Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Tuesday, July 17, 2012

Petua Kesihatan di Bulan Ramadhan



Elakkan la pembaziran ^_^

1. Berbuka dengan ruthaab, tamar atau air - Kurma adalah makanan yang mempunyai karbohidrat ringkas yang memudahkan badan mendapat tenaga tanpa memecahkannya terlebih dahulu. Jika kita memulakan berbuka dengan pelbagai makanan dimasak yang mengandungi karbohidrat kompleks , maka badan perlu mengeluarkan tenaga bagi memecahkan karbohidrat ini bagi mendapatkan tenaganya. Ini menjadikan badan letih. Tetapi dengan memulakan berbuka dengan kurma, karbohidrat ringkas akan terus diserap oleh badan dan memberikan tenaga kepada badan yang seharian berpuasa. Ruthaab (kurma basah) adalah lebih baik dari tamar (kurma kering) kerana kandungan seratnya yang lebih tinggi. Dalam hadis riwayat Imam Abu Daud dan Al-Hakim ‘Rasulullah s.a.w. berbuka dengan memakan beberapa Ruthaab sebelum solat, kalau tiada Ruthaab maka baginda berbuka dengan Tamar, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk’

2. Bersegera berbuka dan bersederhana makan - Bersegeralah berbuka. Tetapi kawal makan semasa berbuka. Sebaiknya kita berbuka dengan karbohidrat ringkas seperti kurma, bersolat dan seterunya menikmati juadah yang lebih berat. Dengan itu kita akan mendapat tenaga segera dengan memakan karbohidrat ringkas dan menyediakan perut kita bagi menghadam makanan yang lebih kompleks. Perut yang kosong selama 14 jam akan lebih baik jika didedahkan dengan makan secara beransur-ansur.

3. Melebihkan minum air kosong - Kita digalakkan meminum sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Tetapi rata-rata amalan meminum air kosong berkurangan di bulan Ramadhan. Apa yang kerapkali berlaku adalaah kita minum air manis (air tebu, cincau, oren, sirap dll ) dalam kadar yang banyak semasa berbuka serta ditambah dengan meminum air manis (Milo, Nescafe, teh susu ) selepas tarawih dan semasa bersahur. Sebaiknya kita perlu mengurangkan minum air manis semasa berbuka dan membanyakkan meminum air kosong selepas tarawih. Air kosong penting bagi proses perkumuhan dari buah pinngang. Puasa Ramadhan adalah satu period yang penting belakunya proses ’detoksifikasi’. Detoksifikasi adalah proses pembersihan racun dan toksin dari badan.

Ketika berpuasa organ pencernaan makanan seperti perut dan pancreas berehat. Ia membantu organ pembersihan seperti usus, hati dan ginjal berfungsi dengan lebih berkesan mengeluarkan toksin dari badan. Ketika puasa juga, bahan simpanan dalam badan (lemak) ditukar kepada glukos untuk menghasilkan tenaga. Bahan toksin yang ‘larut lemak atau lipid soluble’ akan dibuang bersama. Namun begitu, proses detoksifikasi tidak berkesan jika kurang air di dalam badan.

4. Sebaiknya masak sendiri juadah berbuka - Juadah berbuka sebaiknya dimasak sendiri atau oleh isteri. Dengan itu kita dapat mengawal kadar pengambilan lemak, gula dan garam dalam makanan serta tahap kebersihan penyediaannya. Makanan yang dibeli di Pasar Ramadhan adalah di luar kawalan kita dalam aspek tersebut. Cadangan ini mungkin tidak praktikal kepada para pelajar serta pekerja yang penat setelah seharian bekerja. Tetapi bagi suri rumah dan pekerja yang dapat balik lebih awal, perkara ini boleh diusahakan. Setidak -tidaknya kita menyediakan juadah berbuka pada hujung minggu dan hari cuti.

5. Lewatkan bersahur - Rasulullah saw menyuruh kita bersahur serta melewatkannya. Rasulullah s.a.w. bersabda ‘Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada barakah’( Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Nasai, Ibn Majah ). Sahur yang dilewatkan sebenarnya adalah sarapan pagi yang awal atau ‘early breakfast’. Sebenarnya makanan yang paling penting dalam sehari adalah makan pagi. Orang yang bersarapan pagi mempunyai risiko kurang 50% mendapat sakit jantung dan kurang risiko gemuk dan kencing manis. Sahur akan memberikan tenaga sepanjang puasa selama sehari. Glukos darah yang kurang diawal pagi akan terus kurang jika kita tidak bersahur. Bahkan bersahur lebih penting bagi kanak-kanak kerana tubuh mereka yang kecil.
Sumber:
http://www.facebook.com/ePetua



Vote my header here (just klik like)

14 jejari yang tajam menaip:

Unknown said...

Mari kita perbetulkan niat puasa kita... :)Berpuasalah kerana Allah SWT dan untuk Allah SWT,, nice entry! jazakillah khairan sis.. <3

~Cik Sweety~ said...

bagus ada peringatan n tips2 mcm ne..thnx kak M..(^_^)

Unknown said...

bulan pose kali ni deqla nk try jimat2...xmo la ikot nafsu.. :)

Cik Ai said...

erm..
trs rs x sabar nk menanti ramadan tiba..
haish kena blk kg sambut kat sana br terasa nih :)

Masha Meisters said...

suka kurma....suka sangat2...tangs kak MM :)

Cendol said...

nice tips M :)
sahur lewat tu selalu tp bkn nye di lewatkan..kitorg yg terlewat..hihihi

Cendol said...

nice tips M :)
sahur lewat tu selalu tp bkn nye di lewatkan..kitorg yg terlewat..hihihi

insan_marhaen said...

Islam dah bagi garis panduan, Nabi dah tunjukkan yg terbaik..tapi kita selalu jg nak ikut nafsu..selau juga membazir..moga2 tahun ini..lebih baik dan memberi makna pada semua...

Unknown said...

terima kasih informasi ini

Unknown said...

betul tu sis..mkn ketika bebuka kena slow2..mula dri mknn yg ringan cam kurma dulu..then solat jap..pastu baru mkn nasi..sy sllu senak..coz tergoda leh mknn yg byk..hehe
masak sendiri mmg jimat!

IntaNBerliaN said...

tips yg bagus ni :-)

Chic Na said...

Insyaallah akan cuba diamalkan. Ramadhan yg lepas2 mmg banyak membazir. maklumla tinggal bujang. sekarang tinggal ngn family, ok kot. :)

9n0L4 said...

nice tips. sudah pasti ngap kurma dulu kan. ;)

Miss N™ said...

bagus tips ni..

tamar tu mmg wajiblah kak.. :)

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers