Assalamualaikum dan Salam Ukhwah Buat Semua..
Mai M nak share cerita kali ni pasai sesetengah lelaki yang agak sukar nak Mintak mahap. Kenyataan ni mungkin diragui oleh lelaki, namun hakikatnya lelaki memang sukar berbuat demikian lebih-lebih lagi jika berbuat salah kepada pasangan sendiri.
1. Memiliki Ego Yang Terlalu Tinggi - Lelaki yang mempunyai ego tinggi biasanya mengalami kesukaran untuk memohon maaf meskipun jauh di sudut hatinya dia mengakui dirinya memang bersalah. Golongan ini biasanya lebih mengutamakan ‘maruah dirinya’ daripada terpaksa ‘menjatuhkan air mukanya’ sendiri semata-mata terpaksa menuturkan kata maaf. Jadi tidak hairanlah sekiranya lelaki lebih mengutamakan ego sendiri sehingga sanggup mengetepikan hati pasanganya sendiri.
2. Memperlihatkan Kelemahan Diri - Selain faktor ego yang tinggi, memohon maaf juga bagi lelaki merupakan tindakan yang memperlihatkan kelemahan dirinya secara terang-terangan. Kelihatan lemah di hadapan lawan jenis adalah perkara yang sebolehnya cuba dihindari oleh lelaki. Bagi sesetengah lelaki, meminta maaf merupakan simbol kelemahan diri. Malah tindakan tersebut juga menurut lelaki mampu menurunkan harga diri lelaki.
3. Tidak Suka Mengaku Kesalahan - Ada segelintir lelaki menganggap kesalahan adalah tanda ketidakmampuan. Jika wanita mengakui kesalahan lelaki dengan meminta maaf dan mengakui kesalahan mereka, lelaki pula bersikap sebaliknya. Golongan ini kadang-kadang bersikap kasar dan tidak mahu mengaku salah.
4. Tindakan Berbicara Lebih jelas Daripada Kata-Kata - Enggan memohon maaf secara terbuka, ada sebilangan lelaki mengambil tindakan memohon maaf melalui perlakuan atau perbuatan. Sebagai contoh memberi kejutan kepada mereka. Pemberian hadiah berupa bunga coklat, barang perhiasan atau hadiah-hadiah lain adalah interpretasi golongan ini di atas kesalahan yang mereka lakukan. Tindakan ini bagi mereka juga lebih mudah daripada terpaksa meluahkan kata-kata maaf melalui ucapan.
5. Bimbang Maaf Tidak Diterima - Juga ada segelintir lelaki enggan memohon maaf secara terbuka kerana bimbang kemaafannya tidak diterima. Justeru, tidak hairanlah apabila ada sebilangan lelaki yang berfikiran negatif akan mengalami dilema apabila ingin meminta maaf. Mereka biasanya akan mengalami kocakan emosi dalam membuat keputusan sama ada perlu meminta maaf atau sebaliknya. Malah, mereka juga turut mengalami konflik untuk merencana bagaimana, bila dan di mana tempat yang sesuai untuk menuturkan kata-kata maaf tersebut.
Jadi, apa pendapat hangpa mengenai entry ni... Kalau ada yang nak tambah atau tak puas hati, luahkan ja pendapat kat kotak komen ok...Wassalam ^_^
Sumber: Klik SINI
"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"
20 jejari yang tajam menaip:
betul tu dear..saya setuju 100%....hihihi
sebab itu ada pepatah mengatakan, lelaki sukar mengucapkan maaf tapi mudah melupakan.. perempuan pulak mudah mengucapkan maaf dan memaafkan tapi sukar melupakan...
memang...diorang mmg sukar nk minta maaf kannn..especially bila buat kesalahan kecil2...yg kasi kita kecik ati...
tp klo diorg rasa bersalah sgt...mmg x di duga surprise drinya...
hehe laki aku tergolong dlm golongan ni la... tp aku tak kisah sbb aku mmg kenai die nye hati budi cam ne ....
Betul tu... Tapi MQ jenis takde hal, tak payah nak maaf2, nanti baiklah sendiri... Huhu....
ermmm itu la kan..susah sgt depa² ni nk mintaq maaf walhal dah sah² depa yg salah..hukhuk habuan la sis,
ohya, sis jum ke blog sy :)
entry baru khas wat sis
http://mamaqhayra.blogspot.com/2012/07/habuan-uolls-ondaway-yer.html
lelaki kan ego tinggi hihihi
Padahal kita siap sedia memaafkan. Huhuhuhu~
yang ego tu saya sokong sangat2 :)
kadang2 tu betul jgk..kdg2 ayu pun ssh nak mntk maaf n ngku slh..llki jgk kah..haha
depend pd lelaki sebenarnya..yg mudah mlafazkan maaf jugak kdng2 bermulut manis...dgn pelbagai sbb
sesetengah orang pulak amat mudah melafazkan maaf,mcm senang plak nak buat salah kemudian mintak maaf aje...hmmm
setuju2.. :-)
Sukar nk phm lelaki mcm ni
setuju! rase sebab pertama tu mmg tepat sekali la..hehe
sbb paling utama ego kot. lelaki susah nak mintak maaf tp mudah melupakan. perempuan sebaliknya. ;)
tak tau nak komen ape..huhu~~
lelaki memg Ego tinggi xleh dnafikan...tapi kalau dah betul2 mntk maaf memg serius :)
kdg kdg lelaki ni, die ucap kan maaf tu melalui tindakan die. ;)
dah namapun lelaki itulah sifatnya..tapikan kalau dah sik minta maap jer banyak2 kali busan jugak.hihihi
Post a Comment