblend, gula, sos cili, sos tomato & sos tiram. Masak hingga pecah minyak. Masukkan garam & serbuk perasa. Gaul rata.

3. Kemudian, masukkan air, gaul rata & biarkan pekat sedikit. Masukkan telur yang telah dikupas kulitnya, gaul perlahan-lahan hingga rata. Matikan api, angkat & hidangkan.


Jadi sesapa yg tak dak idea nak masak apa bleh la try resepi simple ni...Selamat Mencuba^_^

*Wassalam*

23 jejari yang tajam menaip:

Cik Nur said...

nampak gambar di fb tadi.. terliur nur nengoknya..

M dah siap masak ke..?

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Unik nama resipi nieh..hehe...ym pnh buat, tp ym pnggil telur sambal bolatt jerk, hehe...

Si Matatajam said...

@Cik NurKat fb tu hasil air tangan M la tu Nur...

Si Matatajam said...

@YaYaNsMuM a.k.a YM M sebelum ni pun pernah wat gak tapi resipinya lain skit..tapi yg ni lain resepinya..tu yg M try tu...harap2 sedap la...Almaklum la tak bleh nak rasa...

Cik Rongoks said...

nk tgk gak gambar . tak penah tgk lagi resipi telur bumbubali nie .

GreenJade said...

oh nyammm nyammm..boleh try sahur nanti ni..hehehe

LYAfrina said...

menarik ni..mesti cuba kalo bkesempatan

**cik M.. pasal blog cik m x tsenarai dlm bloglist gsf .. jgn kecik hati ye...sbb tu bloglist lama msa mula2 join gsf..jd lya mmg x update2 lagi bloglist tu..rmai gsf y stll x tsenarai.. lya nk cari 1 masa nk adjust smua blog lya.. lps audit ni ke..

~Sweet Honesty~ said...

alaa..napa xdok gmba ne..huhuhu

Si Matatajam said...

@GreenJade try jangan tak try..hi hi...

Si Matatajam said...

@LYAfrina. Ala sesaja tanya..hu hu...

Si Matatajam said...

@~Sweet Honesty~ ala sweety, terjah la link yg M bagi tu...pict tu ada kat FB akak dear....

ainnoraini said...

Boleh try nii..

Wanieys said...

camna rupa telur tu nama pun unik jer hihi

Chic Na said...

petang tadi tengok pict telur bumbubali kat fb M. terliur je rasa. hehe.. ayam serai aritu cik na da try. memang sedap. makan ngan nasik pun dah cukup.

Si Matatajam said...

@Chic Na: Telur ni pun sedap gak Chic Na..manis2 pedas gitu...

لين Si Pipi Merah said...

salam alaik sis! :) apa khabar sis?
sangat mudah resepi nie.. jgn tak tahu lynn suka makan telur.. :P paling feveret telur mata kerbau masak sambal.. :)

Nadia Elena said...

huiyooo..masak telur je kak? huhuhu. simple tapi sedap. tengok gambar je pun dah terliur ni.. =)

wan nurul hezrina said...

nurul panggil nama masakan nie terur rebus goreng masak sambal pekat..hikhik mmg selalu buat kat melaka masa bujang2 dulu..

ieedaz @ mama_isha said...

perghh sedap nmpk nye tu..leh try nanti :)

hazwan hairy said...

fuh tertgk time la ni plak terus senyum..haha..dh sahur x jaga :-(

Deqla manjew said...

waduh..waduh... menggugat keimananku!! :p

IntaNBerliaN said...

sedapnya nampak... senang je cara masak ni.. :-)

9n0L4 said...

kire mcm sambal telur rebus la ni kan. ;)