Assalamualaikum...
Hari ni M nak berkongsi petua la pulak.. Walaupun la ni dah macam2 jenis produk kat pasaran yang kita boleh beli dan guna, namun petua orang lama boleh gak kita pakai kan. Apa kata M tambahkan lagi koleksi petua hangpa yang sedia ada tu. Bagi yg dah tau tak pa la kan . Yang tak tau lagi, kalau nak cuba silakan yek..
*Sapa nak tangan selembut sutera? Ha jom baca petua kat bawah ni:
Lenyekkan pisang dan kemudian campoq sikit mentega. Pastu lumurkan pada tangan Dan gosok pelan2. Bila dah mula nak kering, bilas la tangan dengan ayaq bersih.. Kalau nak dapat hasil yg cepat, buat la selalu...lepas ni mesti rasa lebih confident nak bersalaman ngan orang lain..
*Nak lambatkan kedutan kat wajah tak? Ha! Baca pulak kat bawah ni:
Amik satu batang lobak merah, sebiji kuning telur dan satu sudu tepung jagung. Kisar atau parut lobak merah dan kemudian campoq kuning telur ngan tepung jagung. Gaul hingga sebati. Pastu sapu la kat muka. Lakukan pada waktu malam dan cuci sebelum masuk tdoq ok. Petua ni wat sekali saja dalam seminggu..
*Nak wajah berseri tanpa parut? Ada2..baca saja kat bawah ni:
Amik dua batang kulit kayu manis( mesti ada kat dapoq umah tu kan). Tumbuk sehingga halus dan campoq ngan segenggam bedak sejuk. Tambah ayaq sikit & gaul sebati. Then, sapu pada bahagian parut kat muka tu na...lakukan sekerap mungkin untuk hasil yang lebih baik. Petua ni bleh jugak hilangkan bintik2 hitam kat muka tu..Lepas ni mesti berseri-seri wajah tu kan.
Time2 berhujung minggu ni memang sesuai la kalau nak manjakan diri tu.. Selamat mencuba ya kawan2 (^_^)V Peace..Wassalam..
Sumber: Majalah SDK Edisi Julai 2012..
Diolah semula: Si Matatajam..
"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"
17 jejari yang tajam menaip:
hehe..suke entry cmni...tapi,kekadang xrajin nak membuatnyer kak M...asal nak wat ada aje activitinyer...hiihii:)
wah..petuah yang sangat baik ni..insyaallah nak cuba nanti kalau free :)
thanks dear :)
alahai kak M.. lecehla nak kena tumbuk, kisar,giling bagaiii ne..ready made xde ke???
Malasslaa... nak cantik punya pasal..terpaksa try la juga ne..(*_*)
suka baca petua2 mcm ni. tq yek sudi kongsi!
bagus petua macam ni. tap nak membuat tu leceh. dulu penah letak kayu manis kat muka. pedihnya xterkata. huhuhu..
nice share..
tapi Cendol sgt malas le haha
sapu losyen je la..ape2 pn,guna bnde2 mcm petua ni mmg lagi baguih sebab dia takde bhn kimia mcm losyen2 tu kan..
wah...
bagus lah M siap bg petua nih..
paling suka bab2 pnjagaan muka tu..woohoo kena cuba nih =p
nice :) hehee awk, jum jadi bloglist ramadhan sy nak?
http://fafaeha.blogspot.com/2012/07/jom-jadi-bloglist-ramadhan-saya-d.html
yela..petua dulu2 ternyata lebih bagus kan... :)
petua yang bagus.hehehe..tapi nak membuat tu yang malas.aiyoo
sayang pulak nak lenyek pisang tu lumur kat tangan.. baik makan pasti kenyang perut hehe .. gurau je.. bagus petua ni...
wah petua gitu..lau rajin leh buat nti hehe
banyaknya petua...=)))
tangan saya mmng x berapa nak lembut..hehee
selalunya, nur sapu je kulit kayu manis tu di muka..mmg pedih xhengat..
bila baca petua m ni.. nanti nak cubalah campurkan dgn bedak sejuk..hihi
terima kaseh M sudi berkongsi..:)
suke petua, tp tak rajin nk buat..camne eh..ade petua nk kasi rajin x? heheh :p
banyaknye petua..hehe..petua rajin ada tak? macam mama isha kat atas tu tanya..hehe~
tang kulit kayu manis2 mmg betul.dah try=)
Post a Comment