Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Thursday, July 05, 2012

Pemadam & Pensel

Assalamualaikum kengkawan semua..

Mai M nak share satu cerita yang menarik pasai pemadam ngan pensel sekadar renungan kita bersama na...

Pensel : Saya minta maaf.

Pemadam : Untuk apa? Awak tak buat salah pun.

Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di situ untnk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.

Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yang saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya tak mahu melihat awak bersedih.

Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan..mereka adalah ibarat pemadam terbaik untuk anak-anak mereka..Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka...

Jagalah ibubapa kita dan balaslah jasa mereka dengan kebaikan selagi kita termampu..

p/s: Terharu sangat bila M baca tadi...M sayang mak ngan ayah sangat2...

Sumber:IslamImanIhsan

24 jejari yang tajam menaip:

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wani pernah share citer tu...sedih baca kan...sayu jer rasa hihi

are_lin@yu said...

sedih ayu baca..sayang mama n abah ayu jgk..huhu

izz iizza said...

penuh bermakna kisah ni..sy pun terharu..:)

salam kenal..:)

Miss N™ said...

sebak..!
pertama kali baca ni..

Liyana Anuar said...

terharu jugak baca...huhu...rindu kat diorang~ :(

Cendol said...

sedih plak bace kisah pemadam ngan pensel ni..nice entry..
Cendol pn terjangkit pnyakit tgn gatal ngan M..haha

LYAfrina said...

a ah...besarnyer pengorbanan tu ibubapa kt..walau buruk baiknyer kita.. mereka ttp disisi & membela kt..hargailah ibubapa kt slai mereka msih ada

Chic Na said...

sgt touching. ada betulnya kisah ni. :)

~Cik Sweety~ said...

baca ne trus kol mama..huhuhu

Anonymous said...

mmg betul la parent ibarat pemadam dan pensel ibarat anak...js sgt setuju..^^

Busyra Takiyudin said...

huhu sedih... pengorbanan mereka tak dapat kita lupakan..

Unknown said...

betol tu.. kita pun bakal dan dah pun jadi pemadam tu kan... :)

nohas said...

Cerita yg menyentuh hati..berbakti kpd ibubapa yg masih hidup & dah pergi..

Unknown said...

bangganya ayah ibu punya anak macam m ni, tinggi kesedaran, benar ibubapa mana yg nak lihat anak gagal dalam hidup..tahniah ya..bagus entry M

lelamaisara said...

Sayu pulak....saya sayang mak abah saya...pengorbanan mereka sangat besar...

Miss Syahbanu said...

sedihnyer bila baca huhuhu

Nurul Husna Mohd Hassan said...

kena hargai jasa mak ayah. saya sayang mak ayah saya :'(

Arina Shamsul said...

saya sedih dengan kisah ni dear..hukhukhuk.teringat pengorbanan yang mak ayah curahkan,tidak akan terbalas sehingga akhir hayat pun..hukhuk.

IntaNBerliaN said...

sayanglah parent kita selagi mereka masih ada kan..

Nurul Says said...

walaupun selalu x sefahaman..tapi tetap sayang mereka juga

Unknown said...

dah jadi pemadam dah kita ni mai...

Masha Meisters said...

terharu...mak! abah! i love u so strong..im nothing without u..

9n0L4 said...

haah kalau marah mcm mane skali pun, takkan jadi benci. air dicincang takkan putus. ;)

dieyna said...

sedihnya.. huhu

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers