Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Monday, July 02, 2012

Muhammad Naufal Khalish (part 1)

Assalamualaikum..

Terdetik pula kat hati M nak wat entry khas pasai anak M yang sorang ni, Muhammad Naufal Khalish. Bukan apa, sekadar untuk mengabadikan memori dari Khalish dalam perut M sampai la skang ni dah nak masuk 4 tahun pada bulan September tahun ni.

Untuk Part 1 ni, M nak share 3 keping gambar saja sebab tak banyak koleksi gambar yang M snap waktu dia baru lahir. Cuma bila dah makin besaq ni, barulah makin banyak sebab Khalish dah pandai posing depan kamera.. So layannnnss...

Khalish Dalam Rahim Ibu ( first scan pict-beberapa minggu)
Alhamdulillah bila doktor Umi sahkan Khalish dah ada kat dalam rahim ibu, ibu ngan abah rasa happy sangat.

Khalish (berusia 1 hari)
Tenang saja hati ibu tatkala menatap wajah Khalish yang lahir tanpa secalit dosa
Kesian Khalish Kat Wad Kuning/ Jaundis (baru 2 Hari lahir)
Sedih sangat bila ibu tgk keadaan Khalish camni :-( hu hu..

Tanggal 12 September 2008 lahirlah putera M dan my Hubby pada jam 8.07am di wad bersalin hospital Bukit Tekuh Langkawi. Putera sulung yang kami namakan Muhammad Naufal Khalish lahir dengan berat 3.1kg disambut oleh seorang Bidan dan 2 orang Nurse. Turut menemani M menyaksikan lahirnya Khalish ke dunia ni ialah my hubby dan my sis in law (kak cik). Tqvm sebab sentiasa memberi semangat untuk M menghadapi saat cemas masa kelahiran tu..

 Ibu bersyukur sangat kepada Allah kerana Khalish lahir dengan sempurna sifat lahiriahnya..Alhamdulillah...Tertunai sudah hajat abah nak dapat anak sulung lelaki..Tapi abah memang tak kisah pun jantina yang Allah bagi kat anak sulung dia. Cuma berharap dapat HERO untuk anak sulung itu saja. Tapi kalau sebaliknya kami terima dengan redha..

Semakin hari Khalish membesar di hadapan mata ibu dengan keletah yang sangat mencuit hati dan sangat aktif (sampai penat ibu dibuatnya)..Khalish juga sangat bijak berinteraksi dengan semua orang. Ibu mendoakan semoga Khalish akan menjadi anak yang soleh bila besaq nanti ye nak..

So tu saja untuk part 1. Nanti M sambung di next N3 ok.. 

~Wassalam~

22 jejari yang tajam menaip:

are_lin@yu said...

comelnya...naufal khalish,cntik nama tu dear ;-)

Misya Mialen said...

Alhamdulillah dikurniakan anak yang comel.;)

Pak Det said...

teringat kawan baik yg dah lame berpisah....

Nama dia Naufal jugak.....


My recent post : Tips Menjadi Manusia Serba Boleh

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

comel jer khalish hihi....

IntaNBerliaN said...

comelnya...!!

tu la kan.. bila ank kne kuning mmg sedih kan... alisha dulu pun kne gak tp xdalah thn kat wad....

Madam iEeDaZ said...

mai rindu khalish masa baby yer..
mama pun same, rindu isha masa baby dulu...rindu pd bau baby tu kan...:)

Rozie said...

Emm betul syok jer tgk muka bby yg kecil tu,
Zie pun nangess bila ank msud wad.. Kuning...kesian

Unknown said...

alhamdulillah...khalish anak yg sihat n cergas...

Nurul Husna Mohd Hassan said...

memang baby selalu kena jaundis kalau lahir. tengok kakak jemur anak sedara bwh matahari pagi2 :)

Nurul Says said...

alahai..danish dan daniel dulu pn jaundice juga :(

Ahlam Miera Shafie said...

indahnya... ^-^ brpeluangkah sy utk merasai pngalaman ini... comel naufal moga menjadi anak yg soleh.. amin..

Chic Na said...

cantik nama. pengalaman paling berharga utk wanita yg bergelar ibu. :)

lelamaisara said...

teringat lak saat Alesya di lahirkan...
Alesya lagi sian...die lahir tak cukup bulan...pastu jaundis pulak...huwaaaaa..nangis cute mama mase tu nasib bek tak bentan....bayangkan mama boleh balik baby kena tahan lagi kat wad...:(

~Cik Sweety~ said...

haha..baru jek nak inform, M dah smpai..tangkas n cepat btl yea..hihi..tahniah yea..dah salin nbr tu.. harap sabar menanti la yea.. nnti sweety sms apa yg patut yea..(^_^)

eima said...

wahhh sebaya fahim la ... fahim pun lahir sept 2008 29.9.2012

Miss N™ said...

comelnya khalish..!
mmg terserlah kesucian di wajah baby kan..

Liyana Anuar said...

masa baby kena kuning bahaya gak kan? nasib baik skang ni dia dah sihat walafiat~~ :)

Masha Meisters said...

anak tu anugerah...tengok baby2 ni teringin pulak..haha...gatai nyer anak dara...hehe

9n0L4 said...

mengulit kenangan la ni. hehe.

Solehah Shamsuddin said...

bahagianya ble dpt jadi ibu kan. :)

mummyrinazone beauty said...

suka nama kalish=)naufal kalish nama yangindah=)

Miss Syahbanu said...

wah sweetnyer..mesti happy sgt bila dpt berita bakal jdi ibu kan..skrg khalish pun dh makin mbesar..

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers