Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Saturday, July 14, 2012

Petua Mengatasi Bayi Muntah @ Tersedak Susu

Sumber: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama



Assalamualaikum

Sejak akhir2 ni, kita kerap dok dengaq kes bayi meninggal dunia akibat tersedak susu. Jadi selepas M terbaca artikel ni kat SINI M pun terpikiaq nak berkongsi petua @ tips ni ngan semua pembaca my blog mengenai cara2 mengelakkan bayi mengalami masalah tersedak susu..

Langkah2 tersebut adalah:

1. Cuba tinggikan kedudukan kepala bayi di atas paras perut selepas menyusu

 mungkin boleh membantu sesetengah bayi. Posisi lain yang boleh membantu

 ialah bayi mengiring atau meniarap semasa bayi masih terjaga. Namun,

 posisi meniarap tidak digalakkan jika bayi tertidur kerana boleh meningkatkan 

risiko kematian bayi secara mengejut.



2. Cuba susukan bayi dalam keadaan dia seperti menegak/ berdiri (upright 

nursing position). Namun, pastikan perut bayi bertemu perut anda. Ia 

dipercayai boleh membantu mengurangkan risiko bayi tersedak.




3. Jika pancutan susu terlalu laju, anda boleh mengurangkannya dengan 

menekan payudara secara pegangan gunting semasa menyusu bagi 

mengurangkan pancutan seterusnya mengelakkan bayi tersedak.




4. Elakkan daripada menekan perut bayi. Dalam masa yang sama, pakaikan 

bayi baju yang longgar. Jika dia memakai barut perut, longgarkan atau 

tanggalkannya.



5. Sasarkan penyusuan yang kerap apabila bayi menunjukkan tanda lapar. 

Tidak perlu menunggu sehingga bayi menangis. Hal ini kerana tangisan 

merupakan tanda terakhir bayi lapar. Walaupun bayi menyusu hanya sekejap, 

pastikan dia mendapat susu akhir yang cukup. Anda boleh amalkan teknik 

memerah susu yang awal keluar dulu dan simpan untuk kegunaan masa lain 

dan susukan bayi dengan susu akhir yang tinggi kandungan lemak. Lebih 

kerap penyusuan, lebih tinggi kandungan lemak di dalam susu ibu. Habiskan 

penyusuan di satu payu dara terlebih dahulu dan tunggu sehingga bayi 

melepaskan puting secara sendiri. Kadang-kadang bayi yang telah kenyang 

masih mencari puting dan membuat gerakan mulut seperti menghisap 

walaupun kelihatan tidur (bayi separa sedar). Ketika ini, ibu boleh alihkan bayi 

ke payudara sebelah lagi sehingga dia betul-betul terlena. Elakkan menukar 

bayi ke payudara sebelah lagi terlalu cepat atau kerap terutamanya sewaktu 

bayi masih aktif menghisap. Ketahuilah, perbuatan ini akan menyebabkan bayi 

mudah termuntah.


6. Bagi bayi yang cerewet, meragam atau menolak untuk disusukan, 

banyakkan sentuhan kulit ke kulit dan elakkan daripada memaksa. Boleh juga 

menyusu ketika anda berjalan dan membuai bayi di dalam kain kendongan 

(baby sling). Penggunaan baby sling boleh membantu bayi mengurangkan 

risiko muntah. Pelekapan pada puting mesti betul bagi mengelakkan bayi 

banyak menelan angin yang boleh menjurus kepada masalah kembung. Anda 

juga boleh mencuba untuk menyusukan bayi ketika bayi sedang mengantuk.





7. Kadang kala, bayi lebih tenang apabila berada di payu dara. Oleh itu, 

galakkan hisapan bukan nutrisi (non nutritive suckling). Lazimnya, bayi sudah 

kenyang tetapi amalan ini membantu mengurangkan kerengsaan perut, 

mempercepatkan pengosongan perut bayi dan melancarkan penghadamannya.




8. Jika bayi muntah oleh kerana mengalami kembung perut, bantu dia 

sendawa dan belajar cara-cara untuk merawat kembung bayi daripada pakar. 

Cuba kenal pasti makanan yang diambil oleh ibu hingga memungkinkan 

masalah kolik atau kembung seperti susu lembu dan kafein. Jika itu 

penyebabnya, elakkan daripada mengambil makanan tersebut. Untuk 

pengetahuan, protein susu lembu boleh hadir di dalam susu ibu dan 

menyebabkan bayi mendapat alahan perut.


9. Perah susu awal terlebih dahulu (susu yang mengandungi nisbah laktosa 

kepada lemak yang lebih tinggi) dan susukkan bayi dengan susu akhir (lebih 

berlemak, nisbah laktosa kepada lemak adalah kecil). Habiskan penyusuan 

sehingga bayi benar-benar kenyang di sebelah payu dara. Sebagai maklumat 

tambahan, jika laktosa tinggi berbanding lemak, proses penapaian laktosa 

akan menghasilkan banyak gas dalam usus bayi yang akan menyebabkannya 

kembung. Jadi, kandungan lemak yang lebih daripada laktosa akan 

mengurangkan risiko kembung.


10. Amalan mengurut bayi dengan cara yang betul boleh mengurangkan risiko 

refluks dan kembung perut. Urutan bayi bukan sahaja dapat menenangkan 

bayi malah melancarkan sistem penghadaman dan menguatkan ototnya.


Jadi M harap lepas ni ramai pembaca M yang bergelar ibu khasnya yang menyusukan bayi, dapat mengamalkan tips ni kepada bayi anda na..



p/s: Sharing is caring

TOLONG UNDI HEADER M KAT SINI

9 jejari yang tajam menaip:

Miss Syahbanu said...

setakat baca jer la sbb belum kahwin hehehehe

Arina Shamsul said...

tips yang baik :) thanks sharing dear :)

HanaNabihah said...

sesuai sgt utk bacaan ibu yg baru ada anak sulung, bakal ibu =)

Chic Na said...

boleh dijadikan panduan utk masa depan. hehe.. tq M. :)

9n0L4 said...

nice tips. sgt bagus ni. kdg tu slalu tgk org menyusu dlm buaian.

dieyna said...

good sharing....

Miss N™ said...

bagus info ni, sebab nur mmg panik kalau budak2 tersedak..
almaklumlah belum berumah dan tangga...

mummyrinazone beauty said...

pengasuh kadang jaga ramai sampai terleka sbb tuh nurul kat pjayanie mmg tawakal jer carik pengasuh.kalau bleh cari pengasuh yang hanya menjaga tak buat keja lain.bukan bby sitter yang kat umahlah..carik yang nursery.tapi tuhpun banyak gak kes.aduhai mmg payah n takut..so far alhamdulillah merah n sofia ok

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers